5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Sudah menjadi trend masa kini, para Mak dan Ayah berlumba-lumba menyediakan atau menghadiahi anak kecil mereka dengan permainan yang merangsang minda.

Sebolehnya seawal umur 3 bulan, mereka sudah memperkenalkan bayi dengan permainan berbentuk pembelajaran (edutoys). Salah satunya adalah permainan berbentuk puzzle.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Sebenarnya ada banyak manfaat permainan puzzle yang boleh merangsang perkembangan bayi dan anak kecil. Pastikan Mak dan Ayah tahu manfaat bermain puzzle di bawah ini.

Penyelesaian masalah

Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan puzzle tersebut.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Proses ini melibatkan langkah penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Baca Info : 3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Koordinasi tangan dan mata

Ketika memegang setiap kepingan. Mata memerhati bentuk kepingan puzzle, manakala tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle ini banyak merangsang pergerakan tangan dan mata.

5 Manfaat Permainan Jigsaw Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Merangsang kemahiran kognitif

Ada pelbagai puzzle yang direka dengan tema dan topik berbeza. Contohnya seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kepelbagaian puzzle ini boleh membantu anak kecil dalam memahami dengan tema dan topik puzzle tersebut.

Untuk menambahkan keseronokan pada anak, Mak dan Ayah perlu menyertai semasa mereka bermain puzzle ini. Mak dan Ayah juga boleh bercerita tentang tema yang berkaitan.

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Kemahiran sosial

Puzzle ini seronok jika dimain secara berkumpulan. Ia akan generate perbincangan di antara anak-anak ; contohnya di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan apabila puzzle dapat disiapkan.

Saling berinteraksi ini dapat membantu mengukuhkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran bernegosiasi serta komunikasi yang berkesan.

Baca Info : Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Perkembangan motor halus

Motor halus melibatkan otot kecil seperti pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari. Ketika bermain puzzle, anak kecil akan cuba dan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Justeru motor halus mereka bergerak aktif.

Sebab itulah Tasneem Naturel mengeluarkan kempen promosi belian yang ada free gift Puzzle Omar Hana. Memang sesuai untuk anak kecil yang menggunakan balm Tasneem Naturel ni.

Baca Info : Hilangkan Batuk, Kahak Dan Selsema Bayi Dengan Balm Tasneem Naturel

5 Manfaat Permainan Puzzle Merangsang Perkembangan Bayi

Puzzle Omar Hana ini ada 9 kepingan dan mudah disiapkan kerana gambar penuh turut disertakan di bahagian papan puzzle.

Puzzle ini sesuai dimainkan di peringkat awal pengenalan permainan puzzle kerana saiznya besar dan tebal. Selain itu, gambar animasi Omar Hana juga berwarna-warni. Pasti memikat hati kanak-kanak kan?

Jika Mak dan Ayah berminat untuk dapatkan produk Tasneem Naturel ini, boleh klik pada gambar Whatsapp atau Shopee di bawah.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge