Aku tersentap!

MIA SOWI
MIA SOWI

Pagi ini terasa lebih bersemangat.

Syukur kerana malam tadi diberi kesempatan mengikuti kelas Bereskan Hatimu dari salah seorang Master Leader Tasneem Naturel.

Sangkaan awal ingat kelas teknikal. Rupanya kelas terapi memperbetulkan niat berbisnes.

Walauapapun BIG WHY atau TARGET atau VISION BOARD yang dilekatkan pada dinding untuk selalu dipandang, hanya satu saja niat yang perlu disemat dalam diri.

Aku berniaga kerana Allah. 
Aku ingin dipandang mulia oleh Allah. Aku nak bahagiakan anak, suami, keluarga hanya mahu Allah sayangi Aku.

Apabila Allah sayang kita, apa saja yang Dia nak beri, Dia akan beri. Jom kita perbaharui niat dan luruskan tujuan asal berbisnes.

Mia Sowi,
Tersentap!

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN TOK NAN

Kedai makan di Ipoh memang terkenal dengan gaya hipsternya. Tetapi ada satu restoran ini mengetengahkan ala-ala kampung.

Sebuah rumah kayu kampung berserta beberapa pangkin di halamannya benar-benar membuatkan kalian dapat melepaskan rindu dengan suasana kampung.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
memang terasa mood duk kat kampung
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
hah, siap ada pangkin lagi

Saya baru saja selesai COD balm Tasneem di sekitar Jelapang ni, disebabkan perut berkeroncong, itu yang boleh singgah restoran suasana ala kampung ni.

Tengok saja lah gambar-gambar ini, persekitaran malam tu tenang dan bercahaya. Tambahan pula dengan adanya lampu yang melintangi ruang makan berbumbungkan langit.

Terasa macam nak main bunga api seperti hari raya. Haha.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
surau turut disediakan di restoran toknan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
signboard tersergam indah
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
parking yang luas

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang parking kereta yang sangat luas. Selain itu, restoran ini mempunyai surau yang terbuka yang terletak bersebelahan dengan kawasan meletak kereta. Para pekerja pun sangat ramah dan tidak lokek senyuman.

Kedai makan gaya kampung ini bernama Restoran Tok Nan, Bandar Meru Raya. Ia terletak bersebelahan dengan Bulatan Amanjaya.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
kaunter bayaran

Waktu operasi port makan ini dibuka setiap hari 12 tengah hari sehingga 12 malam kecuali Jumaat dibuka jam 3 petang.

Mia Sowi,
Rindu kampung!

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah. Hari ni Isnin, saya berjaya buat satu post salam perkenalan gitu.

Ini keluarga kecil saya. Mempunyai sepasang anak berusia 5 tahun dan 3 tahun.

Tujuan cipta blog ni adalah nak kongsi pengalaman dari segi :

1) keibubapaan
2) bisnes
3) aktiviti anak
4) kehidupan peribadi

Semua nanti saya akan share. Insyaallah.

Salam Taaruf.

Mia Sowi
Bakal Master Stokis Tasneem Naturel 2018
+6017-9845321
mamakongsitips@gmail.com