Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema

Sudah pasti Mak lah orang yang paling tak senang duduk apabila anak demam. Ye lah, risau tak perasan tiba-tiba suhu naik mendadak. Kalau tengah malam memang tak lena tidur. Lagi haru kalau demam berpakej dengan batuk dan selsema.

Sebenarnya demam masa batuk dan selsema, masa tu badan tengah bertarung dengan kuman. Itulah punca batuk dan selsema. Normal bila suhu tinggi dalam 1-2 hari.

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema

Dan biasanya suhu naik tengah malam antara jam 12-4 pagi kerana masa ni kuman aktif. Jadi jangan pelik kalau siang badan anak sejuk, malam suhu mencanak naik.

Jom kita tengok langkah yang boleh diambil oleh Mak dan Ayah untuk memantau keadaan anak yang demam semasa di rumah.

Termometer

Demam Biasa

“38-38.3 darjah selsius”

Demam Berjaga

“38.5-38.9 darjah selsius”

Demam Panas

“38.9 darjah selsius”

Seharusnya setiap keluarga wajib menyediakan termometer di rumah, yang digital lebih baik. Ia sebagai langkah berjaga-jaga dan mudah untuk dipantau semasa di rumah.

Sebaiknya Mak perlu menyukat suhu badan anak setiap 2 jam untuk memastikan kepanasan badan anak terkawal. Jika keadaan anak tidak bermaya dan lemah, lekas bawa anak berjumpa dengan doktor.

Bubur nasi

Anak kecil yang demam memang tidak lalu untuk makan. Namun, Mak boleh sediakan bubur nasi yang berkhasiat untuk anak. Elakkan perut anak kosong kerana ia akan mengakibatkan gas banyak di dalam perut.

Vitamin C

Sesetengah anak yang demam, mulut mereka tawar dan payau. Kemungkinan besar tiada selera untuk makan. Jadi, Mak boleh beri vitamin C kepada anak sebagai makanan tambahan untuk memberi tenaga.

Air

Kadar pengambilan air kosong sangat membantu dan diperlukan oleh tubuh badan anak kecil. Tambahan pula ketika demam, air wajib diambil oleh anak kecil untuk mengelakkan badan kekurangan air, dehidrat.

Bagi anak bawah usia 4 tahun, pengambilan air dengan kadar 4-5 gelas sehari. Ia bersamaan 1 liter air kosong.

Balm Bayi

CF Rub boleh dijadikan ubat alternatif untuk Mak sekalian. Ia boleh bantu dalam merawat dan mengawal suhu anak yang demam, batuk dan selsema. Boleh disapu pada dahi anak.

Dalam CF Rub ada minyak kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Juga ada essential oil tea tree yang bantu melawan kuman dalam badan.

Jadi, kahak dalam dada anak akan cair, ia akan keluar melalui najis atau muntah. Oleh itu, selsema dan batuk anak akan cepat sembuh. Anak lebih selesa bernafas. Mak pun senang hati.

Sapu Tangan / Kain Bersih

Teknik sponging sangat berkesan dalam mempercepatkan turunnya suhu badan. Dengan menggunakan kain bersih dan rendam dalam air kemudian lap ke bahagian pelipat seperti siku, peha, lutut dan ketiak.

Semua Mak dan Ayah ingin melihat anak sihat dan ceria, sama-sama kita doakan sejahteraan untuk mereka.

One thought on “Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge