Home Office

Semasa kelas terapi itu hari, Cikgu Roy ada bagitahu, jika sebelum tidur kalian tengok dan rasa (dalam erti kata lain membayangkan) apa sahaja impian, ia mudah untuk masuk dalam minda separa sedar.

Cikgu terapi ini juga berkongsi info di mana dalam keadaan tidur, otak berehat, tetapi minda separa sedar sentiasa menganalisis segala input yang masuk.

Jadi, sebelum tidur malam tadi, saya cari gambar small office home office (SOHO) untuk di setup di dalam bilik yang saya mengemas tempoh hari. Ia bertujuan untuk di install dalam subcon mind saya.

3 gambar soho ini antara yang saya rasa realistik untuk saya cipta di bilik itu nanti.

Impian saya adalah meja luas dan panjang. Ia dilengkapi set komputer dan disambungkan dengan printer. Kemudian di bahagian dinding ada board khas untuk saya menampal notis.

Pepara seperti dalam gambar saya mengimpikan ada 3 tingkat. Satu level tu khas untuk meletakkan pokok hiasan hidup dan canvas kata-kata semangat.

Kawan-kawan, ini soho impian saya. Saya pasti kalian juga ada tempat khas untuk bekerja di rumah. Soho sebegini penting memastikan di kawasan tersebut ada getaran dan feeling bagus untuk kalian menguruskan hal berkaitan dengan bisnes.

Jom cipta SOHO.

Mia Sowi,
Tak sabar nak setup soho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge