Setiap bayi yang lahir berbeza karektornya, ada yang mudah sangat tidur dan ada yang kena paksa siap meronta-ronta menangis barulah dia tidur. Namun, saya confirm hampir kesemua Mak dan Ayah melalui proses di mana anak suka berjaga malam atau susah tidur malam.

Biasanya bila dah susah tidur, ia akan datang dengan pakej baby menangis dan meragam. Kalau yang sudah besar sikit, sudah pandai menarik rambut Mak dan Ayah, sudahnya satu keluarga tak boleh tidur. Betul, kan?

Ini cara tidurkan bayi yang saya buat ketika anak-anak saya waktu kecil dulu susah tidur. Semoga ia bermanfaat.

Mandi Dengan Air Suam

Point pertama sangat penting dalam nak meningkatkan mood mengantuk bayi. Apabila mandi dengan air suam, ia membuatkan otot-otot badan rileks dan menyegarkan serta menghilangkan rasa penat.

Mak dan Ayah perlu tahu bahawa apabila bayi atau anak kecil berada dalam keadaan letih dan tidak selesa, ia akan menyukarkan untuk dia tidur. Seolah-olah badan dalam keadaan stress.

Ataupun, jika bayi masih kecil, Mak dan Ayah dicadangkan menggunakan kain lembut dan rendam dalam air suam, kemudian dilap pada badan bayi untuk mengelak kesejukan mandi di waktu malam.

Gosok Gigi

Agak pelik untuk tip kali ni. Tapi ia sangat menjadi. Macam orang dewasa lah, nak tidur gosok gigi bukan saja untuk penjagaan gigi tapi untuk keselesaan oral. Begitu juga dengan bayi. Saki baki susu dalam mulut selepas minum susu perlu dibersihkan.

Cukup sahaja Mak dan Ayah ambil sapu tangan yang sangat lembut dan rendam dalam air suam. Kemudian bersihkan bahagian gusi dan lidah bayi. Jika anak dah besar, ajak gosok gigi semasa mandi air suam tadi.

Urutan Badan

Selepas membersihkan dan menyegarkan badan bayi, Mak dan Ayah boleh cuba mengurut dengan lembut pada badan bayi. Terutamanya pada tapak kaki dan lengan bayi.

Penggunaan minyak bayi dan losyen dapat merangsang mood anak kecil untuk berasa rileks dan mudah untuk tidur dengan lena sampai tersenyum-senyum.

Pakaian Lebih Selesa

Bayi dan kanak-kanak sebaiknya disarungkan dengan fabrik lembut dan jenis mudah serap peluh untuk beri keselesaan berpanjangan.

Lampin bayi juga termasuk dalam tip kali ini. Lampin yang penuh menyebabkan bayi tidak selesa untuk tidur atau kerap terjaga malam.

Suasana Bilik Tidur

Faktor cahaya dalam bilik tidur memainkan peranan penting untuk menaikkan mood tidur bayi. Menurut kajian, bayi yang tidur dalam gelap lebih bagus perkembangannya dan memudahkan otak memberi signal untuk mengeluarkan hormon melatonin.

Selain itu, Mak dan Ayah perlu jauhkan gajet semasa menidurkan anak. Sebaiknya off handphone seketika. Ini kerana handphone mempunyai radiasi yang boleh mengganggu fokus anak untuk tidur.

Mungkin Mak dan Ayah ingin mencuba alternatif penggunaan essential oil yang terbukti untuk membantu bayi supaya mendapat tidur yang berkualiti dan lena. Sleepy Pillow Mist dari Tasneem Naturel dirumus dengan essential oil yang sesuai untuk penggunaan bayi dan kanak-kanak untuk memudahkan Mak Ayah menguruskan anak.

Harap dengan cara menidurkan bayi yang saya kongsikan ini memberi peluang untuk semua anak kecil mempunyai jadual tidur yang teratur. Apa pun, kita sebagai Mak dan Ayah perlu berusaha untuk melatih anak mendapatkan rutin tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge