Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak

Ada pelbagai permainan yang boleh membina imaginasi anak-anak. Namun, ia perlu merangsang deria untuk membantu dan membimbing anak-anak supaya belajar dan latih fokus.

Bermain dengan pelbagai tekstur menggalakkan rasa tenang dan memberi sentuhan tersendiri. Terdapat banyak permainan di pasaran seperti permainan plastisin, permainan pasir dan sebagainya.

Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak
Aysar enjoy main tepung

Semasa pertemuan terbaru dengan ahli terapi, cikgu Aysar pesan suruh banyakkan aktiviti sensori. Sebenarnya dah setahun Aysar menjalani terapi cara kerja, ada progress. Alhamdulillah. Cuma sensorinya masih kurang.

Jadi, saya dan Kakaknya, Adelia, kerap ajak dia main tepung gandum. Rumah sepah, memutih? Abaikan je. Haha. Bermain dengan tepung memberi pengalaman yang tersendiri dan ia menawarkan perasaan yang berbeza.

Muka puas dapat putihkan meja Mama yang hitam tu

Kalau perhatikan anak-anak yang suka sentuh sana sentuh sini, lepas tu sentuh lagi. Itu tanda anak yang tak cukup sensori. Anak tak puas merasa. Deria dia belum cukup ‘kenyang’. Atau erti kata lain, dia tak dapat meneka atau tak dapat pastikan objek tu lembut ke, keras ke, tajam ke, lembik ke, panas ke, sejuk ke.

Ini aktiviti yang boleh merangsang sensori anak ;

1. Bagi main pasir/play doy
2. Bagi main water color dan cop jari jemari
3. Bagi main pengepit baju
4. Bagi main knob puzzle
5. Bagi main menampal kertas warna

Play n’ Learn

Setiap anak sangat unik. Jadi, Mak dan Ayah perlu kreatif untuk menarik minat anak bermain dalam keadaan belajar. Ia sangat membantu mereka membesar. Oleh itu, sebagai Mak dan Ayah wajib meneroka pilihan mainan untuk merangsang anak gembira, fokus dan belajar.

Semoga bermanfaat 

Mia Sowi,
Suka masa main, tapi selalu ngelat masa nak kemas. Haha.

Anak Penyambung Warisan

Alhamdulillah hari ni selesai hantar borang pendaftaran Adelia untuk Tahun 1 2020 nanti. Adelia memilih untuk meneruskan pengajian aliran agama.

Ya. Dia sendiri yang pilih. Kami, Mama dan Papa, hanya beri pilihan samada sekolah harian biasa atau sekolah berteraskan agama.

Padahal sejak awal tahun, dia memang nak sekolah harian dan berasa teruja giler nak ke sekolah tu.

Namun, dalam 3 bulan terakhir ni, dia kerap tanya sekolah tu ada solat dan zikir/doa pada waktu pagi atau tidak.

Seolah-olah dia mahu persekitaran dari PASTI seperti sekarang. Oh ya, Adelia ni dah tadika yang sama sejak usia 4 tahun. Mungkin dia dah sebati dengan ‘ajaran’ begitu.

Jadi, kami jelaskan pada dia perbezaan sekolah rendah harian pada tahun depan. Dia bergenang air mata.

Cara kami beri Adelia pilihan begini ;

1. Kerap bercerita tentang kebaikan kedua-dua sekolah. Tunjuk video. Tunjuk gambar. Tunjuk aktiviti sekolah.

2. Kami bawa dia round untuk kenal lokasi kedua-dua sekolah. Jarak sekolah tak jauh beza dengan rumah kami.

3. Beri tempoh untuk dia buat keputusan.

Akhirnya Adelia dah sebulat suara untuk pilih sekolah swasta aliran agama. Alhamdulillah. Saya dan en suami hanya menurut kehendaknya dan wajib bekerja keras serta beri komitmen pada sekolah pilihan hati dia.

Begitulah.

Dalam mencorakkan keperibadian anak-anak, ambil peduli tentang penilaian mereka juga. Untuk menjadi ‘seorang sahabat akrab’ pada anak, perlu memberi ruang untuk anak membuat keputusan.

Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan keyakinan anak pada diri sendiri. Dan Mak Ayah pasti akan lebih gembira melihat anak enjoy dengan pilihannya.

Mia Sowi,
Tugas menjadi ibu bapa semakin berat apabila anak masuk ke alam persekolahan.

Rindu Pada Mereka Yang Sudah Tiada

Tak dapat lelap mata.
Rindu bertamu.
Teringat pada wajah mereka.
Aku belek album gambar lama.

Terhenti pada foto ini.

July 2016 – kenangan aidilfitri terakhir mereka.
2 wanita hebat yang wujud dalam hidup aku.
Setiap saat tak pernah pudar memori bersama.
Masih terasa seolah-olah mereka di sisi.

Izinkan aku coret di sini supaya aku tidak lupa pada mereka. Sungguh aku rindu.

Al fatihah untuk
Norwaheeda bt Normala 1981-2016
Normala bt Kiah 1958-2017

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Di Ipoh ni ada satu restoran dimsum yang halal. Ada pelbagai menu masakan cina yang boleh didapati di kedai ni. Sebenarnya dah banyak kali saya datang sini, setiap kali ada keluarga yang singgah Ipoh, saya akan bawa ke sini.

Baru ni saya datang sekali lagi, selepas COD balm Tasneem.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Menu wajib makan kalau datang sini adalah Prawn Dumpling (isi udang segar) dan Pyramid Dumpling (isi ayam dan kuning telur masin). Dua menu ni didatangkan dalam termos dim sum untuk mengekalkan kehangatan. Kesedapan dia ternyata A. Hehe.

Sudah tentulah ada pencicah untuk menambah keenakannya. Sos kicap manis (bukan yang biasa makan tu tau) dan sos cili bawang putih.

Selain itu, saya rekomen untuk mencuba Fried Radish Cake. Baunya dah meningkat selera. Sepinggannya yang sangat simple, benda yang selalu kita makan. Tentunya lobak putih(white radish) yang dipotong kiub, kucai, taugeh dan telur hancur. Semuanya digoreng secukup rasa, boleh tengok gambar nanti. Rasa dia agak pedas sedikit. Tapi buat jadi nak terus makan sebab kerangupan taugeh tu. Fuh!

Itu hari, en suami ada juga buat pesanan nasi goreng cina berserta ayam black pepper. Sedap juga. Di sini, tak lengkap kalau tak ada menu mee wantan, kan. Cuma bukan pilihan kami pada hari tersebut. Hehe.

Harga menu di sini di antara RM5 – RM10.

Jika datang ke Ipoh, jangan lupa cuba dim sum halal tersedap di Greentown Dim Sum Cafe, berdekatan dengan pejabat PTPTN Ipoh dan selajur Jakel Ipoh.

Restoran dim sum halal ini ada pengesahan sijil JAKIM. Waktu operasi adalah 8am – 9pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa.

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan

Baru-baru ni Mia bersembang dengan jiran selang dua tiga rumah ni. Biasa petang, anak-anak kami selalu main kat luar sama-sama. Jadi, sembang punya sembang, rupanya anak dia yang nampak sihat, comel dan of course lagi besar (tinggi) dari Aysar, setiap bulan jika demam akan kena sawan.

Melalui cerita ibunya, anak dia, waktu itu umur setahun, pernah sekali demam panas melampau 40 darjah celcius, tengah malam, tiba-tiba terkena sawan. Dalam 2 minit macam tu keadaan kejang dan berbuih mulut. Allah. Tak dapat bayangkan anak-anak Mia dalam keadaan macam tu.

Sekarang, jiran Mia ni sedaya upaya nak elakkan anak dia jatuh sakit. Pernah satu kali, baru demam sikit, suhu 37.5 darjah celcius, pun dah terkena. Itu lah dia bagitahu, anak ni kalau dah satu kali kena sawan, memang akan kerap terjadi sehinggalah antibodi betul-betul kuat.

Mia tanya jiran tu, apa yang dia buat untuk elak keadaan berulang atau dah nampak anak tak berapa nak sihat. Dia beritahu buat kaedah sponging untuk turunkan suhu demam. Ini yang dikongsikan:

Kategori Demam

Sebelum melakukan kaedah sponging ni, kalian perlu tahu tentang perubahan suhu badan. Untuk suhu keadaan normal, 36-37.4 darjah celcius. Berikut adalah kategori suhu demam :

  • Demam ringan : 37.5 – 38.4 darjah celcius
  • Demam biasa : 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi : 40 – 41. 4 darjah celcius

Cara – cara melakukan kaedah sponging

Anak Demam Panas. Surirumah Ini Kongsi Kaedah Sponging Untuk Bantu Turunkan Suhu Badan
  1. Sediakan air suam dalam besen/bekas dan 3 helai tuala kecil
  2. Ambil 1 tuala, rendam dan perah sedikit.
  3. Mulakan dap-dap di bahagian kaki, betis dan peha. Biarkan kain di celah peha.
  4. Kemudian, ambil kain kedua yang telah direndam dan diperah. Dap pada kedua-dua ketiak. Biarkan kain dikepit pada ketiak seketika.
  5. Akhir sekali, kain ketiga dap pada bahagian muka, leher dan kepala. Letak seketika kain pada keliling leher anak.
  6. Ulang langkah-langkah ini selama 30 minit.

Perhatian!

Elak guna air sejuk. Ini kerana boleh menyebabkan anak tidak selesa dan mengakibatkan anak mengigil dan suhu badan akan meningkat.

Selain itu, jika kalian sudah menggunakan air suam, tetapi kelihatan anak mengigil, berhenti proses sponging dan perhatikan keadaan anak. Jika serius, sila bawa ke hospital segera.

Cadangan Lain Rawatan Untuk Demam

  1. Pastikan bilik dan ruang tamu sentiasa selesa dengan ‘switch on’ kipas/penghawa dingin.
  2. Pakaikan anak dengan pakaian yang longgar (kalau baby, baju yang berlubang-lubang).
  3. Galakkan anak minum air yang banyak. Boleh juga bagi jus buah-buahan yang dikisar di rumah tanpa ada tambahan gula).
  4. Biarkan anak bergerak bebas tanpa menyuruhnya untuk sentiasa berbaringan. Namun, pantau pergerakannya.
  5. Elakkan menyelimut atau memakaikan baju sejuk pada anak.
  6. Boleh cuba balm tasneem naturel sebagai alternatif untuk mengawal suhu anak ketika demam.

Mia harap perkongsian ini dapat memberi gambaran sebenar untuk Mak dan Ayah di luar sana untuk melakukan kaedah sponging. Semoga bermanfaat.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I

Meh nak cerita sikit isu telinga saya itu hari. Sebenarnya ia bermula saya selsema berpanjangan. Padahal saya baru saja selsema sebelum raya. Tak sampai 1 bulan, kembali selsema. Antibodi lemah sangat ke? Hmmm.. Yang peliknya, hingus tak pernah habis. 1 hari saya akan hembus setiap kali nak solat. Dan, kadar lendir tu banyak. Tak pernah kurang. 2 minggu, terus telinga dengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Ubat titis telinga. Untuk mencairkan wax telinga

Sampai sekarang pun masih berdengung tapi still dengar cuma sayup-sayup. Dan, saya boleh dengar balik suara saya. Macam bergema gitu. So, kalau ada yang bersembang dengan saya dan saya balas dengan suara perlahan, bukan maksud saya sopan. Haha. Cuma saya tak tahu tahap kekuatan suara yang saya lontarkan. Kiranya dalam 3 minggu ni saya bercakap dengan penuh keayuan lah. Kahkah!

Flashback sekejap. Isnin lepas saya ke klinik biasa untuk cek masalah dengung. Doktor klinik beritahu tahi telinga menutupi gegendang telinga. Jadi, dia beri ubat titis untuk melembutkan ear wax saya tu. 3 hari titis masih tak selesai sedangkan en suami dah cek ear wax dah lembut dan boleh dikeluarkan. Clear, tapi masih berdengung.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Posing sebelum digodek telinga

Saya tak tahan, Rabu minta en suami, teman jumpa pakar ENT. Puas pusing mencari klinik pakar dan akhirnya kami terjah KPJ.

Ok jom tengok pada gambar. Siapa yang belum pernah melihat gegendang telinga, itu lah ia. Membran yang nipis yang memisahkan telinga luar dan telinga dalam.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Gambar ini adalah telinga kiri saya, normal.
Gambar ini adalah telinga kanan saya, abnormal.

Itulah yang sedang bermasalah. Nampakkan merah sekeliling tu. Dan, masa LIVE ritu, ada cecair di sebalik gegendang tu. Cecair tu yang membuatkan suara saya bergema.

Jadi, doktor pakar beritahu dia mahu cek hidung saya. Serius tak bersedia! Ingat nak cek telinga, rupanya hidung. Dengan alat dia yang agak menakutkan. Haha.

Pengalaman Sakit Telinga Otitis Media Part I
Saluran ENT

Tapi sebelum tu, kalian perlu tahu bahawa saluran telinga, hidung dan tekak bersambung. Manakala gambar kedua adalah perbezaan telinga normal dan otitis media, iaitu keadaan telinga saya sekarang.

Sistem Telinga Tengah

Warna kuning itu lah cecair yang terperangkap dalam telinga tengah saya mengakibatkan dengung macam air masuk telinga. Tapi dengung yang lama sangat sampai tak selesa. Namun saya langsung tak ada rasa sakit.

Tiada huraian lanjut kerana saya belajar subjek biologi setakat tingkatan 5 saja. Kahkah! Kalau kalian nak tahu secara mendalam boleh google sahaja.

Ok, sambung lagi. Disebabkan doktor pakar dengar suara saya sengau, dia beritahu untuk cek hidung saya. Sambil itu, dia memegang satu alat besi yang panjang. Oh mai! Boleh tengok next gambar.

Nasal endoscope

Bila tengok tu, saya jadi cuak! Serius. Lain yang sakit, lain pula dikorek. Risau. Berdebar sangat. En suami saya terus menerus bagi kata-kata semangat.

“nak sihat kan, kena buatlah. abang ada” haha.

Doktor tengok ada banyak lendir dan saluran bengkak. Boleh rujuk gambar, ia adalah keadaan dalam hidung saya yang bersambung dengan saluran telinga (eustachian tube..kot. saya pun tak pasti. Kiki).

Saluran hidung saya. haha.

Saluran ini sempit dan menyukarkan lendir yang terkumpul di telinga tengah turun. Itulah punca saya menjadi tidak selesa dan pendengaran terbatas.

Jadi, doktor meneruskan sedut lendir. Nak tahu proses tu cemana? Kita sambut part II lah eh. Kena sabar tau! Hehe.

Mia Sowi,
Bersyukur nikmat yang diberi sebelum ia ditarik kembali

Persepsi Di Mata Anak Kecil dan Ibu Tentang Kehidupan Harian

Selalu sangat saya mendapat keluhan daripada Mak yang buntu, stress, tertekan dengan kehidupan bersama anak kecil. Sebenarnya jika diteliti emosi Mak yang sering terganggu, mungkin sebab kepenatan dalam menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Persepsi Di Mata Anak Kecil dan Ibu Tentang Kehidupan Harian

Namun, dalam tekanan Mak setiap hari, di mata anak kecil, mereka mempunyai persepsi yang berbeza. Kadang-kadang anak kecil menganggap ia sebagai keajaiban dan keseronokan dalam kehidupannya.

Saya ada terjumpa satu video semasa sedang menonton cerita di Youtube. Video ini sangat menyentuh perasaan saya sebagai seorang Mak yang garang dengan anak. Biasalah, itu tak boleh, ini tak boleh. Sedangkan pada anak kecil, sahabat paling rapat dengannya adalah seorang Mak.

Teringat saya semasa keluar berjalan-jalan dengan 2 orang anak tanpa suami. Mereka begitu teruja sehingga terlalu banyak bercakap untuk mengutarakan idea aktiviti yang boleh dilakukan bersama semasa kami keluar. Padahal saya hanya ingin keluar mengepos balm Tasneem Naturel di pejabat pos yang terletak 3 kilometer dari rumah. Haha.

Di situ, saya dapat melihat persepsi seorang anak terhadap kehidupan harian yang kita sebagai Mak menganggap biasa-biasa saja. Namun pada mereka. ia sesuatu yang mengasyikkan.

Eh, jom kita berbalik pada video tadi tu. Hehe. Video pendek berdurasi 1 minit 24 saat itu memaparkan kehidupan seharian seorang Mak yang berjuang, bertungkus-lumus, kalut dan huru-hara demi membesarkan anaknya. Ia membuatkan kita sentiasa mengingati pengorbanan seorang ibu dalam kehidupan.

Dalam video yang menyentuh perasaan ini mempertontonkan tugasan harian seorang Mak ; membeli barangan runcit, tidak cukup tidur, menukar lampin yang sememeh, dan beberapa perkara yang kebiasaan dilakukan oleh seorang Mak di rumah setiap hari.

Kelihatan di dalam video ini Mak tersebut berasa ia sesuatu yang normal dan seolah-olah gagal menguruskan hal anak-anak. Namun, pada persepsi anaknya, dia terasa seperti momen yang dilalui itu adalah kenangan yang penuh dengan kasih sayang.

Melalui video ini, ia membuka mata saya (baca : kita) setiap apa yang berlaku dalam kehidupan harian, tidak sama persepsi yang diterima atau difikir oleh anak. Mungkin ia biasa-biasa pada Mak dan Ayah, tetapi ia memberi kesan yang seronok pada persepsi si anak kecil.

Selamat berbahagia.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Cak! Snap sikit. Bukti dah sampai restoran FizoMawar Kitchen

Itu hari adik saya mengajak cuba menu di FizoMawar Kitchen. Dah lama nampak kedainya di Tambatan Diraja Kota Bharu, cuma kali ni baru betul-betul nak singgah.

Restoran ni ada 2 tingkat, tempat makan terletak bahagian atas dan juga kaunter air. Manakala di bawah ada dapur dan tempat pembayaran. Anak-anak kecil suka lah kalau bab tangga ni. Boleh melompat sambil mengira. Hehe.

Lampu panjang-panjang menyinari tangga kami
Ruang makan yang dipenuhi dengan meja.
 Baby chair pun banyak, so tak risau kalau bawa anak kecil
Kaunter air terletak bahagian atas. Depan meja kami duduk

FizoMawar Kitchen ni memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Kawasan yang luas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan. Lepas tu, banyak juga disediakan kerusi anak kecil. Overall, selesa.

Kebanyakan menu berasaskan nasi ala thai, western food dan pelbagai jenis air. Malam tu, kami order Chicken Maryland, oblong dan pad thai. Sedap-sedap belaka. Yumms.

Kami juga buat pesanan air, teh o yen, borachinno dan thai cocoa ice blended. Paling saya minat dengan packaging air. Lain dari yang lain. Ada gaya tersendiri.

Variasi air dari FizoMawar Kitchen
Susah-susah je nak buka pengikat getah tu. 
Ambil straw, cucuk je plastik tu. Setel! Haha
Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Thai Cocoa Ice Blended

Kalau kawan-kawan nak cuba, boleh datang ke restoran ini yang terletak di Tambatan Diraja bersebelahan dengan Jabatan Kastam Kelantan.

Mia Sowi,
Beraso ‘telor’ ambo sebut teh o yen.

**disclaimer: bukan mencarut. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Kebiasaan ramai Mak dan Ayah meletakkan harapan yang tinggi untuk anak kecil cepat bercakap. Namun, kerap kali kita melihat cara berkomunikasi yang tidak tepat antara Mak Ayah dengan anak kecil.

Untuk perbaiki komunikasi dengan anak lambat bercakap adalah anak melihat tepat pada muka Mak dan Ayah semasa bercakap. Ia merupakan satu langkah permulaan yang betul untuk anak kalian mengeluarkan bunyi.

Ada beberapa cara untuk menggalakkan anak melihat Mak :

Duduk separas dengan anak

Kalau anak berada di lantai, Mak pun kena duduk di lantai. Anak meniarap, Mak turut meniarap. Yang penting, mudah untuk melakukan eye contact.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Guna permainan

Step ni paling mudah untuk mendapat perhatian anak. Letakkan mainan depan muka. Apabila anak dah pandang mainan, cuba gerakkan permainan itu perlahan-perlahan. Anak akan mengikut gerakan dan sambil itu Mak buat bunyi permainan tersebut.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Tengok cermin

Selalu tengok anak enjoy sangat melihat diri mereka dalam cermin. Ini kerana anak suka melihat reflection pada diri sendiri berbanding melihat diri Mak! Hehe. Duduk bersebelahan dengan anak dan pandang cermin. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah bunyi haiwan, meneka anggota muka, buat mimik muka dan sebagainya.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Perkataan ‘look at me, kid’ tidak memberi manfaat pada anak. Malah ia dianggap sebagai arahan kepada mereka. Sebaiknya, kalian usaha supaya dapat ‘menangkap’ mata anak kecil dengan aktiviti yang menarik.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Semasa kali pertama temujanji anak saya dengan pegawai Occupational Therapy, saya diajar bagaimana untuk membuat joint compression. Atau dalam bahasa melayu adalah pemampatan sendi.

Cara ini adalah solusi yang cepat, bebas dan berkesan untuk membantu anak kalian berasa lebih teratur, tenang dan fokus dalam aktiviti harian.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Apabila diregang dan dimampat pada sendi, otot dan tulang, ia akan mewujudkan tindakbalas kimia dalam badan. Rangsangan ini juga akan menghasilkan hormon tertentu untuk membuatkan diri tenang dan rileks.

Cara Untuk Melakukan Joint Compression

Tonton video pendek ini dan pelajari cara melakukan joint compression dengan anak kalian.

Waktu yang sesuai untuk melakukan Joint Compression :

Joint compression ini digunakan untuk membantu menenangkan anak. Ia boleh dilakukan beberapa kali sehari jika diperlukan. Berikut adalah beberapa masa yang dicadangkan untuk mencuba teknik ini bersama dengan anak kalian.

  • Sebelum memasuki persekitaran yang tertekan seperti sekolah, sukan, atau kerja
  • Sebelum anak tidur
  • Sebelum anak perlu menyelesaikan kerja rumah
  • Sebelum anak mempunyai ujian besar atau persembahan untuk diberikan di sekolah
  • Semasa diet atau pelan induksi harian di rumah atau sekolah
  • Apabila anak terlalu aktif dan tidak dapat duduk diam
  • Apabila anak mengalami kesukaran berfokus
  • Boleh dilakukan secara proaktif untuk mengekalkan tingkah laku yang sihat, motivasi, dan perhatian
Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Siapa yang boleh mendapat manfaat Joint Compression?

Kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada teknik ini, tetapi terutama yang berikut:

  • Kanak-kanak dengan ADD, ADHD
  • Kanak-kanak dengan Gangguan Pemprosesan Sensori
  • Kanak-kanak dengan autisme
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kebimbangan, tingkah laku, atau emosi

Selain itu, Mak dan Ayah boleh ikhtiar juga dengan balm calm time yang boleh menenangkan emosi anak. Di dalamnya ada essential oil yang berfungsi untuk memberi mood yang ceria dan rileks.

Ini antara respon Mak yang menggunakan balm Calm Time.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Untuk dapatkan balm ini, boleh terus hubungi saya +6017 984 5321