Pengedar Tasneem Naturel Seberang Perai

Pengedar Tasneem Naturel Seberang Perai

Assalamualaikum dan selamat berkenalan.

Nama saya Salina binti Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Ina sahaja. Saya berumur 29 tahun. Saya merupakan anak ke lima daripada lapan orang adik beradik. Saya menetap di Pulau Pinang bersama keluarga. Saya mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berumur 3 tahun. Sementara nak membesar ni bermacam-macam telatahnya.

Pengedar Tasneem Naturel Seberang Perai

Ina bekerja sebagai Pembantu Am di sebuah kilang swasta di kawasan perindustrian Juru. Dah berkhidmat selama 6 tahun, agak lama juga lah sebab tu boleh bertahan sehingga kini. Tiada kerja lain selain itu yang Ina lakukan. Zero lah katakan. Ingin mencuba tapi rasa takut sebab tidak pernah menceburi sebarang bisnes online.

Hobi Ina paling simple tapi agak rengah lah juga nak lakukan. Tidak semua Mak suka lakukan. Hehe. Suka sangat memasak, pantang saja jumpa resepi baru pasti nak cuba. Bab mengemas rumah ni kita aja yang lakukan. Kalau suami yang buat, mula rasa tidak puas hati. Haha.

Masa yang terluang akan dihabiskan bersama-sama keluarga. Apa yang penting ibu bapa diutamakan selagi mereka masih ada. Bila ada masa terluang ina serta keluarga selalu beriadah bersama-sama. Sama ada keluar membeli-belah mahupun berkelah.

Pertama kali menceburi bisnes online pada tahun 2018. Masa tu tak berapa serius sebab ingin mencuba aja. Itu pun kosong-kosong pengetahuan tentang bisnes online.

Mula mengenali Tasneem Naturel melalui Facebook. Sebab ada terbaca post yang mengatakan sesiapa yang ingin buat kerja part time dengan untung bersih RM 12. Waktu tu terus timbul rasa minat dan ingin mencuba yang semakin mendalam. Bak kata pepatah “tidak kenal maka tidak cinta”.

Pada Julai 2018, bulan pertama menjadi agen setelah berjaya mendaftar diri menjadi pengedar Tasneem Naturel yang sah di sekitar Penang. Ataupun lebih tepat di kawasan Bukit Minyak, Seberang Perai, dan Simpang Ampat.

Untuk mendapat balm Tasneem Naturel boleh hubungi Ina di Whatsapp. Jika ada masa yang terluang bolehlah singgah di IG Ina, Anak Ceria dan Sihat dan FB Salina Yahaya. Sebarang perkhidmatan pembelian balm secara COD, boleh sahaja dialu-alukan, di sekitar Bukit Minyak dan Simpang Ampat.

Please follow and like ME :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge