Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

Setiap Mak yang disahkan mengandung tentu sangat teruja dan tidak sabar untuk menyediakan barang keperluan bayi. Sehabis baik kalian tentu nak menjadi yang terbaik untuk setiap anak yang bakal lahir nanti.

Kelengkapan bayi adalah barang yang paling seronok untuk dibeli atau ‘window shopping’. Hal ini kerana terdapat pelbagai brand, pilihan dan warna yang menarik di pasaran. Contoh barang keperluan bayi adalah napkin, set pakaian, lampin pakai buang (diaper), kain bedung, dan peralatan jagaan harian bayi.

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
Bayi yang comel begini tidak sepatutnya terdedah dengan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang

Dalam keterujaan Mak membeli dan menyediakan keperluan bayi, harus diingatkan untuk membaca label dan bahan digunakan dalam produk bayi. Sedia maklum, kulit bayi sangat lembut, sensitif dan ‘fragile’ amat tidak sepatutnya terdedah dengan bahan kimia yang berbahaya.

Disebabkan keprihatinan terhadap Mak dan Ayah yang mementingkan nilai kesihatan bayi, Tasneem Naturel telah melancarkan produk jagaan harian bayi dan kanak-kanak, iaitu Set Baby Spa.

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
Bayi pun feeling-feeling nak berspa

Set ini mudah diangkut bersama semasa ‘travel’ kerana saiz setiap botol adalah kecil, 30ml sahaja. Ia juga dianggap ‘trial pack’ dan sesuai untuk Mak dan Ayah yang baru ingin mencuba item ini.

Kesemua item dalam Set Baby Spa ni mengandungi essential oil yang akan memastikan bayi sentiasa tenang, selesa dan beroleh tidur yang lena. Ia penting untuk pertumbuhan kesihatan seseorang bayi.

Set Baby Spa ini mempunyai 3 item yang mewakili langkah jagaan yang teratur.

#Langkah Pertama – Mandian Seluruh Badan (Head To Toe)

Waktu mandi adalah masa yang terbaik untuk memantau perkembangan deria bayi. Pada waktu ini, bayi berpeluang untuk menyentuh, melihat, menghidu dan mendengar. Mandian Baby Spa boleh diratakan ke seluruh badan. Ia diformulasikan dengan bahan semulajadi yang bebas daripada paraben, SLS yang boleh mengakibatkan keradangan pada kulit bayi.

#Langkah Kedua – Mengurut Bayi (Massage Oil)

Tahukah kalian, melalui sentuhan dapat merangsang perkembangan, komunikasi dan pembelajaran si anak kecil? Bayi akan memberi respon yang baik dengan senyuman apabila Mak membelai pipinya dan menggosok lembut belakang badannya. Saat istimewa inilah yang akan mencipta ‘bonding‘ antara Mak dan anak.

Dalam set baby spa ini juga disediakan panduan teknik mengurut bayi, khas untuk Mak yang baru pertama kali ingin mengurut bayi kalian. Apabila dah diurut secara rutin, ia pasti menjadi momen yang ditunggu-tunggu oleh si anak kecil.

#Langkah Ketiga – Melembapkan Kulit Bayi (Losyen)

Penjagaan kulit bayi harus dititikberatkan. Ia mudah menjadi kering apabila terdedah dengan cuaca persekitaran. Pemakaian losyen yang dirumuskan dengan bahan semulajadi ini dapat mengelakkan kulit luka dan melecet jika berlaku geselan.

Saya akan berasa sangat bangga kerana produk Set Baby Spa ini dimiliki oleh setiap Mak di luar sana. Ia akan menjadi sebahagian daripada detik istimewa dalam hari kalian yang sibuk dengan urusan kerja, dan dapat meluangkan masa mengeratkan ikatan kasih sayang dengan si manja.

Yang penting, ia produk berasaskan bahan semulajadi dan Mak tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan pada bayi. Untuk dapatkan Set Baby Spa ini boleh hubungi saya +60179845321.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

One thought on “Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge