Zaman sekarang semua orang nak buat duit dengan bisnes online. Akan tetapi selalu niat berbisnes terbantut akibat tidak mempunyai modal secukupnya. Kali ini saya berkongsi dengan kalian untuk berbisnes tanpa perlu modal.
Bisnes ini dipanggil Dropship.
Kalian hanya perlu promote atau iklan produk sahaja tanpa mengeluarkan modal. Kemudian pelanggan yang berminat akan berurusan dan membuat bayaran produk kepada kalian. Seterusnya kalian pula akan menyampaikan pesanan bagi pihak pelanggan tadi kepada supplier dengan bayaran harga agen dropship.

Namun, ada beberapa kriteria untuk kalian nilai sebelum menjadi agen dropship. Ini 3 tips cara jadi agen dropship.
1. Survey
Kalian boleh membuat carian di media sosial seperti Instagram atau Facebook. Untuk lagi mudah, guna saja hashtag dropship wanted, dropship diperlukan, bisnes part time dan sebagainya.

2. Buat pilihan
Memang ramai penjual yang menggunakan hashtag ni. Jadi, kalian kena cari produk yang betul-betul sesuai dengan jiwa masing-masing.
Jika minat fesyen, pilihan produk kasut, pakaian dan aksesori banyak memerlukan ejen dropship. Kebanyakannya tiada modal yang dikenakan. Begitu juga jika minat barangan bayi, pilihan seperti pakaian bayi, balm bayi Tasneem, permainan bayi dan sebagainya.
Pada waktu ini, kalian kena tegas dengan pilihan produk dan samada modal diperlukan atau tidak.

3. Bertanya
Selepas dah ada beberapa pilihan pembekal/penjual/produk, kalian boleh meneruskan langkah dengan menghubungi pihak terbabit.
Di peringkat ni, kalian perlu bertanya kepada pembekal(penjual) tentang konsep agen dropship, syarat-syarat yang perlu dipatuhi, harga dan sebagainya.
Bonus : walaupun kalian menjadi agen dropship, kalian wajib ada akaun bank. Dan lebih baik register untuk online banking. Ia sangat membantu menjimatkan masa dan tenaga.
Semoga bermanfaat dan selamat menambah pendapatan diri.
One thought on “3 Tips Cara Jadi Agen Dropship”