Anak Ketagihan Gadget Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna

Anak Ketagihan Gadget? Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna


Cuti-cuti panjang ni ramai ke yang bagi anak gajet? Ramai parents bagi gajet termasuk tv sebab nak anak diam dan behave katanya. Saya pun ada kasi tambah pulak di kampung kan, tapi terhad tempoh penggunaannya.

Ada banyak efek kalau anak terdedah dengan gajet terlalu lama. Cari je di google, ada pelbagai kesan diorang kongsikan. Tapi kali ni saya nak share macam mana nak atasi anak ketagih gajet. Seram bunyinya, tapi itulah kenyataan.

Anak Ketagihan Gadget Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna
Anak Ketagihan Gadget Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna

Beri Anak Aktiviti Hands-On

Ramai Mak Ayah ambil jalan mudah untuk alih perhatian anak yang tak tentu arah sikapnya dengan memberi gajet. Sebenarnya anak buat perangai bukan nak gajet, tapi memerlukan ‘something’ untuk buat aktiviti bagi elak kebosanan.

Contohnya, ajak bermain pasir. Sekurangnya dapat melatih sensori anak. Atau anak yang lebih besar, ajak main dengan water color iaitu painting.

Masalahnya aktiviti sebegini tidak disediakan untuk mereka.

Anak Ketagihan Gadget Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna
Aysar seronok betul kalau dah asyik main pasir. Dapat melatih perkembangan sensori

Lakukan Sistem Reward

Zaman teknologi sekarang, anak-anak memang tak dinafikan gemar gajet. Jadi, Mak Ayah boleh twist situasi dengan mewujudkan ganjaran.

Iaitu, anak perlu melakukan sesuatu ‘pekerjaan’ dengan selesai baru dapat bermain gajet dalam tempoh yang dibenarkan. Contohnya, kemas bilik setiap kali bangun tidur dan ganjarannya dapat main handphone.

Cara ini secara tidak langsung dapat memberi anak tanggungjawab dan perlu berusaha untuk peroleh kejayaan.

Anak Ketagihan Gadget Ini Cara Penyelesaian Yang Ibu Bapa Boleh Buat. Nombor 3 Paling Bermakna
Adelia menghabiskan masa dengan painting lukisan pokok

Korbankan Masa Dan Bermain Dengan Anak

Untuk perkembangan anak, masa antara Mak Ayah dan anak wajib ada. Maksudnya bermain bersama. Anak lebih suka jika Mak Ayah join sekali main dengan mereka.

Contohnya, boleh ajak anak main lego, susun bantal, messy play, main sorok-sorok. Kalau bukan Mak Ayah, dengan siapa lagi diorang nak main kan.

Secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Keluar Beriadah

Anak memang akan cepat bosan dan emosi mudah tak stabil apabila terkurung dalam rumah. Apa kata Mak Ayah bawa anak main di rumah, atau taman permainan. Luangkan masa dengan menemani anak bermain gelongsor, buaian dan sebagainya.

Beriadah di taman permainan dapat merapatkan hubungan bersama keluarga di samping menyihatkan tubuh badan. Mungkin boleh luang masa 30 minit sehingga sejam dengan anak-anak di luar rumah.

Percayalah, setiap langkah untuk mengatasi anak ketagihan gadget akan memberi impak yang sangat besar pada anak itu sendiri. Jadi, Mak dan Ayah perlu mainkan peranan sebaik mungkin. Demi masa depan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge