Kisah bapa kepada seorang anak

Saya singgah sebentar di Petronas Ulu Bernam R&R. En suami parkir kereta berdekatan dengan bilik air. Sementara en suami pergi menambah nilai kad Touch n Go, saya dan anak makan kudapan dalam kereta.

Sambil syok makan burger, mata saya memerhati tetamu-tetamu bilik air yang silih berganti orangnya.

Paling kagum, ada seorang ayah berdukungan anak lelaki lebih kurang umur 2 tahun. Menariknya, kain napkin tersadai di bahu kiri pula tu. Sedang dalam poket jeans sebelah kanan belakang, terselit lampin pakai buang yang belum dipakai. Sah, mesti ayah ni seorang yang biasa mengasuh anaknya.

Kemudian, ada lagi seorang ayah yang nampak penuh dengan kasih sayang. Dia bersembang manja dengan anak perempuan kecil, 1 tahun mungkin, dalam dukungan sambil berjalan mencuit dagu dan pipi. Ternyata, anaknya selesa dengan kelakuan bapa tadi.

Telahan saya, mungkin sebab anak itu masih kecil. Jadi, memerlukan perhatian seorang ayah.

Tapi lepas tu, ada seorang anak lelaki yang dah besar, dalam 11 tahun kot, berjalan sambil berpimpin tangan dengan bapanya. Mesra sungguh hubungan mereka, berjalan berpimpin tangan dan bersembang sambil tersenyum.

Eh, dah kenapa semuanya pasal bapa dan anak? Hahaha.

Hakikatnya, ramai je lagi bapa penyayang. Antara kita sedar dan tak sedar saja. Pernah saya terbaca suatu ketika dulu, seorang lelaki jika sudah ada anak, ia menjadi lebih penting daripada seorang isteri.

Dan saya juga terjumpa pepatah kata ini

” a real dad takes care of his kids without the law telling him what to do”

Mungkin benarlah kot apa yang saya tengok gelagat tadi. Hehe.

Mia Sowi,
Rindu Abah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge