5 Cara Mengatasi Anak Sembelit

5 Cara Mengatasi Anak Sembelit

Kebanyakan Mak Ayah memang tidak sampai hati setiap kali melihat anak sembelit. Muka merah padam meneran, mata berair, dan ada juga anak kecil menangis setiap kali nak membuang.

Paling menyayat hati apabila anak kecil menjadi trauma apabila terasa sakit perut untuk membuang. Sebelum mengetahui cara mengatasi, jom kita baca dulu simptom anak yang sedang mengalami sembelit ini.

Tanda-tanda anak sedang mengalami sembelit

Tidak semua anak yang tidak membuang setiap hari di kategori sebagai sembelit. Namun, jika mereka tidak membuang pada tempoh yang masa yang lama atau ‘lari’ dari hari yang sepatutnya mereka membuang, mungkin anak kalian sedang mengalami sembelit.

Ini simptom yang perlu diambil perhatian oleh Mak dan Ayah.

1. Meragam
2. Tidak selesa
3. Bahagian abdomen keras
4. Meneran sambil menangis
5. Najis keras dan berketul-ketul

Kebiasaan sembelit terjadi apabila usia anak menjangkau 6 bulan dan ke atas. Ini kerana mereka sudah diperkenalkan dengan makanan pejal. Meminum air tanpa perasa adalah jalan terbaik untuk mengelakkan terjadinya sembelit.

Jika anak kalian sembelit, ini beberapa tips untuk mengatasi anak sembelit.

Cek pengambilan diet harian anak

Disebabkan menu harian anak kecil kerap berubah, Mak dan Ayah perlu menyediakan diet yang seimbang. Contohnya dalam setiap hidangan menu, perlu ada karbohidrat, serat/bijirin dan protein.

Disarankan beri juga buah-buahan yang mengandungi air yang tinggi, contohnya buah naga, betik, oren, dan avocado.

Sedia maklum, ada beberapa jenis makanan akan menyerap banyak air dan ia akan menyebabkan najis menjadi keras. Oleh itu, pengambilan diet harian anak perlu seimbang untuk mengelak terjadinya sembelit.

Senaman

Salah satu cara senaman yang boleh melegakan sembelit anak kecil adalah cycling. Ataupun maksudnya melakukan pergerakan kaki dengan cara kayuhan (seperti berbasikal). Ia membantu merangsang pergerakan najis di dalam usus.

Sapu Balm/Minyak

Selain itu, boleh juga cuba balm bayi atau minyak telon untuk mengatasi masalah sembelit pada anak kecil. Di dalam balm ini ada bahan yang sesuai dan bagus serta baik untuk perut seperti orange, serai dan bergamot.

Dengan menggunakan balm T Rub dari Tasneem Naturel ini, Mak dan Ayah oleh membuat urutan “I LOVE YOU”. Teknik urutan ini adalah yang terbaik apabila bayi kalian mengalami sembelit, atau kembung(kolik). Boleh klik sini untuk dapatkan balm ini dengan segera.

Lihat video untuk mendapatkan gambaran lebih jelas cara mengatasi anak sembelit dengan urutan pada perut bayi.

Latih anak untuk membuang secara berkala

Ada juga sesetengah anak kecil sanggup menahan perasaan untuk membuang air besar kerana leka bermain, takut untuk ke tandas, dan tidak selesa menggunakan tandas selain di rumah sendiri. Jadi, ia akan menyebabkan susah untuk meneran akibat najis terkumpul terlalu banyak.

Oleh itu, Mak Ayah perlu ada jadual ataupun tempoh masa yang berkala untuk anak membuang. Ia akan mengurangkan risiko trauma yang dialami oleh anak kecil akibat daripada kesakitan yang dialami semasa mereka membuang air besar.

Amalkan makanan probiotik

Probiotik adalah bakteria baik di dalam usus yang membantu sistem percernaan sentiasa sihat. Oleh itu, amalkan makanan probiotik, iaitu prebiotik, yang membantu melembutkan najis.

Contoh prebiotik utama adalah susu ibu. Jadi, Mak perlu makan yang tinggi prebiotik untuk anak sihat ususnya. Selain itu, sumber makanan yang tinggi prebiotik adalah bawang putih mentah, bawang merah mentah, dan arabic gum.

Mak dan Ayah perlu ingat, sembelit pada bayi adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru diperkenalkan dengan makanan pejal. Ini kerana badan mereka sedang belajar menyesuaikan dan menguruskan makanan baru.

Namun, perlu juga mendapatkan rawatan doktor jika sembelit anak menjadi lebih teruk sehingga najis berdarah atau anak pengsan.

Dengan perhatian Mak dan Ayah serta rawatan yang baik, anak kecil kalian akan membuang air besar dengan mudah dan tetap.

Please follow and like ME :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge