Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Aimi Azam nama glamor yang selalu digunakan dalam media sosial. Anak kelahiran negeri Pahang ini kini menetap di Kluang, Johor. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA di Kluang. Aimi juga merupakan seorang ibu anak dua dan menjalankan perniagaan online sejak 4 tahun lalu.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Inilah saya, Puan Aimi, seorang pensyarah di Kluang

Jika dilihat di dalam Facebook dan Instagramnya, Aimi gemar berkongsi mengenai hal-hal aktiviti bersama keluarga terutama keletah-keletah anak-anaknya atau Aimi gemar menceritakan halnya bersama para pelajar nya di kolej. Aimi juga seorang yang suka membaca, dan menonton CD movie.

Minat di dalam perniagaan telah mula bertapak sedari Aimi menuntut di universiti di utara tanah air. Kemampuan keluarga yang terbatas untuk membantu menampung yuran pengajian menggalakkan Aimi mencari alternatif tersendiri untuk membiayai yuran.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Antara koleksi buku yang Aimi miliki buat masa sekarang

Bermula dengan mengambil upah kecil-kecilan membuat frame 1000 pieces jig saw puzzle kerana minat Aimi yang sangat tegar dengan permainan tersebut.

Kemudian Aimi mula mengambil upah sebagai ‘editor’ assignment kepada teman-teman sekampus. Katanya mungkin kerana sikap Aimi yang terlalu ‘cerewet’ dan ‘details’ dalam memeriksa dan membuat tugasan. Perniagaan ini paling mendapat sambutan ketika Aimi menyambung peringkat Sarjana sebagai ‘editor’ pelajar-pelajar Ijazah.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Gambar kenangan semasa Aimi menyambung pelajaran di peringkat sarjana

Perniagaan online Aimi bermula dengan cubaan menjual handbag tetapi bertahan dalam setahun sahaja kerana komitmen terhadap pekerjaan tetap. Kemudian, menyambung semula 2 tahun lalu dengan perniagaan barangan bayi secara dropship.

Aimi menyertai banyak jenis dropship barangan bayi dari pelbagai agen, ia telah memberi cabaran kepada Aimi. Salah satunya adalah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana kesilapan supplier.

Dalam tempoh tekanan itulah, Aimi mula ternampak iklan pencarian dropship yang dibuka dengan yuran serendah RM20 sahaja, pada ketika itu. Tertarik dengan iklan yang dinyatakan, Aimi menyertai group tersebut melalui Whatsapp Group.

Bermulalah perkenalan mengenai balm Tasneem Naturel. Bertindak dengan mencuba 1 set balm Tasneem Naturel, Aimi mula jatuh hati menjadi agen Tasneem Naturel apabila salah satu balm telah berkesan kepada anaknya yang mengalami sembelit. Dengan niat ingin berkongsi manfaat bersama, Aimi sebarluaskan kebaikannya melalui bisnes ini.

Oleh itu, bermula Disember 2017, Aimi mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Kluang dan Batu Pahat.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Kluang, boleh hubungi Aimi di Whatsapp. Ataupun boleh juga jenguk kedai Aimi di Shopee. Jika ada masa terluang, meh singgah di FB Page Tasneem Kluang.

Please follow and like ME :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge