5 Menu Sahur Berkhasiat Untuk Anak Belajar Puasa

5 Menu Sahur Berkhasiat Untuk Anak Belajar Puasa

Selamat datang Ramadhan. Sudah pasti ia menjadi momen yang sangat dinantikan oleh Mak dan Ayah yang mempunyai anak kecil yang baru nak belajar puasa. Dan, yang paling sibuk adalah Mak kerana memikirkan menu yang berkhasiat untuk bersahur dan berbuka.

Mak akan menjadi orang yang super duper cerewet dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak. Ia hanya untuk memastikan anak cukup zat seperti kalsium, protein dan lemak, untuk anak kekal bertenaga sepanjang hari.

5 Menu Sahur Berkhasiat Untuk Anak Belajar Puasa

Selain daripada sibuk memikirkan resepi sahur yang berkhasiat, Mak juga akan berdepan dengan kerenah anak yang susah untuk bangun bersahur pada awal pagi. Jadi, solusi untuk menarik anak bangun dini hari adalah menyediakan makanan untuk sahur yang sihat, berkhasiat dan lazat.

Ini 5 menu sahur yang berkhasiat untuk anak anda!

Ayam Goreng Bersalut Tepung

Inilah menu yang tidak pernah ditelan zaman. Siapa yang tak suka ayam goreng yang rangup? Hihi.

Untuk lebih berkhasiat, Mak boleh menyalut ayam dengan menggunakan oat. Tentu tekstur ayam lebih crunchy ketika menggigitnya.

Telur Dadar Inti Ayam

Anak-anak memang suka dengan telur, kan. Kali ni, Mak cuba berinovasi dengan meletakkan isi ayam yang dipotong kecil ke dalam telur. Kemudian, nak terasa lemak, masukkan 2-3 sudu mayonis.

Dengan hirisan sayur seperti carrot dan daun sup, sudah boleh membangkitkan semangat anak untuk bangun sahur.

Spageti

Rasanya kebanyakan anak suka sangat dengan spageti, kan. Jadi, Mak perlu cuba menu sahur ini untuk menarik perhatiannya untuk bangun sahur.

Elok dipadankan dengan bebola daging yang bukan hanya sedap dimakan, tapi kaya dengan protein. Untuk anak yang susah makan sayur, mungkin Mak boleh kisar halus carrot dan bayam. Kemudian, masak bersama sos bolognese. Tentu anak kalian tidak menyedarinya.

Roti Bakar Diapit Pisang Sos Coklat

Fuh! Ini bukan anak je yang suka makan, Mak dan Ayah pun nak tumpang sekaki. Hihi.

Pisang bukan saja kaya dengan zat potassium yang boleh memberi tenaga malah ia bagus untuk proses pencernaan. Roti membekalkan karbohidrat yang diperlukan oleh badan. Manakala coklat sebagai medium penyedap selera.

Telur Hancur Ayam Berkeju

Telur hancur adalah makanan paling digemari oleh anak. Namun, jika dihidang kosong tanpa aksesori, ia tidak mencukupi zat yang diperlukan dalam badan.

Oleh itu, Mak boleh cuba masukkan ayam, carrot, tomato dan keju, Ia bukan saja menyelerakan tekak anak kalian. Tapi memberi menu yang berkhasiat untuk anak kekal cergas dan aktif di bulan Ramadhan.

Dengan menu sahur yang berkhasiat ini, saya jamin anak kalian pasti akan menanti-nanti saat untuk bangun sahur. Kemudian mereka akan menikmati menu sahur dengan lahap!

Tak ada lagi kerisauan Mak yang buntu untuk menyediakan menu sahur berkhasiat untuk anak-anak. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge