Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi

Setiap Mak dan Ayah perlu tahu dan pelajari teknik tepukan percussion ini. Ia adalah untuk membantu buang kahak bayi dan melegakan batuknya. Umum tahu, batuk terjadi kerana sistem badan ingin mengeluarkan lendir atau kahak di bahagian paru-paru.

Selain daripada nebulizer dan ubat, teknik buang kahak bayi ini juga adalah alternatif untuk melonggarkan kahak pada dinding peparu.

Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi
Gambar hiasan (google) : anak kecil sedang menggunakan nebulizer

Di sini, saya ingin kongsi cara menepuk percussion untuk bantu buang kahak bayi dengan betul.

Ada 2 posisi tepukan percussion ini. Posisi meniarap dan posisi mengiring. Untuk bayi di bawah umur setahun, memadai dengan menggunakan 2 jari orang dewasa. Tepukan perlahan tetapi frekuensi laju.

Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi
Gambar Hiasan (Google) : Tepukan posisi meniarap bantu buang kahak bayi

Teknik ini ialah posisi meniarap.

  1. Letakkan bantal di bawah perut bayi dan ia tidak terlalu tebal.
  2. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal supaya kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki ke atas. 
  3. Pastikan kaki lurus. 
  4. Pastikan mukanya dalam kedudukan yang selesa.
  5. Tepuk di bahagian belakang bayi di kiri dan kanan selama 10 hingga 15 minit.
Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi
Gambar Hiasan (Google) : Tepukan posisi mengiring bantu buang kahak bayi

Teknik posisi mengiring.

  1. Tepukan dilakukan pada bahagian bawah sedikit dari ketiak dan atas sikit dari pusat selama 10 hingga 15 minit. 
  2. Lakukan cara yang sama untuk bahagian kiri.

Baca Info : Petua HIlangkan Batuk Bayi dan Kanak-kanak Tanpa Ubat

Untuk memudahkan proses mencairkan kahak, Tasneem Naturel ada mengeluarkan 1 balm khusus untuk masalah ini. CF Rub berfungsi untuk melegakan pernafasan bayi dan kanak-kanak yang selalu terkena jangkitan batuk, kahak, dan selsema.

Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi
CF Rub membantu buang kahak bayi

Semoga artikel Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi ini dapat memberi idea kepada para Mak dan Ayah menyelesaikan masalah anak selama ini.

Jika berminat ingin mencuba CF Rub dari Tasneem Naturel ini, boleh call +6017 984 5321 atau klik button Whatsapp di bawah.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

One thought on “Tepukan Percussion Bantu Buang Kahak Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge