Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Budak Jalanan, Ipoh Perak

Saya sempat makan malam di satu restoran ni. Tapi tak pasti lah baru buka atau dah lama. Sebab jarang sangat lalu jalan ni.

Tapi en suami syorkan kedai arab western ni. Dia kata review macam best. Jadi, berangkutlah kami 4 beranak selepas keluar pos balm tasneem.

Sampai sini lebih kurang 830pm, pelanggan pun baru nak sampai. Meriah lah sikit ramai orang, nama pun kedai makan. Haha.

Restoran ni ada 2 bahagian, outdoor dan indoor. Tapi baru je lepas hujan, kami pilih nak duduk kat dalam yang ada aircond dan depan tv. Kebetulan pulak owner bukak cerita Jumanji, seronok lah Adelia sambil makan layan movie.

Kami order Chicken Mandy Small, Oblong Chicken Special, Chicken Chop Grill, Nugget and Fries, Carrot Susu, Nescafe O Ais, dan Laici Kang.

Banyak, kan. Sorang satu. Percayalah, anak-anak kami nampak je kecik, tapi kuat makan. Macam Mama dia 

Boleh lah makanan dia. Menu sedap-sedap belaka. Paling suka tekstur nasi arab dia dan chicken grilled tu. Laicikang dia terbaik tak manis just nice. Aysar boleh habiskan air dia. Amazing betol!

Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Budak Jalanan, Ipoh Perak
Ada beberapa gerai kat luar restoran

Total kitorang dengan menu tu RM44 sahaja. Oklah, berbaloi. Kalau korang berdekatan, boleh datang di sini.

Restoran Budak Jalanan
NO 1, JALAN MAJU RAPAT,
TAMAN MAJU RAPAT
31350 Ipoh, Perak

Boleh lah enjoy video yang saya rakam tu. haha

Mia Sowi,
Suka buat video tunjuk makanan

Jalan-Jalan Cari Makan : Putu Halba Viral

Saya dalam perjalanan balik Ipoh dari Kota Bharu. Kali ni melalui jalan Gua Musang -Lojing-Simpang Pulai. Masa melalui Manik Urai di Kuala Krai, en suami tiba-tiba berhenti tepi jalan dan buat pusingan patah balik.

Rupanya dia nak singgah di gerai Putu Halba Viral. Hehe. Setiap hujung tahun dan musim tengkujuh memang ini lah makanan orang Kelantan.

Saya tak pernah ada pendedahakn pasal resepi dan cara buat kuih tradisional ni. Tapi tahu lah sikit-sikit proses dia.

Ubi kayu yang siap disagat halus ni, akan dimasukkan ke dalam kain bersih untuk diperah airnya. Kemudian ubi kayu itu akan dibiarkan seketika untuk kering.

Setelah ia kering, ubi kayu akan digaul dengan nise (gula melaka) dan halba. Gaul sebati dan dikukus.

Last sekali, putu halba ni sedap jika dihidang dengan nyor dan makan waktu panas-panas. Lagi best jika ada kopi o pekat, fuhhhh!

Gittewww! 

Sempat jugak lah saya borak kosong dengan pakcik penjual ni dan minta izin snap gambar. Sebungkus putu halba ada 4 keping bersamaan RM2.

Kalau korang nak cuba, boleh lah cari Putu Halba Viral di lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.

Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor

Itu hari balik kampung en suami di Bagan Datuk. Tak sangka pula biras pun ada balik sama. So, kitorg pun plan lah nak makan kat luar. Dah decide nak ke Cendol Atok di Sungai Besar. Tapi sebelum tu, saya singgah J&T kurier untuk pos balm tasneem.

Masa pilih nak pekena Cendol Atok ni, saya tak ada idea pun menu dia macam mana. Ingatkan berasaskan nasi lah, kan. Dah nak makan tengah hari. Haha. Sekali rupanya, menu omputih. Rare pula rasanya tekak makan western pada hari panas lit lit. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Biras saya duk tarik cheese, menu fried cheese chicken chop.

Kebiasaan menu nasi ulam, nasi berlauk, nasi kandar dan pelbagai jenis nasi dicari untuk makan tengah hari. Namun, jika kalian ingin mencari kelainan untuk makan tengah hari, boleh cuba menu western di kedai ini.

Tarikan utama kedai makan ini adalah cendol. Ada cendol biasa, cendol boba, cendol jagung dan cendol durian.

Jadi, nak ikut trend, order lah cendol boba dan cendol durian. Haha. Ingatkan durian seulas, tapi pes. Rasa dia tetap sama. Mengujakan sampai rasa nak order semangkuk lagi. Kiki.

Untuk hidangan utama, saya sekeluarga memilih spegeti, lamb chop, chicken chop, nasi ayam kpop (pun hadoooo..).

Servis kedai ni tiptop. Laju. Tak sempat anak-anak nak buat perangai. Haha. Sesuai kalau kalian nak bawa anak.

Oklah enjoy je gambar yang saya kongsi ni. Ada cerita setiap satu gambar.

Pekerja yang bagi servis terbaik
Old school wall
Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Ruang air kedai ni
Keadaan kedai yang luas dan selesa. Kipas ada di setiap bahagian
Jalan-Jalan Cari Makan : Cendol Atok di Sungai Besar, Selangor
Ruang cashier

Last.. Boleh search Cendol Atok kat FB atau Instagram. Atau terus ke kedai yang terletak di Sungai Besar, cari landmark Nata De Coco. Sebelah tu je.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Di Ipoh ni ada satu restoran dimsum yang halal. Ada pelbagai menu masakan cina yang boleh didapati di kedai ni. Sebenarnya dah banyak kali saya datang sini, setiap kali ada keluarga yang singgah Ipoh, saya akan bawa ke sini.

Baru ni saya datang sekali lagi, selepas COD balm Tasneem.

Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Menu wajib makan kalau datang sini adalah Prawn Dumpling (isi udang segar) dan Pyramid Dumpling (isi ayam dan kuning telur masin). Dua menu ni didatangkan dalam termos dim sum untuk mengekalkan kehangatan. Kesedapan dia ternyata A. Hehe.

Sudah tentulah ada pencicah untuk menambah keenakannya. Sos kicap manis (bukan yang biasa makan tu tau) dan sos cili bawang putih.

Selain itu, saya rekomen untuk mencuba Fried Radish Cake. Baunya dah meningkat selera. Sepinggannya yang sangat simple, benda yang selalu kita makan. Tentunya lobak putih(white radish) yang dipotong kiub, kucai, taugeh dan telur hancur. Semuanya digoreng secukup rasa, boleh tengok gambar nanti. Rasa dia agak pedas sedikit. Tapi buat jadi nak terus makan sebab kerangupan taugeh tu. Fuh!

Itu hari, en suami ada juga buat pesanan nasi goreng cina berserta ayam black pepper. Sedap juga. Di sini, tak lengkap kalau tak ada menu mee wantan, kan. Cuma bukan pilihan kami pada hari tersebut. Hehe.

Harga menu di sini di antara RM5 – RM10.

Jika datang ke Ipoh, jangan lupa cuba dim sum halal tersedap di Greentown Dim Sum Cafe, berdekatan dengan pejabat PTPTN Ipoh dan selajur Jakel Ipoh.

Restoran dim sum halal ini ada pengesahan sijil JAKIM. Waktu operasi adalah 8am – 9pm. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Cak! Snap sikit. Bukti dah sampai restoran FizoMawar Kitchen

Itu hari adik saya mengajak cuba menu di FizoMawar Kitchen. Dah lama nampak kedainya di Tambatan Diraja Kota Bharu, cuma kali ni baru betul-betul nak singgah.

Restoran ni ada 2 tingkat, tempat makan terletak bahagian atas dan juga kaunter air. Manakala di bawah ada dapur dan tempat pembayaran. Anak-anak kecil suka lah kalau bab tangga ni. Boleh melompat sambil mengira. Hehe.

Lampu panjang-panjang menyinari tangga kami
Ruang makan yang dipenuhi dengan meja.
 Baby chair pun banyak, so tak risau kalau bawa anak kecil
Kaunter air terletak bahagian atas. Depan meja kami duduk

FizoMawar Kitchen ni memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Kawasan yang luas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan. Lepas tu, banyak juga disediakan kerusi anak kecil. Overall, selesa.

Kebanyakan menu berasaskan nasi ala thai, western food dan pelbagai jenis air. Malam tu, kami order Chicken Maryland, oblong dan pad thai. Sedap-sedap belaka. Yumms.

Kami juga buat pesanan air, teh o yen, borachinno dan thai cocoa ice blended. Paling saya minat dengan packaging air. Lain dari yang lain. Ada gaya tersendiri.

Variasi air dari FizoMawar Kitchen
Susah-susah je nak buka pengikat getah tu. 
Ambil straw, cucuk je plastik tu. Setel! Haha
Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Thai Cocoa Ice Blended

Kalau kawan-kawan nak cuba, boleh datang ke restoran ini yang terletak di Tambatan Diraja bersebelahan dengan Jabatan Kastam Kelantan.

Mia Sowi,
Beraso ‘telor’ ambo sebut teh o yen.

**disclaimer: bukan mencarut. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak

Sejak menetap di Ipoh, mee kari dan mee kicap antara menu yang selalu saya buat pesanan. Setiap kedai berbeza rasa. Pasti lah ada resepi tersendiri, kan.

Kali ni, setelah selesai COD balm Tasneem, saya mengubah angin ke Gopeng. Lebih spesifik Sungai Itek. Kena masuk ke dalam kawasan pedalaman. Lalu sungai, kebun durian, memang desa yang tercinta lah. Hehe.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Halaman depan kedai
Keow teow kicap yang mengiurkan
Mee kari yang seksi

Ada sedikit perubahan di kedai ini berbanding 2-3 kali pernah saya datang dulu. Lebih cantik dan ada papan untuk meninggalkan tanda ‘I was here’. Berdekatan papan itu ada pula papan kalendar lejen, mengubah tarikh dan hari secara manual.

Secara keseluruhan, makanannya tiada perubahan malah mengigau-igau untuk menambah. Boleh tengok video saya makan pada gambar akhir post ini. Haha.

Papan kalendar lejen
Papan harga menu yang disediakan

Harga makanan di kedai ni berpatutan dan berbaloi untuk dicuba. Serendah RM4 untuk semangkuk menu mee dan laksa. Oh ya, boleh juga request untuk saiz hidangan kanak-kanak.

Kalian boleh datang sendiri ke kedai Mee Kari Ami, Sungai Itek, Gopeng. Kalau tak jumpa, boleh waze atau google. Dibuka setiap hari kecuali Rabu, 830pagi hingga 7petang. Tak rugi untuk cuba.

Jom layan gambar tengok suasana kedai.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Tu diaa, penuhhh!
‘i was here’
Bahagian dapur
Kosong. Tak berebut tempat duduk
Ada fosil belangkas pulak. Haha

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Lamb Chop dari La Parra

Dua minggu sekali famili kecil saya akan membuat pesanan western food. Itu pun nak meraikan family kecil ni sebab selalu temankan saya pergi COD balm Tasneem. Kali ini kedai La Parra menjadi pilihan kami.

Saat mula masuk kedai La Parra ini, full seated. Wow! Patutlah menjadi rekomen dari orang sekitar Ipoh. Kami disambut mesra oleh pelayan kedai dan ada 1 meja saja di depan kaunter dapur.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Meja penuh di La Parra

Kami membuat pesanan nachos dan french fries untuk pembuka selera. Ternyata, nachos adalah pilihan terbaik kepada peminat cheese. Hehe. Kepingan nachos itu sendiri rangup tak terhingga macam bunyi rantingan kayu kering yang dipatahkan. Hehe.

Manakala untuk hidangan utama, kami memesan grilled lamb chop dan grilled chicken chop. Air calamansi sejuk dan teh o panas pilihan untuk membilas tekak.

French Fries bersama sos cili dan mayonis
Nachos yang penuh dengan cheese
Chicken Grilled dari La Parra

Harga yang ditetapkan di Restoran La Parra ini berbaloi. Hidangan yang saya pilih pada malam tu berjumlah RM44.20 sahaja.

La Parra ini terletak di lot bangunan kedai berhadapan dengan Mydin Meru, Jelapang Perak. Jika kalian ingin mencuba kelainan, boleh singgah di kedai La Parra Ipoh.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Bahagian kitchen

3 LANGKAH UNTUK BERCUTI DENGAN JIMAT

Memang seronok kalau dapat bercuti. Tambah pula dengan harapan boleh menghilangkan stress dan bebanan di tempat kerja. Tapi sangatlah tertekan kalau pergi bercuti banyak pula kos yang kena tanggung.

Hari ini saya nak kongsi 3 langkah untuk bercuti dengan jimat.

1. Tempat yang dituju tidak terkenal tapi best untuk dilawati

MIASOWI.COM
bercuti dengan jimat : cari tempat tidak terkenal tapi best

– Kebanyakan orang suka berkunjung pada lokasi tumpuan. Di saat percutian umum seperti cuti sekolah, pilihan tempat yang biasa-biasa mungkin langkah yang bijak.

Ini boleh mengelakkan kalian bersesak mencari lot parkir kereta. Mungkin juga dapat menghindari kalian berhimpit sesama pengunjung lain.

2. Sedia bekalan makanan sendiri

MIASOWI.COM
bercuti dengan jimat : bawa bekalan makanan dari rumah


– Ternyata, makanan boleh menyebabkan kos percutian kalian lebih tinggi berbanding bajet yang disediakan.

Salah satu cara adalah membawa makanan dari rumah. Ataupun jika kalian menginap di homestay, mungkin boleh memasak sendiri. Lagi jimat!

3. Memilih aktiviti yang percuma

MIASOWI.COM
bercuti dengan jimat : buat aktiviti percuma


– Ada banyak tempat atau kawasan yang tanpa memerlukan duit.

Contohnya, pergi bersiar-siar di tepi pantai. Acara mandi-manda laut dan bermain pasir, tentu sekali digemari oleh anak kecil.

Ataupun, kalian boleh masuk kampung dan melihat gelagat orang-orang tua. Jika kampung ada sawah padi, kalian boleh menyertai menanam/menuai padi (jika kena dengan masanya). Ia memberi memori yang paling best.

Haa, macam mana? Best tak langkah untuk bercuti dengan jimat ni? Selalu kita asyik cuti aje, nak ke tempat yang sememangnya penuh orang ramai. Kalau cuti sekolah atau cuti umum, maka bertambah lagi lah orang keluar bercuti.

Semoga korang dapat idea untuk keluar bercuti.

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan

Kalau datang Pantai Cahaya Bulan akan melalui deretan kedai batik. Perusahaan batik Kelantan banyak dilakukan di sekitar kawasan ini. Menariknya, pakaian batik ni seakan-akan melambai minta kalian masuk ke dalam kedainya. Haha.

Mana taknya, tepi laut kan angin kuat. Apabila digantung hasil batik, memang cantik dan beralun-alun. Kalian yang lalu-lalang tak sah tak singgah kedai mereka. Yang tak rasa nak beli pun jadi terbeli juga. Haha.

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
terpengaruh sebab tengok baju ni beralun-alun
Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
bila pegang kain dia… fuh bestnya
antara hasil cantingan batik
muka gembira dapat shopping. hehe

Saya singgah di kedai Su Batik PCB. Berakhir dengan seplastik baju batik, khas untuk anak- anak. Hihi. 2 pasang baju RM42. OK lah kan. Dapat lah mereka merasa baju tidur batik.

Jika kalian peminat hasil tangan batik, boleh lah berkunjung di sekitar Pantai Cahaya Bulan. Ada banyak pilihan kedai batik dengan corak yang lawa sangat.

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
selesai dibasuh perlu dikeringkan sebegini

Mia Sowi,
Bukan pekerja gomen yang kena berbaju batik setiap Khamis.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng

Kalau kalian tiada idea nak masak sarapan, boleh datang ke kedai ni. Kali kedua saya datang kedai ni dalam bulan yang sama. Hanya menu breakfast sahaja disediakan.

Hajat di hati nak makan nasi lemak tapi dah habis pula. Jadi saya menukar hidangan mee kari. Manakala en suami dan anak mee kicap berkuah kari dan sup.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kicap
Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kari

Sedia maklum, Perak memang terkenal dengan mee kari. Saya rekomen kalian perlu cuba mee kari ini. Tidak menyesal malah nak menambah berkali-kali. Hihi.

Wan Corner Gopeng adalah nama restoran ni. Masuk saja pekan Gopeng, terus jumpa deretan kedai lama. Dan kedai ini terletak di hujung deretan sebelum jumpa bulatan. Sebab tu namanya corner.

Selamat mencari.

Mia Sowi,
Suka review makanan.