Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan

Baru-baru ni Mia bersembang dengan jiran selang dua tiga rumah ni. Biasa petang, anak-anak kami selalu main kat luar sama-sama. Jadi, sembang punya sembang, rupanya anak dia yang nampak sihat, comel dan of course lagi besar (tinggi) dari Aysar, setiap bulan jika demam akan kena sawan.

Melalui cerita ibunya, anak dia, waktu itu umur setahun, pernah sekali demam panas melampau 40 darjah celcius, tengah malam, tiba-tiba terkena sawan. Dalam 2 minit macam tu keadaan kejang dan berbuih mulut. Allah. Tak dapat bayangkan anak-anak Mia dalam keadaan macam tu.

Sekarang, jiran Mia ni sedaya upaya nak elakkan anak dia jatuh sakit. Pernah satu kali, baru demam sikit, suhu 37.5 darjah celcius, pun dah terkena. Itu lah dia bagitahu, anak ni kalau dah satu kali kena sawan, memang akan kerap terjadi sehinggalah antibodi betul-betul kuat.

Mia tanya jiran tu, apa yang dia buat untuk elak keadaan berulang atau dah nampak anak tak berapa nak sihat. Dia beritahu buat kaedah sponging untuk turunkan suhu demam. Ini yang dikongsikan:

Kategori Demam

Sebelum melakukan kaedah sponging ni, kalian perlu tahu tentang perubahan suhu badan. Untuk suhu keadaan normal, 36-37.4 darjah celcius. Berikut adalah kategori suhu demam :

  • Demam ringan : 37.5 – 38.4 darjah celcius
  • Demam biasa : 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi : 40 – 41. 4 darjah celcius

Cara – cara melakukan kaedah sponging

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan
  1. Sediakan air suam dalam besen/bekas dan 3 helai tuala kecil
  2. Ambil 1 tuala, rendam dan perah sedikit.
  3. Mulakan dap-dap di bahagian kaki, betis dan peha. Biarkan kain di celah peha.
  4. Kemudian, ambil kain kedua yang telah direndam dan diperah. Dap pada kedua-dua ketiak. Biarkan kain dikepit pada ketiak seketika.
  5. Akhir sekali, kain ketiga dap pada bahagian muka, leher dan kepala. Letak seketika kain pada keliling leher anak.
  6. Ulang langkah-langkah ini selama 30 minit.

Perhatian!

Elak guna air sejuk. Ini kerana boleh menyebabkan anak tidak selesa dan mengakibatkan anak mengigil dan suhu badan akan meningkat.

Selain itu, jika kalian sudah menggunakan air suam, tetapi kelihatan anak mengigil, berhenti proses sponging dan perhatikan keadaan anak. Jika serius, sila bawa ke hospital segera.

Cadangan Lain Rawatan Untuk Demam

  1. Pastikan bilik dan ruang tamu sentiasa selesa dengan ‘switch on’ kipas/penghawa dingin.
  2. Pakaikan anak dengan pakaian yang longgar (kalau baby, baju yang berlubang-lubang).
  3. Galakkan anak minum air yang banyak. Boleh juga bagi jus buah-buahan yang dikisar di rumah tanpa ada tambahan gula).
  4. Biarkan anak bergerak bebas tanpa menyuruhnya untuk sentiasa berbaringan. Namun, pantau pergerakannya.
  5. Elakkan menyelimut atau memakaikan baju sejuk pada anak.
  6. Boleh cuba balm tasneem naturel sebagai alternatif untuk mengawal suhu anak ketika demam.

Mia harap perkongsian ini dapat memberi gambaran sebenar untuk Mak dan Ayah di luar sana untuk melakukan kaedah sponging. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge