Urutan Untuk Atasi Bayi Selsema

Urutan Untuk Atasi Bayi Selsema

Saat paling sukar yang yang ditempuhi oleh kebanyakan Mak dan Ayah muda ialah bayi mereka selsema untuk pertama kali. Apabila hidung tersumbat, bayi akan berasa tidak selesa dan mengalami masalah untuk menyusu.

Memang tidak duduk senang kalian melihat bayi serba tidak kena. Nak diberi ubat, tidak digalakkan kerana masih kecil. Jadi, untuk mengawal emosi anak kecil, Mak dan Ayah perlu duduk bertenang dan sentiasa berada dengan bayi.

Ada beberapa langkah mudah untuk beri anak kecil selesa walaupun dalam keadaan hidung tersumbat.

Boleh rujuk gambar sebagai panduan urutan. Cara urutan untuk atasi bayi selsema ni sangat mudah dan tidak mengambil masa yang banyak.

Selain itu, Mak digalakkan untuk menggunakan minyak telon ataupun balm bayi agar anak kecil berasa selesa dan tenang semasa proses mengurut.

Langkah 1

Tuang sedikit minyak ke tapak tangan, atau calit balm bayi Tasneem Naturel, kemudian gosok pada dada anak kecil. Lakukan urutan dalam bentuk jantung, simbol love. Urutan juga perlu dibuat dalam keadaan lembut dan penuh kasih sayang.

Semasa mengurut dan melakukan pergerakan bentuk love pada dada bayi, Mak boleh menenangkan bayi dengan dodoian lagu kegemarannya.

Langkah 2

Kali ini, pada dada anak kecil, buatkan pergerakan tangan yang menyilang. Urutan ini berganti-ganti, tangan kanan disilang ke dada kanan bayi, manakala tangan kiri disilang ke dada kiri bayi, dan terus ke bawah dada.

Langkah 3

Dengan menggunakan 2 jari telunjuk, letakkan pada bahagian atas hidung. Lakukan urutan dengan lembut dan perlahan-perlahan dari atas ke bahagian bawah mata.

Kemudian, sambung terus pergerakan ke belakang telinga dan akan berhenti di leher.

Langkah ini perlu diulang sebanyak 3 kali.

Langkah Tambahan

Tiarapkan posisi badan anak kecil supaya mudah untuk mengurut di bahagian belakang dada. Sebaiknya anak kecil tidak berbantal dan hanya ditiarapkan di atas kain alas yang lembut. Ia sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak tertutup bahagian pernafasannya.

Mak boleh mula melakukan jenis urutan bentuk love yang sama pada bahagian belakang dada bayi.

Mak dan Ayah boleh tonton video berdurasi 1 minit ini untuk lebih memahami teknik urutan untuk atasi bayi selsema.

Selesai urutan untuk atasi bayi selsema. Mudah saja, kan? Apabila bayi hidung tersumbat, atau selsema, Mak dan Ayah boleh melegakannya dengan mempraktikkan cara urutan ini.

Semoga perkongsian urutan untuk atasi bayi selsema ini dapat memberi manfaat kepada ramainya Mak dan Ayah. Sebagai seorang Mak, saya memahami bagaimana situasi sebenar menjaga anak kecil semasa mereka tidak sihat.

Kalian pernah mencuba cara urutan ini, jom kongsikan pengalaman di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge