3 Kelemahan Berbisnes Secara Dropship

3 Kelemahan Berbisnes Secara Dropship

Saya berharap kalian sudah pun membaca 3 Tips Cara Jadi Agen Dropship sebelum ini. Dalam artikel berkenaan ada memberi info berkaitan dengan maksud bisnes dropship dan kelebihannya.

Namun, tidak semua bisnes secara dropship indah-indah belaka. Ada kekurangannya. Tapi kalian tidak perlu risau, setiap kekurangan pasti ada cara penyelesaiannya.

Jom kita cek kelemahan berbisnes secara dropship.

Sukar akses

Kebanyakan bisnes yang menjalankan sistem dropship tidak memberi kebenaran kepada ejen dropship untuk akses produk. Jadi, akan berlaku kekeliruan kuantiti sebenar stok.

Berkemungkinan pada sebelah paginya, supplier memberitahu ada 100 unit. Tetapi di sebelah petang hanya tinggal 30 unit, dan kemudian sudah pun sold out. Oleh itu, kalian perlu membiasakan diri dengan perubahan ketidakpastian sebegini.

Namun, ada beberapa bisnes, seperti Tasneem Naturel , yang menggunakan sistem dan membenarkan dropshipper untuk akses dan memeriksa bilangan item.

Baca Info : Pengedar Tasneem Naturel Diperlukan

Keuntungan kecil

Sedia maklum, dropship memang mendapat keuntungan yang sedikit. Tidak seperti pengedar/reseller/stokis.

Oleh itu, kalian sebagai ejen dropship harus menggandakan jualan untuk mendapat keuntungan yang besar.

Tak feeling menjual

Saya sendiri pernah alami satu perasaan yang tersekat apabila menjual produk yang tiada di depan mata. Hehe. Jadi, saya akan cuba mengumpul modal dan beli produk secara borong dengan supplier. Ia lebih menguntungkan.

Atau pun, sebelum menjadi dropship, kalian boleh cuba servis daripada supplier. Contohnya, membeli dan meminta supplier membuat penghantaran. Baru lah kalian tahu tentang servis dan produknya.

Selain itu, kalian dan supplier harus ada satu kepercayaan antara satu sama lain.

Mia Sowi,
Pernah terasa tergugat semasa bisnes dropship.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge