Anak Penyambung Warisan

Alhamdulillah hari ni selesai hantar borang pendaftaran Adelia untuk Tahun 1 2020 nanti. Adelia memilih untuk meneruskan pengajian aliran agama.

Ya. Dia sendiri yang pilih. Kami, Mama dan Papa, hanya beri pilihan samada sekolah harian biasa atau sekolah berteraskan agama.

Padahal sejak awal tahun, dia memang nak sekolah harian dan berasa teruja giler nak ke sekolah tu.

Namun, dalam 3 bulan terakhir ni, dia kerap tanya sekolah tu ada solat dan zikir/doa pada waktu pagi atau tidak.

Seolah-olah dia mahu persekitaran dari PASTI seperti sekarang. Oh ya, Adelia ni dah tadika yang sama sejak usia 4 tahun. Mungkin dia dah sebati dengan ‘ajaran’ begitu.

Jadi, kami jelaskan pada dia perbezaan sekolah rendah harian pada tahun depan. Dia bergenang air mata.

Cara kami beri Adelia pilihan begini ;

1. Kerap bercerita tentang kebaikan kedua-dua sekolah. Tunjuk video. Tunjuk gambar. Tunjuk aktiviti sekolah.

2. Kami bawa dia round untuk kenal lokasi kedua-dua sekolah. Jarak sekolah tak jauh beza dengan rumah kami.

3. Beri tempoh untuk dia buat keputusan.

Akhirnya Adelia dah sebulat suara untuk pilih sekolah swasta aliran agama. Alhamdulillah. Saya dan en suami hanya menurut kehendaknya dan wajib bekerja keras serta beri komitmen pada sekolah pilihan hati dia.

Begitulah.

Dalam mencorakkan keperibadian anak-anak, ambil peduli tentang penilaian mereka juga. Untuk menjadi ‘seorang sahabat akrab’ pada anak, perlu memberi ruang untuk anak membuat keputusan.

Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan keyakinan anak pada diri sendiri. Dan Mak Ayah pasti akan lebih gembira melihat anak enjoy dengan pilihannya.

Mia Sowi,
Tugas menjadi ibu bapa semakin berat apabila anak masuk ke alam persekolahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge