Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Kalau Mak tengok anak tidak tenang dan merengek tanpa sebab, mungkin kerana perutnya kembung. Sebenarnya anak berumur 3-4 bulan adalah normal jika mengalami kembung perut. Hal ini kerana ususnya belum berfungsi dengan sempurna.

Selain itu, apabila sudah berusia 6 bulan ke atas, bayi ini juga akan kerap berasa tidak selesa pada perut. Ia disebabkan oleh makanan pejal sudah diperkenalkan kepadanya.

Simptom Perut Kembung

Dalam perut mengandungi gas atau udara, ia menjadi masalah apabila gas itu berlebihan. Pada orang dewasa atau anak yang sudah besar, gas tersebut mudah dikeluarkan. Iaitu melalui kentut atau sendawa. Tetapi pada anak kecil, mereka memerlukan bantuan utk mengeluarkan gas dari perutnya.

Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Salah satu, simptom yang boleh diperhatikan oleh Mak untuk mengetahui samada bayi kembung adalah melihat pegerakan badannya. Jika anak kecil kalian menggeliat dan kakinya menendang-nendang berulang kali, itu lah tanda perutnya tidak selesa.

Ataupun, Mak boleh lihat pada jari-jemari anak. Jika bayi sedang menggeliat sambil menggenggam jarinya, ia bermakna sedang mengalami kembung perut.

Tips Untuk Atasi Kembung Perut Pada Bayi

  1. Baringkan bayi secara terlentang. Kemudian angkat kakinya dan gerakkan seperti aksi mengayuh basikal. Teknik ini boleh membantu mengeluarkan gas dari perut bayi.

2. Urut perut bayi dengan menggunakan balm Tasneem Naturel secara perlahan-lahan dengan mempraktikkan urutan ‘I Love U’. Ia juga boleh menggantikan minyak telon.

3. Bayi perlu diberi susu sebelum mereka berasa lapar. Ini kerana untuk mengelakkan angin masuk semasa bayi sedang menangis kelaparan. Posisi badan bayi ketika menyusu harus sedikit tegak supaya susu masuk ke dalam perut secara perlahan-perlahan dan selamat.

Kembung perut pada bayi yang berlarutan juga mungkin simptom terjadinya masalah pada bahagian pencernaan. Kalian usah panik jika perut bayi mengeras kerana kembung Cuba dahulu beberapa tips seperti di atas.

Namun, jika bayi kalian masih mengalami kembung perut dalam tempoh yang lama, sila bawa berjumpa dengan doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge