Apa Itu Tantrum (Mengamuk)?

Agak kerap kita melihat anak kecil selalu meraung, menangis, mengamuk, menghentak kaki di pasaraya. Tidak kurang juga ada anak kecil yang berguling-guling di lantai. Dah macam kena rasuk pun ada.

Ini terjadi kerana kemahuan mereka untuk mendapatkan barang yang diingini tidak dipenuhi. Akibat malu dengan orang sekeliling yang memandang, Mak dan Ayah terpaksa turuti permintaan si anak tadi tanpa kerelaan.

Keadaan ini tidak hanya berlaku di pasaraya atau pada waktu tertentu. Kerap kali juga anak kecil melakukan aksi yang sama apabila berada di rumah. Rengekan, laungan, amukan, ketidakselesaan dan sebagainya semakin menjadi-jadi apabila dipujuk dan diberi perhatian.

Apa yang berlaku sebenarnya pada anak kecil itu?

Tantrum sebenarnya menzahirkan emosi anak kecil. Ia terjadi apabila perasaan anak dalam keadaan tidak stabil. Akibat perangai anak yang kerap tantrum, Mak dan Ayah resah, marah, malu dan tidak senang duduk apabila diperhati oleh orang sekeliling.

Terdapat juga Mak dan Ayah berkurung dalam rumah semata-mata tidak mahu dicop mempunyai anak yang degil dan nakal. Selain itu, mereka juga tidak mahu digelar sebagai tidak pandai mendidik anak.Ada pelangi akan menyinari!

Ada pelangi bakal menyinari!

Tidak perlu runsing! Tantrum ini juga adalah salah satu perkembangan anak kecil. Ia satu peringkat di mana anak-anak sedang memahami emosi dalam diri mereka.

Adegan ‘buat perangai’ ni selalunya akan bermula apabila usia anak menjangkau umur 2 tahun. Ia juga dikenali dengan Terrible Two. Fasa ini akan menjadi satu babak baru yang penting dalam kehidupan mereka. 

Ketika usia sebegini, Mak dan Ayah perlu membimbing anak kecil dengan mengawal emosi mereka. Di samping itu, menabur kasih sayang pada anak sepenuhnya tetapi tidak terlalu mengikut kehendak mereka.

Selain itu, tantrum terjadi kerana saraf anak kecil yang aktif dan menegang. Ia mengakibatkan mereka berasa tidak selesa dan tanpa sebab mereka akan mengekspresikan emosi. Essential oil atau minyak pati adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi tantrum anak kecil.

tantrum mengamuk

Tasneem Naturel mengeluarkan satu balm berasaskan essential oil yang boleh digunakan untuk mengawal anak kecil yang sering tantrum, hiperaktif, autisme, letih yang melampau dan kuat merajuk. Balm bayi ini namanya Calm Time yang boleh menenangkan emosi anak dan mengurangkan ketegangan saraf yang aktif.

Begitulah, kesihatan emosi sangat penting. Hakikatnya, jika perasaan anak stabil, Mak dan Ayah juga lebih rileks dan mudah untuk menguruskan mereka.

Mak dan Ayah boleh lihat di sini untuk feedback mereka yang sudah menggunakan balm ini untuk anak yang selalu tantrum. Atau pun boleh terus hubungi +6017 984 5321.

Please follow and like ME :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge