BLOG

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN TOK NAN

Kedai makan di Ipoh memang terkenal dengan gaya hipsternya. Tetapi ada satu restoran ini mengetengahkan ala-ala kampung.

Sebuah rumah kayu kampung berserta beberapa pangkin di halamannya benar-benar membuatkan kalian dapat melepaskan rindu dengan suasana kampung.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
memang terasa mood duk kat kampung
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
hah, siap ada pangkin lagi

Saya baru saja selesai COD balm Tasneem di sekitar Jelapang ni, disebabkan perut berkeroncong, itu yang boleh singgah restoran suasana ala kampung ni.

Tengok saja lah gambar-gambar ini, persekitaran malam tu tenang dan bercahaya. Tambahan pula dengan adanya lampu yang melintangi ruang makan berbumbungkan langit.

Terasa macam nak main bunga api seperti hari raya. Haha.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
surau turut disediakan di restoran toknan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
signboard tersergam indah
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
parking yang luas

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang parking kereta yang sangat luas. Selain itu, restoran ini mempunyai surau yang terbuka yang terletak bersebelahan dengan kawasan meletak kereta. Para pekerja pun sangat ramah dan tidak lokek senyuman.

Kedai makan gaya kampung ini bernama Restoran Tok Nan, Bandar Meru Raya. Ia terletak bersebelahan dengan Bulatan Amanjaya.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
kaunter bayaran

Waktu operasi port makan ini dibuka setiap hari 12 tengah hari sehingga 12 malam kecuali Jumaat dibuka jam 3 petang.

Mia Sowi,
Rindu kampung!

7 Petua Hilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-Kanak Tanpa Ubat

Dalam masyarakat kita memang terkenal dengan pelbagai jenis petua. Lebih-lebih lagi para Mak yang selalu risau dengan kesihatan anak. Segala ikhtiar dan usaha dilakukan demi anak tercinta.

Dah jadi naluri seorang Mak yang tidak keruan melihat anak kecil yang kerap batuk dan selsema. Sehingga ada anak yang lemah tak bermaya. Macam-macam cara untuk hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak, asalkan tidak memudaratkan, semua akan dicuba.

hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

Di sini ada 7 petua untuk hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak untuk dikongsi bersama. Para Mak boleh ikut petua ini dan pilih yang sesuai dengan anak.

1. Rehat secukupnya.

Sedia maklum, anak kecil kalau dah jatuh sakit, memang lemah dan tak bermaya. Kita yang dewasa ini tengok pun kasihan. Jadi, mereka perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk hilangkan batuk tersebut. Salah satu langkah yang wajib diikuti adalah menjauhi kawasan awam dan tempat tumpuan ramai kerana ia melambatkan proses penyembuhan.

hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

2. Tepuk percussion

Teknik ini memudahkan pengeluaran kahak dari peparu. Cara ini untuk melonggarkan kahak yang melekat pada dinding paru-paru. Selain itu, step ini juga mempunyai skill yang perlu dikuasai oleh Mak dan Ayah. Boleh baca di sini untuk info lanjut.

3. Mandi lemon

Petua paling mudah adalah memandikan anak. Tapi bukan sebarang mandi tau. Mandi dengan rendaman dan perahan lemon. Cara mandian ini memberi kesegaran dan kelegaan pernafasan anak. Ia membantu mood anak kembali ceria dan rileks.

hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

4. Urutan

Anak kecil suka pada sentuhan. Jadi, berilah sebanyak mungkin sentuhan pada mereka sewaktu tidak sihat. Lagi best, jika sentuhan itu bersama urutan. Ia mampu memberi keselesaan pada anak kecil.

5. Sedut hingus

Rasanya setiap rumah wajib ada alat sedut hingus kan. Kalau dulu zaman Mak kita, sedut hingusnya macam pam tekanan darah yang doktor tu. hehe. Tapi sekarang penyedut hingus ni mempunyai tiub yang panjang. Dengan menggunakan alat khas ini, ia boleh mengeluarkan hingus kerana anak kecil tidak pandai menghembus cecair keluar.

hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

6. Jaga pemakanan

Semasa anak batuk dan selsema, diet pemakanan perlu dijaga rapi. Jika anak masih menyusu badan, Mak perlu mengawal segala jenis makanan. Ketika ini, disarankan mengambil ‘real food’ atau makanan berkhasiat menguatkan antibodi. Mak mungkin boleh menyediakan sup ayam, moi sup yang diletakkan tulang daging atau ayam, dan sebagainya. Elak makanan ringan dan berminyak.

7. Guna CF Rub

Tasneem Naturel mengeluarkan satu produk balm bayi bernama CF Rub. Balm ini sebagai langkah pantas untuk baik dari hidung tersumbat dan bunyi grohh grohh di dada. Ia mengandungi essential oil yang membantu hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak.

Selain masalah batuk dan selsema, ia bagus untuk mencairkan kahak dan mengawal suhu ketika anak kecil demam. Hanya perlu disapu pada hidung, dada, belakang dada dan tapak kaki.

hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak

Oh ya, jika kalian ingin mencuba CF Rub dari Tasneem Naturel, boleh whatsapp segera +6017 984 5321 atau klik di sini.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah. Hari ni Isnin, saya berjaya buat satu post salam perkenalan gitu.

Ini keluarga kecil saya. Mempunyai sepasang anak berusia 5 tahun dan 3 tahun.

Tujuan cipta blog ni adalah nak kongsi pengalaman dari segi :

1) keibubapaan
2) bisnes
3) aktiviti anak
4) kehidupan peribadi

Semua nanti saya akan share. Insyaallah.

Salam Taaruf.

Mia Sowi
Bakal Master Stokis Tasneem Naturel 2018
+6017-9845321
mamakongsitips@gmail.com