5 Barang Keperluan Baby Baru Lahir

Setiap Mak dan Ayah yang menanti bayi baru pasti sangat teruja dan bersemangat dalam menyediakan kelengkapan si comel. Lebih-lebih lagi bakal Mak yang pertama kali akan memangku anaknya. Sudah tentu pelbagai persiapan dilakukan sejak awal kehamilan.

Namun, ada beberapa item yang diperlukan sebelum kelahiran anak.

  1. Napkin. Kain diperbuat dari fabrik yang lembut, lasak dan boleh diulang-basuh. – Kalau ada kawan yang nak bersalin, sepaket napkin ini boleh dijadikan hadiah. Contoh : Pigeon, Fiffy, Anakku, Tolly Joy dan sebagainya.
Barang Keperluan Baby Baru Lahir

2. Baby Car Seat. Ada pelbagai pilihan baby car seat di pasaran. Yang penting perlu mengikut kesesuaian umur. Sebaiknya kalian minta nasihat dan penerangan dari sale person yang menjual kerusi bayi tersebut. Contoh : Sweet Cherry, Maxi Cosi dan lain-lain.

Barang Keperluan Baby Baru Lahir

3. Lampin pakai buang. Mak dan Ayah boleh sediakan 1-2 paket diaper bersaiz newborn. Contoh : Pet Pet, Drypers, Mamypoko dan banyak lagi.

Barang Keperluan Baby Baru Lahir

4. Baby wipes. Kalau dulu, Mak kita guna kapas yang digumpal menjadi bulat seperti bola, celup air baru dilesek pada punggung bayi. Kali ni dengan kemudahan yang ada, boleh dapatkan baby wipes di mana-mana kedai barangan baby.

5. Termometer digital. Kalian tidak akan menyangka badan bayi akan tiba-tiba boleh menjadi panas. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan termometer digital ini untuk pemantauan.

5 Barang Keperluan Baby Baru Lahir

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada Mak dan Ayah sekalian. Seronoknya dapat bau baby baru.

Please follow and like ME :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge