3 Tips Cara Jadi Agen Dropship

Zaman sekarang semua orang nak buat duit dengan bisnes online. Akan tetapi selalu niat berbisnes terbantut akibat tidak mempunyai modal secukupnya. Kali ini saya berkongsi dengan kalian untuk berbisnes tanpa perlu modal.

Bisnes ini dipanggil Dropship.

Kalian hanya perlu promote atau iklan produk sahaja tanpa mengeluarkan modal. Kemudian pelanggan yang berminat akan berurusan dan membuat bayaran produk kepada kalian. Seterusnya kalian pula akan menyampaikan pesanan bagi pihak pelanggan tadi kepada supplier dengan bayaran harga agen dropship.

tips cara jadi agen dropship

Namun, ada beberapa kriteria untuk kalian nilai sebelum menjadi agen dropship. Ini 3 tips cara jadi agen dropship.

1. Survey

Kalian boleh membuat carian di media sosial seperti Instagram atau Facebook. Untuk lagi mudah, guna saja hashtag dropship wanted, dropship diperlukan, bisnes part time dan sebagainya.

tips cara jadi agen dropship

2. Buat pilihan

Memang ramai penjual yang menggunakan hashtag ni. Jadi, kalian kena cari produk yang betul-betul sesuai dengan jiwa masing-masing.

Jika minat fesyen, pilihan produk kasut, pakaian dan aksesori banyak memerlukan ejen dropship. Kebanyakannya tiada modal yang dikenakan. Begitu juga jika minat barangan bayi, pilihan seperti pakaian bayi, balm bayi Tasneem, permainan bayi dan sebagainya.

Pada waktu ini, kalian kena tegas dengan pilihan produk dan samada modal diperlukan atau tidak.

tips cara jadi agen dropship

3. Bertanya

Selepas dah ada beberapa pilihan pembekal/penjual/produk, kalian boleh meneruskan langkah dengan menghubungi pihak terbabit.

Di peringkat ni, kalian perlu bertanya kepada pembekal(penjual) tentang konsep agen dropship, syarat-syarat yang perlu dipatuhi, harga dan sebagainya.

Bonus : walaupun kalian menjadi agen dropship, kalian wajib ada akaun bank. Dan lebih baik register untuk online banking. Ia sangat membantu menjimatkan masa dan tenaga.

Kelebihan Menjadi Agen Dropship Tasneem Naturel

  • Mendapat diskaun harga produk dari 10%-40% bergantung kepada ranking ejen.
  • Kalian juga boleh membeli item secara borong untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
  • Tidak perlu risau dengan maklumat terkini. Kami mempunyai group support secara online untuk berkongsi teknik-teknik pemasaran.
  • Mendapat gambar dan bahan promosi secara online.
  • Kami mempunyai sistem yang teratur dan kami menggunakan website untuk segala tempahan. Maksudnya stok adalah secara live.

Kalian boleh menjual apa saja item yang available dalam rangkaian produk Tasneem Naturel yang berasaskan produk kesihatan bayi. Kemudian terus mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Apabila ada pesanan dari pelanggan, kalian boleh buat tempahan produk dengan saya. Dan akan terus pos produk kepada pelanggan kalian. Kemudian kalian boleh menikmati keuntungan dengan sangat mudah tanpa modal.

3 Tips Cara Jadi Agen Dropship

Sebagai contoh,

Katakan pelanggan kalian berminat dengan CF Rub untuk melegakan pernafasan bayi. Kalian jual pada harga runcit adalah RM49 dan pos RM8, RM57 pelanggan bayar pada kalian.

Kemudian kalian bayar pada saya RM44 (harga dropship) dan RM8 (pos), RM52. Jadi kalian akan mendapat untung terhadap CF Rub sebanyak RM5.

Itu baru satu produk. Bayangkan jika kalian dapat menjual 20 botol?

Ya RM100 sebulan kalian dapat tanpa mengeluarkan duit poket sendiri dan tanpa perlu menyimpan stok. Hanya buat tempahan dengan saya sahaja.

Mudah saja kan? Apa lagi, jom sertai Team Shining Swan untuk mendapat pulangan yang banyak sehingga dapat mengeluarkan zakat. Hubungi segera 0179845321 atau klik saja pada icon di bawah ini.

Anak Tantrum! Ini Antara Kesilapan Yang Kerap Ibu Bapa Lakukan. Nombor 4 Point Paling Win

One Reply to “3 Tips Cara Jadi Agen Dropship”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge