Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Di Ipoh ni ada satu restoran dimsum yang halal. Ada pelbagai menu masakan cina yang boleh didapati di kedai ni. Sebenarnya dah banyak kali saya datang sini, setiap kali ada keluarga yang singgah Ipoh, saya akan bawa ke sini.

Baru ni saya datang sekali lagi, selepas COD balm Tasneem.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Menu wajib makan kalau datang sini adalah Prawn Dumpling (isi udang segar) dan Pyramid Dumpling (isi ayam dan kuning telur masin). Dua menu ni didatangkan dalam termos dim sum untuk mengekalkan kehangatan. Kesedapan dia ternyata A. Hehe.

Sudah tentulah ada pencicah untuk menambah keenakannya. Sos kicap manis (bukan yang biasa makan tu tau) dan sos cili bawang putih.

Selain itu, saya rekomen untuk mencuba Fried Radish Cake. Baunya dah meningkat selera. Sepinggannya yang sangat simple, benda yang selalu kita makan. Tentunya lobak putih(white radish) yang dipotong kiub, kucai, taugeh dan telur hancur. Semuanya digoreng secukup rasa, boleh tengok gambar nanti. Rasa dia agak pedas sedikit. Tapi buat jadi nak terus makan sebab kerangupan taugeh tu. Fuh!

Itu hari, en suami ada juga buat pesanan nasi goreng cina berserta ayam black pepper. Sedap juga. Di sini, tak lengkap kalau tak ada menu mee wantan, kan. Cuma bukan pilihan kami pada hari tersebut. Hehe.

Harga menu di sini di antara RM5 – RM10.

Jika datang ke Ipoh, jangan lupa cuba dim sum halal tersedap di Greentown Dim Sum Cafe, berdekatan dengan pejabat PTPTN Ipoh dan selajur Jakel Ipoh.

Restoran dim sum halal ini ada pengesahan sijil JAKIM. Waktu operasi adalah 8am – 9pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge