Lama sangat sebenarnya Mia tak ada bayi. Aysar pun dah lima tahun tapi masih segar lagi dan teringat-ingat tuam perut anak-anak. Dulu, Mia selalu tuam perut bayi dalam pantang. Buat bunjut-bunjut lada hitam, lepas tu panaskan guna seterika je. Hehe. Setiap kali lepas mandi, tuam perut anak dan nampak anak sangat selesa.
Dalam proses berpantang, bukan Mak saja perlu bertungku. Bayi baru lahir pun kena tuam sekali. Ia adalah amalan turun temurun dari nenek moyang tapi sangat releven untuk orang muda praktikkan.

Tuam Bayi
Banyak manfaat yang diperoleh dengan buat tuaman pada bayi baru lahir. Tuam bayi bermaksud menekap sesuatu herba yang panas pada perut bayi untuk ‘membuang angin’. Tambahan, jika bayi lelaki amalan tuam bayi ini bukan hanya pada perut tapi perlu tuam sekali alat kelaminnya.
Kebanyakkan Mak yang tuam bayi, selalunya sehingga umur 6 bulan. Namun, ada juga yang tuam bayi sehingga berusia 1 tahun. Antara herba yang menjadi bahan untuk buat tuam seperti lada hitam, halba, habatussauda dan pasir. Ada juga yang letak bahan tambahan seperti garam dan biji sawi.

Kemudian herba ini akan dibunjut menggunakan beberapa lapisan kain kecil. Sebelum tuam pada bayi, bunjut atau tungku bayi ini, perlu dipanaskan menggunakan seterika untuk seketika.
Selain daripada herba, nenek moyang dulu kala ada menggunakan perlbagai jenis daun untuk tuam pada bayi. Contohnya, daun sireh dan daun mengkudu di mana ia akan dilayur pada api sebelum digunakan.
Manfaat Tuam Bayi
Kadang-kadang Mak Ayah hilang punca apabila bayi baru lahir kerap menangis dan meragam. Ini antara manfaat tuam bayi baru lahir.

- Memberi keselesaan pada bayi untuk dapat tidur yang lena. Kehangatan daripada proses tuam menyebabkan bayi terasa masih di alam rahim.
- Mengurangkan angin berlebihan dapat perut dan badan bayi.
- Mengelakkan bayi kembung perut dan berasa tidak selesa. Mak yang menyusui bayi kena sentiasa cek perut bayi. Mungkin bayi tidak sesuai dengan pemakanan Mak.
- Mencegah terjadinya ‘angin pasang’ pada bayi lelaki.
- Mengelakkan bayi rasa sejuk.
Biasanya penjagaan bayi baru lahir wajib tip top. Barulah Mak dalam pantang boleh berehat dan mengurut untuk pulihkan peranakan.
Cara Tuam Bayi
Untuk tuam bayi, sebaiknya tungku bayi itu tahap kepanasan ia haruslah suam-suam. Semasa menekap tungku pada perut bayi, gunakan satu arah saja dan tidak menekan tungku pada perut bayi. Jika bayi tidak selesa atau merengek, berhenti seketika.

Kebiasaannya, tuam bayi boleh dilakukan 2 kali sehari. Iaitu setiap kali selepas mandi pagi dan petang. Untuk setiap sesi, Mak boleh lakukan 10 tuaman pada setiap bahagian. Setelah selesai tuam, tungku bayi boleh disimpan kering dan seminggu sekali ia dibuka dan dijemur panas.
Terdapat beberapa bahagian bayi yang sepatutnya Mak tuam. Bahagian ini mempunyai urat saraf yang berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan. Antaranya adalah, tapak kaki, peha, perut, belakang badan, punggung dan bahagian kemaluan.

Walaupun tuam bayi baru lahir mempunyai manfaat yang baik, namun ada juga segelintir Mak yang berasa cerewet untuk menyediakan tungku bayi ini. Kebiasaannya Mak moden banyak menggunakan minyak telon untuk menghangatkan badan bayi baru lahir.
Cadangan terbaik adalah menggunakan Stommy Oil dari Tasneem Naturel. Jika berminat boleh terus hubungi Mia, call/Whatsapp 60179845321
