BLOG

Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak

Ada pelbagai permainan yang boleh membina imaginasi anak-anak. Namun, ia perlu merangsang deria untuk membantu dan membimbing anak-anak supaya belajar dan latih fokus.

Bermain dengan pelbagai tekstur menggalakkan rasa tenang dan memberi sentuhan tersendiri. Terdapat banyak permainan di pasaran seperti permainan plastisin, permainan pasir dan sebagainya.

Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak
Aysar enjoy main tepung

Semasa pertemuan terbaru dengan ahli terapi, cikgu Aysar pesan suruh banyakkan aktiviti sensori. Sebenarnya dah setahun Aysar menjalani terapi cara kerja, ada progress. Alhamdulillah. Cuma sensorinya masih kurang.

Jadi, saya dan Kakaknya, Adelia, kerap ajak dia main tepung gandum. Rumah sepah, memutih? Abaikan je. Haha. Bermain dengan tepung memberi pengalaman yang tersendiri dan ia menawarkan perasaan yang berbeza.

Muka puas dapat putihkan meja Mama yang hitam tu

Kalau perhatikan anak-anak yang suka sentuh sana sentuh sini, lepas tu sentuh lagi. Itu tanda anak yang tak cukup sensori. Anak tak puas merasa. Deria dia belum cukup ‘kenyang’. Atau erti kata lain, dia tak dapat meneka atau tak dapat pastikan objek tu lembut ke, keras ke, tajam ke, lembik ke, panas ke, sejuk ke.

Ini aktiviti yang boleh merangsang sensori anak ;

1. Bagi main pasir/play doy
2. Bagi main water color dan cop jari jemari
3. Bagi main pengepit baju
4. Bagi main knob puzzle
5. Bagi main menampal kertas warna

Play n’ Learn

Setiap anak sangat unik. Jadi, Mak dan Ayah perlu kreatif untuk menarik minat anak bermain dalam keadaan belajar. Ia sangat membantu mereka membesar. Oleh itu, sebagai Mak dan Ayah wajib meneroka pilihan mainan untuk merangsang anak gembira, fokus dan belajar.

Semoga bermanfaat 

Mia Sowi,
Suka masa main, tapi selalu ngelat masa nak kemas. Haha.

Ibu Ini Kongsi Rahsia Cara Ajaib Untuk Menghilangkan Kerak Puting Dan Botol Susu

Apabila Mak-mak ada anak kecil, salah satu perkara yang boleh buat pening adalah botol susu berkerak. Kadang tu, naik rimas tengok puting botol susu anak berkerak. Padahal baru je beli baru. Pelik sungguh!

Stress jugak kalau duk sental-sental pun tak nak tanggal. Degil betol kerak susu tu kan! Terfikir juga, kenapa boleh cepat sangat berkerak?

Ibu Ini Kongsi Rahsia Cara Ajaib Untuk Menghilangkan Kerak Puting Dan Botol Susu

Biasa jadi puting botol berkerak bila lambat basuh botol susu.

– Puan Ain

Ada orang kata sebab lambat basuh botol. Tapi memang lama-lama akan berkerak juga. Tak kira puting tu mahal ke murah ke.

– Puan Nur

Kalau dah lama pakai memanglah akan berkerak juga tak kira botol mahal atau murah.

– Puan Qis

Haa, nampak kan inilah masalah sejagat Mak-mak. Haha. Lambat cuci, memang susu tu akan mengering dan jadi kerak pada dinding botol dan puting susu. Dah banyak kali tukar pencuci botol pun tak dapat hilangkan semua kerak tu. Banyaknya kos!

Jadi, ramai Mak ambil langkah untuk menukar puting botol setiap kali kerak susu menebal. Kalau tak tukar, kita yang tengok pun geli. Dan, sudah tentu Mak risau tentang bahayanya bakteria yang melekat bersama kerak susu.

Antara bahaya kerak susu pada anak kecil ialah:

  1. Boleh menyebabkan asma. 
  2. Boleh menyebabkan alahan.
  3. Sistem imun anak menjadi lemah.
  4. Lidah, gusi dan tekak anak akan terasa sakit. 

Kini, Mak sekalian dah boleh tarik nafas lega sebab Tasneem Naturel sudah pun mengeluarkan Kleenzy, pencuci botol organik. Kleenzy ini berasaskan bahan semulajadi seperti sireh yang bersifat antifungus yang boleh menghalang pembiakan bakteria.

Dan yang pasti, pencuci botol ini bebas dari bahan kimia sintetik dan tiada paraben serta SLS.

Antara keistimewaan Kleenzy adalah:

  1. Anti bakteria dan anti toksin.
  2. Berkuasa menanggalkan lemak susu dan segala kotoran degil.
  3. Tiada perasa atau pewarna tiruan, pewangi dan pigmentasi warna.
  4. Lembut pada tangan.
  5. Mesra alam sekitar

Mudah sangat untuk guna Kleenzy, pencuci botol Tasneem Naturel ni. Hanya perlu pam sedikit saja pada botol, puting, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kemudian, letakkan air pada permukaan span atau berus. Gosok pada bahagian yang diperlukan. Akhir sekali, bilas sehingga bersih.

Fuh! Best kan pencuci botol, Kleenzy ni. Dah tak payah pening-pening kepala nak beli puting botol susu lagi. Lagi syok, pencuci botol ni boleh buat cuci sayur dan buah sekali. Untung berganda! Kalau nak dapatkan Kleenzy ni, boleh klik gambar whatsapp di bawah ni tau.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor

Itu hari balik kampung en suami di Bagan Datuk. Tak sangka pula biras pun ada balik sama. So, kitorg pun plan lah nak makan kat luar. Dah decide nak ke Cendol Atok di Sungai Besar. Tapi sebelum tu, saya singgah J&T kurier untuk pos balm tasneem.

Masa pilih nak pekena Cendol Atok ni, saya tak ada idea pun menu dia macam mana. Ingatkan berasaskan nasi lah, kan. Dah nak makan tengah hari. Haha. Sekali rupanya, menu omputih. Rare pula rasanya tekak makan western pada hari panas lit lit. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Biras saya duk tarik cheese, menu fried cheese chicken chop.

Kebiasaan menu nasi ulam, nasi berlauk, nasi kandar dan pelbagai jenis nasi dicari untuk makan tengah hari. Namun, jika kalian ingin mencari kelainan untuk makan tengah hari, boleh cuba menu western di kedai ini.

Tarikan utama kedai makan ini adalah cendol. Ada cendol biasa, cendol boba, cendol jagung dan cendol durian.

Jadi, nak ikut trend, order lah cendol boba dan cendol durian. Haha. Ingatkan durian seulas, tapi pes. Rasa dia tetap sama. Mengujakan sampai rasa nak order semangkuk lagi. Kiki.

Untuk hidangan utama, saya sekeluarga memilih spegeti, lamb chop, chicken chop, nasi ayam kpop (pun hadoooo..).

Servis kedai ni tiptop. Laju. Tak sempat anak-anak nak buat perangai. Haha. Sesuai kalau kalian nak bawa anak.

Oklah enjoy je gambar yang saya kongsi ni. Ada cerita setiap satu gambar.

Pekerja yang bagi servis terbaik
Old school wall
Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Ruang air kedai ni
Keadaan kedai yang luas dan selesa. Kipas ada di setiap bahagian
Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Ruang cashier

Last.. Boleh search Cendol Atok kat FB atau Instagram. Atau terus ke kedai yang terletak di Sungai Besar, cari landmark Nata De Coco. Sebelah tu je.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Di Ipoh ni ada satu restoran dimsum yang halal. Ada pelbagai menu masakan cina yang boleh didapati di kedai ni. Sebenarnya dah banyak kali saya datang sini, setiap kali ada keluarga yang singgah Ipoh, saya akan bawa ke sini.

Baru ni saya datang sekali lagi, selepas COD balm Tasneem.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Menu wajib makan kalau datang sini adalah Prawn Dumpling (isi udang segar) dan Pyramid Dumpling (isi ayam dan kuning telur masin). Dua menu ni didatangkan dalam termos dim sum untuk mengekalkan kehangatan. Kesedapan dia ternyata A. Hehe.

Sudah tentulah ada pencicah untuk menambah keenakannya. Sos kicap manis (bukan yang biasa makan tu tau) dan sos cili bawang putih.

Selain itu, saya rekomen untuk mencuba Fried Radish Cake. Baunya dah meningkat selera. Sepinggannya yang sangat simple, benda yang selalu kita makan. Tentunya lobak putih(white radish) yang dipotong kiub, kucai, taugeh dan telur hancur. Semuanya digoreng secukup rasa, boleh tengok gambar nanti. Rasa dia agak pedas sedikit. Tapi buat jadi nak terus makan sebab kerangupan taugeh tu. Fuh!

Itu hari, en suami ada juga buat pesanan nasi goreng cina berserta ayam black pepper. Sedap juga. Di sini, tak lengkap kalau tak ada menu mee wantan, kan. Cuma bukan pilihan kami pada hari tersebut. Hehe.

Harga menu di sini di antara RM5 – RM10.

Jika datang ke Ipoh, jangan lupa cuba dim sum halal tersedap di Greentown Dim Sum Cafe, berdekatan dengan pejabat PTPTN Ipoh dan selajur Jakel Ipoh.

Restoran dim sum halal ini ada pengesahan sijil JAKIM. Waktu operasi adalah 8am – 9pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa.

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan

Baru-baru ni Mia bersembang dengan jiran selang dua tiga rumah ni. Biasa petang, anak-anak kami selalu main kat luar sama-sama. Jadi, sembang punya sembang, rupanya anak dia yang nampak sihat, comel dan of course lagi besar (tinggi) dari Aysar, setiap bulan jika demam akan kena sawan.

Melalui cerita ibunya, anak dia, waktu itu umur setahun, pernah sekali demam panas melampau 40 darjah celcius, tengah malam, tiba-tiba terkena sawan. Dalam 2 minit macam tu keadaan kejang dan berbuih mulut. Allah. Tak dapat bayangkan anak-anak Mia dalam keadaan macam tu.

Sekarang, jiran Mia ni sedaya upaya nak elakkan anak dia jatuh sakit. Pernah satu kali, baru demam sikit, suhu 37.5 darjah celcius, pun dah terkena. Itu lah dia bagitahu, anak ni kalau dah satu kali kena sawan, memang akan kerap terjadi sehinggalah antibodi betul-betul kuat.

Mia tanya jiran tu, apa yang dia buat untuk elak keadaan berulang atau dah nampak anak tak berapa nak sihat. Dia beritahu buat kaedah sponging untuk turunkan suhu demam. Ini yang dikongsikan:

Kategori Demam

Sebelum melakukan kaedah sponging ni, kalian perlu tahu tentang perubahan suhu badan. Untuk suhu keadaan normal, 36-37.4 darjah celcius. Berikut adalah kategori suhu demam :

  • Demam ringan : 37.5 – 38.4 darjah celcius
  • Demam biasa : 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi : 40 – 41. 4 darjah celcius

Cara – cara melakukan kaedah sponging

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan
  1. Sediakan air suam dalam besen/bekas dan 3 helai tuala kecil
  2. Ambil 1 tuala, rendam dan perah sedikit.
  3. Mulakan dap-dap di bahagian kaki, betis dan peha. Biarkan kain di celah peha.
  4. Kemudian, ambil kain kedua yang telah direndam dan diperah. Dap pada kedua-dua ketiak. Biarkan kain dikepit pada ketiak seketika.
  5. Akhir sekali, kain ketiga dap pada bahagian muka, leher dan kepala. Letak seketika kain pada keliling leher anak.
  6. Ulang langkah-langkah ini selama 30 minit.

Perhatian!

Elak guna air sejuk. Ini kerana boleh menyebabkan anak tidak selesa dan mengakibatkan anak mengigil dan suhu badan akan meningkat.

Selain itu, jika kalian sudah menggunakan air suam, tetapi kelihatan anak mengigil, berhenti proses sponging dan perhatikan keadaan anak. Jika serius, sila bawa ke hospital segera.

Cadangan Lain Rawatan Untuk Demam

  1. Pastikan bilik dan ruang tamu sentiasa selesa dengan ‘switch on’ kipas/penghawa dingin.
  2. Pakaikan anak dengan pakaian yang longgar (kalau baby, baju yang berlubang-lubang).
  3. Galakkan anak minum air yang banyak. Boleh juga bagi jus buah-buahan yang dikisar di rumah tanpa ada tambahan gula).
  4. Biarkan anak bergerak bebas tanpa menyuruhnya untuk sentiasa berbaringan. Namun, pantau pergerakannya.
  5. Elakkan menyelimut atau memakaikan baju sejuk pada anak.
  6. Boleh cuba balm tasneem naturel sebagai alternatif untuk mengawal suhu anak ketika demam.

Mia harap perkongsian ini dapat memberi gambaran sebenar untuk Mak dan Ayah di luar sana untuk melakukan kaedah sponging. Semoga bermanfaat.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I

Meh nak cerita sikit isu telinga saya itu hari. Sebenarnya ia bermula saya selsema berpanjangan. Padahal saya baru saja selsema sebelum raya. Tak sampai 1 bulan, kembali selsema. Antibodi lemah sangat ke? Hmmm.. Yang peliknya, hingus tak pernah habis. 1 hari saya akan hembus setiap kali nak solat. Dan, kadar lendir tu banyak. Tak pernah kurang. 2 minggu, terus telinga dengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Ubat titis telinga. Untuk mencairkan wax telinga

Sampai sekarang pun masih berdengung tapi still dengar cuma sayup-sayup. Dan, saya boleh dengar balik suara saya. Macam bergema gitu. So, kalau ada yang bersembang dengan saya dan saya balas dengan suara perlahan, bukan maksud saya sopan. Haha. Cuma saya tak tahu tahap kekuatan suara yang saya lontarkan. Kiranya dalam 3 minggu ni saya bercakap dengan penuh keayuan lah. Kahkah!

Flashback sekejap. Isnin lepas saya ke klinik biasa untuk cek masalah dengung. Doktor klinik beritahu tahi telinga menutupi gegendang telinga. Jadi, dia beri ubat titis untuk melembutkan ear wax saya tu. 3 hari titis masih tak selesai sedangkan en suami dah cek ear wax dah lembut dan boleh dikeluarkan. Clear, tapi masih berdengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Posing sebelum digodek telinga

Saya tak tahan, Rabu minta en suami, teman jumpa pakar ENT. Puas pusing mencari klinik pakar dan akhirnya kami terjah KPJ.

Ok jom tengok pada gambar. Siapa yang belum pernah melihat gegendang telinga, itu lah ia. Membran yang nipis yang memisahkan telinga luar dan telinga dalam.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Gambar ini adalah telinga kiri saya, normal.
Gambar ini adalah telinga kanan saya, abnormal.

Itulah yang sedang bermasalah. Nampakkan merah sekeliling tu. Dan, masa LIVE ritu, ada cecair di sebalik gegendang tu. Cecair tu yang membuatkan suara saya bergema.

Jadi, doktor pakar beritahu dia mahu cek hidung saya. Serius tak bersedia! Ingat nak cek telinga, rupanya hidung. Dengan alat dia yang agak menakutkan. Haha.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Saluran ENT

Tapi sebelum tu, kalian perlu tahu bahawa saluran telinga, hidung dan tekak bersambung. Manakala gambar kedua adalah perbezaan telinga normal dan otitis media, iaitu keadaan telinga saya sekarang.

Sistem Telinga Tengah

Warna kuning itu lah cecair yang terperangkap dalam telinga tengah saya mengakibatkan dengung macam air masuk telinga. Tapi dengung yang lama sangat sampai tak selesa. Namun saya langsung tak ada rasa sakit.

Tiada huraian lanjut kerana saya belajar subjek biologi setakat tingkatan 5 saja. Kahkah! Kalau kalian nak tahu secara mendalam boleh google sahaja.

Ok, sambung lagi. Disebabkan doktor pakar dengar suara saya sengau, dia beritahu untuk cek hidung saya. Sambil itu, dia memegang satu alat besi yang panjang. Oh mai! Boleh tengok next gambar.

Nasal endoscope

Bila tengok tu, saya jadi cuak! Serius. Lain yang sakit, lain pula dikorek. Risau. Berdebar sangat. En suami saya terus menerus bagi kata-kata semangat.

“nak sihat kan, kena buatlah. abang ada” haha.

Doktor tengok ada banyak lendir dan saluran bengkak. Boleh rujuk gambar, ia adalah keadaan dalam hidung saya yang bersambung dengan saluran telinga (eustachian tube..kot. saya pun tak pasti. Kiki).

Saluran hidung saya. haha.

Saluran ini sempit dan menyukarkan lendir yang terkumpul di telinga tengah turun. Itulah punca saya menjadi tidak selesa dan pendengaran terbatas.

Jadi, doktor meneruskan sedut lendir. Nak tahu proses tu cemana? Kita sambut part II lah eh. Kena sabar tau! Hehe.

Mia Sowi,
Bersyukur nikmat yang diberi sebelum ia ditarik kembali

5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi

Minyak wangi ni bagi saya ia menjadi popular bukan sebab boleh mengatasi bau badan. Namun, ia boleh menginjakkan semangat. Jadi, ia bukan lah keperluan, tapi kemestian yang wajib ada untuk semua orang. Terasa macam seperti tidak lengkap keluar rumah tanpa semburan minyak wangi.

Jom selongkar sebab perlu guna minyak wangi dalam aktiviti harian kalian.

Meningkatkan Mood Mengikut Persekitaran

Cuba kalian bayangkan, jika mengantuk dan rasa lemau, pasti kalian mencari kopi yang boleh memberi tenaga, kan? Begitu juga dengan semburan minyak wangi. Ia akan mengembalikan kesegaran tubuh badan kalian.

5  Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Semburan perfume boleh mengubah mood

Aroma dalam perfume boleh memainkan peranannya mengikut bahan yang digunakan.

Perfume juga mencerminkan mood kalian dalam menyelesaikan rutin harian. Terdapat pelbagai jenis aroma yang berbeza yang boleh menggambarkan mood kalian; sedih, nakal, malu, gembira. Jadi, kalian perlu mengenalpasti perfume yang bakal dipakai untuk menentukan mood seharian.

Perfume Menambahkan Keyakinan Diri

Kebiasaannya kalau kalian berbaju baru, atau gaun cantik, tahap keyakinan kalian tinggi, kan. Sama juga jika kalian memakai minyak wangi. Ia akan meningkatkan keyakinan diri tanpa perlu risau dengan masalah bau badan.

5  Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Minyak wangi membuatkan si pemakai berasa lebih yakin

Aroma yang harum membuatkan si pemakai berasa lebih yakin apabila berdepan dengan orang ramai.

Bayangkan kalau kalian terlupa spray perfume untuk ke pejabat, nak bersalam laga-laga pipi dengan kawan-kawan pun rasa was-was, kan. Oleh itu, kalian perlu berwangi-wangian untuk menambahkan keyakinan.

Merangsang Keintiman Suami Isteri

Hubungan suami isteri bertambah intim

Point yang ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja tau. Kalian boleh menggunakan minyak wangi untuk meningkatkan hormon seksual. Di rumah pun boleh sentiasa wangi untuk orang yang tersayang.

Aroma mengasyikkan boleh mencipta kebahagiaan suami isteri.

Jadi, kalian boleh cuba buat pilihan perfume tertentu untuk sentiasa mewujudkan sifat kasih sayang di rumah. Usahlah kalian sembur perfume waktu nak keluar rumah saja tau. Inilah rahsia kebahagiaan alam rumah tangga. Haha.

Haruman Mampu Mengimbau Memori

Aroma sangat berperanan dalam mencipta kenangan. Setiap badan akan menghasilkan bau tersendiri dan perfume yang digunakan juga boleh membezakan setiap personaliti. Masakan tidak seseorang itu mampu rindukan bauan yang dipakai oleh pasangan.

5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Terkenang memori lalu saat ku cium aroma itu

Setuju tak dengan statement ni? Confirm naik thumbs up kan! Hihi.

Selain itu, terdapat sebahagian wanita yang memakai minyak wangi yang sama dengan ibu mereka. Ia bertujuan untuk menghidupkan kenangan lalu bersama ibu. Itulah sentimental value yang ada.

Ingin Kesan Aromaterapi

Terdapat minyak wangi yang bukan sahaja memberi aroma yang harum yang boleh menutup bau badan. Malah ia boleh memberi kesan aromaterapi kepada si pemakai. Dan, sudah tentu keperatusan minyak pati yang digunakan adalah sangat tinggi.

5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi
Sabreen keluaran Tasneem Naturel yang memberi kesan aromaterapi kepada si pemakai

Perfume aromaterapi boleh membantu kalian berasa tenang dan emosi berada dalam keadaan yang stabil.

Contohnya adalah bau lavender dapat mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi oleh sesetengah wanita selepas bersalin. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan insomnia.

Disebabkan ini jugalah yang mengakibatkan ada sesetengah penggemar minyak wangi berasa ‘ketagih’ untuk menambah koleksi perfume yang mereka suka.

Jadi diharapkan 5 Sebab Perlu Guna Minyak Wangi ini dapat menyedarkan kalian kepentingan untuk menyembur perfume samada di rumah mahupun di luar rumah.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Ramai yang telah melakukan kesalahan besar dalam memakai minyak wangi! Keharuman perfume tidak kekal lama hanya kerana cara kalian memakainya – sembur minyak wangi di pergelangan tangan kiri kemudian menekapnya dengan pergelangan tangan kanan, itu adalah salah!

Saya tahu ada antara kalian suka kumpul perfume berjenama, simpan duit dan berusaha untuk mendapatkan minyak wangi terbaik, jadi janganlah membazir walau setitik pun minyak wangi itu.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Ini 5 tips minyak wangi kekal harum sepanjang hari dan membuatkan kalian berasa sentiasa segar.

Namun, kalian perlu tahu minyak wangi terdiri daripada 3 notes (lapisan). Top note (lapisan atas) adalah bauan pertama yang kalian hidu (biasanya akan hilang selepas 20 minit). Middle note (lapisan tengah) adalah bauan yang lebih ketara (wujud selepas 15 minit). Base note (lapisan dasar) adalah bauan yang paling kuat dan kekal lama.

Jadi, jika kalian ingin minyak wanyi kekal harum sehingga base note, ikuti tips ini.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Lembapkan Kulit Sebelum Sembur Minyak Wangi

Haruman kekal berpanjang apabila ia disembur pada kawasan berminyak. Pastikan kulit kalian telah bersedia dan lembapkannya dengan losyen sebelum spray minyak wangi. Kalian hanya perlu pastikan losyen tersebut tanpa wangian (unscented), jika tidak ia akan bercampur bau dengan perfume dan aroma itu akan bertukar.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Kenalpasti Point Untuk Sembur

Semburan pada kawasan yang lembap pada kulit boleh membuatkan ia harum dan wangi pada jangka masa yang lebih lama. Untuk lebih spesifik, kalian boleh sembur pada kawasan nadi, kerana ada pembuluh darah yang berada di atas permukaan kulit.

Contoh point ini di pergelangan tangan, siku, leher, dada, belakang lutut, buku lali dan kelangkang. Pada point nadi ini, akan berlaku tindakbalas secara semulajadi dan membantu aroma menguap (evaporate) dari kulit.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Sapu Vaseline Pada Point Nadi

Sedia maklum, untuk kekal wangi sepanjang hari, kalian perlu melembapkan kulit. Jadi, cadangannya adalah lapisi sedikit vaseline pada point di kulit untuk ia ‘mengunci’ aroma.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Aroma ‘Keras’ Lebih Kekal Lama

Ada sesetengah orang gemar minyak wangi berbau lembut. Selain itu lebih suka perfume yang lebih keras. Aroma lembut seperti citrus atau jasmine akan meruap lebih cepat kerana molekulnya lebih kecil. Manakala aroma seperti kayu atau musk akan ‘mix’ dengan kulit kalian lebih lama.

Jadi, tidak hairanlah perfume lelaki lebih tahan lama baunya berbanding perfume wanita. Namun, perfume Tasneem Naturel adalah unisex dan boleh juga dipakai oleh kanak-kanak. Perfume Tasneem Naturel juga diperbuat daripada batang, bunga dan daun ros. Sebab itu lah, aromanya juga kekal berpanjangan.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Simpan Perfume Di Dalam Almari

Elakkan meletakkan botol perfume kalian di kawasan yang terdedah dengan cahaya. Ini kerana molekul dan aroma minyak wangi itu akan rosak. Jadi, langkah yang betul adalah menyimpan botol perfume dalam almari atau tempat yang gelap.

5 Tips Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Reminder!

Jika haruman kalian sudah hilang semasa lunchtime, ingat kembali cara kalian memakainya dan DON’T DAB!

Semoga perfume hacks ini dapat memberi info pada kalian semua.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan

Perfume atau minyak wangi adalah campuran aroma dan bahan tertentu sebagai ‘pengikat ikatan’ untuk memberi bau yang selesa kepada tubuh badan. Pendek cerita, nak bagi badan kalian bau wangi dan harum.

Ada sesetengah orang begitu fanatik dan sensitif dengan minyak wangi samada dari segi bentuk botol, kepekatan pati minyak, jenis haruman, ketahanan bau, harga dan sebagainya.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan

Namun, pernah tak kalian mempunyai pengalaman di mana semasa menyembur minyak wangi terasa perit dan menyengat di hidung sampai terbersin?

Ia merupakan tindakbalas badan kalian terhadap bauan tersebut. Jika kalian mengalami respon sebegini, perfume tersebut menggunakan wangian sintetik.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan
Perbandingan wangian sintetik dan wangian semulajadi

Dan, disebabkan itu lah, Tasneem Naturel mengeluarkan produk terbaharu iaitu minyak wangi. Perfume ini tidak sama dengan mana-mana minyak wangi yang ada di pasaran samada antarabangsa atau tempatan mahupun ‘inspired’. Wangian ini, essential oil perfume, dicipta sendiri oleh Founder Tasneem Naturel.

Ia diberi nama Rouzan dan Sabreen. Kedua-dua minyak wangi ini menggunakan ros sebagai bahan utama pembuatannya. Untuk Rouzan, wangiannya berasaskan kelopak, batang dan daun bunga ros. Manakala bunga ros, vanila dan patchouli adalah bahan wangian untuk Sabreen.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan
Rouzan dan Sabreen

Minyak Wangi Tasneem Naturel ini dikategorikan dalam kumpulan Parfum di mana 40% kepekatan cecair adalah bersumberkan pati minyak wangi. Maksudnya bahan tambahan untuk mengubah kualiti kepekatan itu sedikit.

Oleh disebabkan minyak wangi ini diperbuat daripada bahan semulajadi, Sabreen dan Rouzan ini macam ‘hidup’. Makin lama pakai, makin harum bau dia. Ala-ala connected dengan alam semula jadi. Hehe.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan
Cara Membuat Aromatherapy Perfume

Perfume ini juga dikenali sebagai minyak wangi aromaterapi. Apabila kalian menggunakan Sabreen dan Rouzan ini, ia bukan saja memberi bau yang wangi dan menyenangkan, malah beri kesan terapi. Essential oil daripada ros akan menyerap masuk ke dalam badan dan berfungsi untuk menenangkan hormon tubuh badan. Kesannya adalah si pemakai akan berasa rileks dan tenang sepanjang masa.

Sudah ramai yang menggunakan perfume ini. Rata-rata memberitahu minyak wangi Tasneem Naturel ini setanding dengan bauan antarabangsa.

Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan
Perfume Tasneem Naturel Paling Wangi Untuk Kegunaan Lelaki Dan Perempuan

Jika kalian ingin dapatkan Minyak Wangi Aromaterapi keluaran Tasneem Naturel, boleh hubungi ejen berdekatan atau Whatsapp +6017 984 5321 untuk membuat pesanan.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

Setiap Mak yang disahkan mengandung tentu sangat teruja dan tidak sabar untuk menyediakan barang keperluan bayi. Sehabis baik kalian tentu nak menjadi yang terbaik untuk setiap anak yang bakal lahir nanti.

Kelengkapan bayi adalah barang yang paling seronok untuk dibeli atau ‘window shopping’. Hal ini kerana terdapat pelbagai brand, pilihan dan warna yang menarik di pasaran. Contoh barang keperluan bayi adalah napkin, set pakaian, lampin pakai buang (diaper), kain bedung, dan peralatan jagaan harian bayi.

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
Bayi yang comel begini tidak sepatutnya terdedah dengan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang

Dalam keterujaan Mak membeli dan menyediakan keperluan bayi, harus diingatkan untuk membaca label dan bahan digunakan dalam produk bayi. Sedia maklum, kulit bayi sangat lembut, sensitif dan ‘fragile’ amat tidak sepatutnya terdedah dengan bahan kimia yang berbahaya.

Disebabkan keprihatinan terhadap Mak dan Ayah yang mementingkan nilai kesihatan bayi, Tasneem Naturel telah melancarkan produk jagaan harian bayi dan kanak-kanak, iaitu Set Baby Spa.

Set Baby Spa Wajib Ada Dalam Senarai Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
Bayi pun feeling-feeling nak berspa

Set ini mudah diangkut bersama semasa ‘travel’ kerana saiz setiap botol adalah kecil, 30ml sahaja. Ia juga dianggap ‘trial pack’ dan sesuai untuk Mak dan Ayah yang baru ingin mencuba item ini.

Kesemua item dalam Set Baby Spa ni mengandungi essential oil yang akan memastikan bayi sentiasa tenang, selesa dan beroleh tidur yang lena. Ia penting untuk pertumbuhan kesihatan seseorang bayi.

Set Baby Spa ini mempunyai 3 item yang mewakili langkah jagaan yang teratur.

#Langkah Pertama – Mandian Seluruh Badan (Head To Toe)

Waktu mandi adalah masa yang terbaik untuk memantau perkembangan deria bayi. Pada waktu ini, bayi berpeluang untuk menyentuh, melihat, menghidu dan mendengar. Mandian Baby Spa boleh diratakan ke seluruh badan. Ia diformulasikan dengan bahan semulajadi yang bebas daripada paraben, SLS yang boleh mengakibatkan keradangan pada kulit bayi.

#Langkah Kedua – Mengurut Bayi (Massage Oil)

Tahukah kalian, melalui sentuhan dapat merangsang perkembangan, komunikasi dan pembelajaran si anak kecil? Bayi akan memberi respon yang baik dengan senyuman apabila Mak membelai pipinya dan menggosok lembut belakang badannya. Saat istimewa inilah yang akan mencipta ‘bonding‘ antara Mak dan anak.

Dalam set baby spa ini juga disediakan panduan teknik mengurut bayi, khas untuk Mak yang baru pertama kali ingin mengurut bayi kalian. Apabila dah diurut secara rutin, ia pasti menjadi momen yang ditunggu-tunggu oleh si anak kecil.

#Langkah Ketiga – Melembapkan Kulit Bayi (Losyen)

Penjagaan kulit bayi harus dititikberatkan. Ia mudah menjadi kering apabila terdedah dengan cuaca persekitaran. Pemakaian losyen yang dirumuskan dengan bahan semulajadi ini dapat mengelakkan kulit luka dan melecet jika berlaku geselan.

Saya akan berasa sangat bangga kerana produk Set Baby Spa ini dimiliki oleh setiap Mak di luar sana. Ia akan menjadi sebahagian daripada detik istimewa dalam hari kalian yang sibuk dengan urusan kerja, dan dapat meluangkan masa mengeratkan ikatan kasih sayang dengan si manja.

Yang penting, ia produk berasaskan bahan semulajadi dan Mak tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan pada bayi. Untuk dapatkan Set Baby Spa ini boleh hubungi saya +60179845321.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema