Jenis Tantrum Si Comel

Selalu sangat anak kecil mengamuk atau merengek secara tiba-tiba. Jom cek anak kalian dalam kategori mengamuk atau tantrum yang mana satu.

1. Mengamuk cari perhatian. Ini yang kerap terjadi. Orang-orang tua cakap mengada-ada.

Contohnya, anak kecil kalian tengah bermain dengan mood yang tenang. Tapi anak tadi mengganggu kalian ketika menjawab telefon.

2. Mengamuk yang ada alasan jelas. Ini memang taktik berstrategi yang telah dirancang dan menjadi rutin.

Contohnya, anak kecil akan merengek dan menangis setiap kali pergi pasaraya kerana nak permainan yang dilarang oleh kalian.

3. Mengamuk tidak mahu mengikut arahan. Aksi ini anak kecil kalian membantah atau tak nak mengubah aktiviti yang sedang dilakukan.

Contohnya, anak tidak mahu mengemas permainan, anak tidak mahu keluar dari bilik air sebab nak mandi dalam kolam, dan sebagainya.

Agaknya anak kalian dalam jenis tantrum yang mana satu? Hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge