Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I

Meh nak cerita sikit isu telinga saya itu hari. Sebenarnya ia bermula saya selsema berpanjangan. Padahal saya baru saja selsema sebelum raya. Tak sampai 1 bulan, kembali selsema. Antibodi lemah sangat ke? Hmmm.. Yang peliknya, hingus tak pernah habis. 1 hari saya akan hembus setiap kali nak solat. Dan, kadar lendir tu banyak. Tak pernah kurang. 2 minggu, terus telinga dengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Ubat titis telinga. Untuk mencairkan wax telinga

Sampai sekarang pun masih berdengung tapi still dengar cuma sayup-sayup. Dan, saya boleh dengar balik suara saya. Macam bergema gitu. So, kalau ada yang bersembang dengan saya dan saya balas dengan suara perlahan, bukan maksud saya sopan. Haha. Cuma saya tak tahu tahap kekuatan suara yang saya lontarkan. Kiranya dalam 3 minggu ni saya bercakap dengan penuh keayuan lah. Kahkah!

Flashback sekejap. Isnin lepas saya ke klinik biasa untuk cek masalah dengung. Doktor klinik beritahu tahi telinga menutupi gegendang telinga. Jadi, dia beri ubat titis untuk melembutkan ear wax saya tu. 3 hari titis masih tak selesai sedangkan en suami dah cek ear wax dah lembut dan boleh dikeluarkan. Clear, tapi masih berdengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Posing sebelum digodek telinga

Saya tak tahan, Rabu minta en suami, teman jumpa pakar ENT. Puas pusing mencari klinik pakar dan akhirnya kami terjah KPJ.

Ok jom tengok pada gambar. Siapa yang belum pernah melihat gegendang telinga, itu lah ia. Membran yang nipis yang memisahkan telinga luar dan telinga dalam.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Gambar ini adalah telinga kiri saya, normal.
Gambar ini adalah telinga kanan saya, abnormal.

Itulah yang sedang bermasalah. Nampakkan merah sekeliling tu. Dan, masa LIVE ritu, ada cecair di sebalik gegendang tu. Cecair tu yang membuatkan suara saya bergema.

Jadi, doktor pakar beritahu dia mahu cek hidung saya. Serius tak bersedia! Ingat nak cek telinga, rupanya hidung. Dengan alat dia yang agak menakutkan. Haha.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Saluran ENT

Tapi sebelum tu, kalian perlu tahu bahawa saluran telinga, hidung dan tekak bersambung. Manakala gambar kedua adalah perbezaan telinga normal dan otitis media, iaitu keadaan telinga saya sekarang.

Sistem Telinga Tengah

Warna kuning itu lah cecair yang terperangkap dalam telinga tengah saya mengakibatkan dengung macam air masuk telinga. Tapi dengung yang lama sangat sampai tak selesa. Namun saya langsung tak ada rasa sakit.

Tiada huraian lanjut kerana saya belajar subjek biologi setakat tingkatan 5 saja. Kahkah! Kalau kalian nak tahu secara mendalam boleh google sahaja.

Ok, sambung lagi. Disebabkan doktor pakar dengar suara saya sengau, dia beritahu untuk cek hidung saya. Sambil itu, dia memegang satu alat besi yang panjang. Oh mai! Boleh tengok next gambar.

Nasal endoscope

Bila tengok tu, saya jadi cuak! Serius. Lain yang sakit, lain pula dikorek. Risau. Berdebar sangat. En suami saya terus menerus bagi kata-kata semangat.

“nak sihat kan, kena buatlah. abang ada” haha.

Doktor tengok ada banyak lendir dan saluran bengkak. Boleh rujuk gambar, ia adalah keadaan dalam hidung saya yang bersambung dengan saluran telinga (eustachian tube..kot. saya pun tak pasti. Kiki).

Saluran hidung saya. haha.

Saluran ini sempit dan menyukarkan lendir yang terkumpul di telinga tengah turun. Itulah punca saya menjadi tidak selesa dan pendengaran terbatas.

Jadi, doktor meneruskan sedut lendir. Nak tahu proses tu cemana? Kita sambut part II lah eh. Kena sabar tau! Hehe.

Mia Sowi,
Bersyukur nikmat yang diberi sebelum ia ditarik kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge