Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Cak! Snap sikit. Bukti dah sampai restoran FizoMawar Kitchen

Itu hari adik saya mengajak cuba menu di FizoMawar Kitchen. Dah lama nampak kedainya di Tambatan Diraja Kota Bharu, cuma kali ni baru betul-betul nak singgah.

Restoran ni ada 2 tingkat, tempat makan terletak bahagian atas dan juga kaunter air. Manakala di bawah ada dapur dan tempat pembayaran. Anak-anak kecil suka lah kalau bab tangga ni. Boleh melompat sambil mengira. Hehe.

Lampu panjang-panjang menyinari tangga kami
Ruang makan yang dipenuhi dengan meja.
 Baby chair pun banyak, so tak risau kalau bawa anak kecil
Kaunter air terletak bahagian atas. Depan meja kami duduk

FizoMawar Kitchen ni memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Kawasan yang luas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan. Lepas tu, banyak juga disediakan kerusi anak kecil. Overall, selesa.

Kebanyakan menu berasaskan nasi ala thai, western food dan pelbagai jenis air. Malam tu, kami order Chicken Maryland, oblong dan pad thai. Sedap-sedap belaka. Yumms.

Kami juga buat pesanan air, teh o yen, borachinno dan thai cocoa ice blended. Paling saya minat dengan packaging air. Lain dari yang lain. Ada gaya tersendiri.

Variasi air dari FizoMawar Kitchen
Susah-susah je nak buka pengikat getah tu. 
Ambil straw, cucuk je plastik tu. Setel! Haha
Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Thai Cocoa Ice Blended

Kalau kawan-kawan nak cuba, boleh datang ke restoran ini yang terletak di Tambatan Diraja bersebelahan dengan Jabatan Kastam Kelantan.

Mia Sowi,
Beraso ‘telor’ ambo sebut teh o yen.

**disclaimer: bukan mencarut. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak

Sejak menetap di Ipoh, mee kari dan mee kicap antara menu yang selalu saya buat pesanan. Setiap kedai berbeza rasa. Pasti lah ada resepi tersendiri, kan.

Kali ni, setelah selesai COD balm Tasneem, saya mengubah angin ke Gopeng. Lebih spesifik Sungai Itek. Kena masuk ke dalam kawasan pedalaman. Lalu sungai, kebun durian, memang desa yang tercinta lah. Hehe.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Halaman depan kedai
Keow teow kicap yang mengiurkan
Mee kari yang seksi

Ada sedikit perubahan di kedai ini berbanding 2-3 kali pernah saya datang dulu. Lebih cantik dan ada papan untuk meninggalkan tanda ‘I was here’. Berdekatan papan itu ada pula papan kalendar lejen, mengubah tarikh dan hari secara manual.

Secara keseluruhan, makanannya tiada perubahan malah mengigau-igau untuk menambah. Boleh tengok video saya makan pada gambar akhir post ini. Haha.

Papan kalendar lejen
Papan harga menu yang disediakan

Harga makanan di kedai ni berpatutan dan berbaloi untuk dicuba. Serendah RM4 untuk semangkuk menu mee dan laksa. Oh ya, boleh juga request untuk saiz hidangan kanak-kanak.

Kalian boleh datang sendiri ke kedai Mee Kari Ami, Sungai Itek, Gopeng. Kalau tak jumpa, boleh waze atau google. Dibuka setiap hari kecuali Rabu, 830pagi hingga 7petang. Tak rugi untuk cuba.

Jom layan gambar tengok suasana kedai.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Tu diaa, penuhhh!
‘i was here’
Bahagian dapur
Kosong. Tak berebut tempat duduk
Ada fosil belangkas pulak. Haha

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Lamb Chop dari La Parra

Dua minggu sekali famili kecil saya akan membuat pesanan western food. Itu pun nak meraikan family kecil ni sebab selalu temankan saya pergi COD balm Tasneem. Kali ini kedai La Parra menjadi pilihan kami.

Saat mula masuk kedai La Parra ini, full seated. Wow! Patutlah menjadi rekomen dari orang sekitar Ipoh. Kami disambut mesra oleh pelayan kedai dan ada 1 meja saja di depan kaunter dapur.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Meja penuh di La Parra

Kami membuat pesanan nachos dan french fries untuk pembuka selera. Ternyata, nachos adalah pilihan terbaik kepada peminat cheese. Hehe. Kepingan nachos itu sendiri rangup tak terhingga macam bunyi rantingan kayu kering yang dipatahkan. Hehe.

Manakala untuk hidangan utama, kami memesan grilled lamb chop dan grilled chicken chop. Air calamansi sejuk dan teh o panas pilihan untuk membilas tekak.

French Fries bersama sos cili dan mayonis
Nachos yang penuh dengan cheese
Chicken Grilled dari La Parra

Harga yang ditetapkan di Restoran La Parra ini berbaloi. Hidangan yang saya pilih pada malam tu berjumlah RM44.20 sahaja.

La Parra ini terletak di lot bangunan kedai berhadapan dengan Mydin Meru, Jelapang Perak. Jika kalian ingin mencuba kelainan, boleh singgah di kedai La Parra Ipoh.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Bahagian kitchen

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan

Kalau datang Pantai Cahaya Bulan akan melalui deretan kedai batik. Perusahaan batik Kelantan banyak dilakukan di sekitar kawasan ini. Menariknya, pakaian batik ni seakan-akan melambai minta kalian masuk ke dalam kedainya. Haha.

Mana taknya, tepi laut kan angin kuat. Apabila digantung hasil batik, memang cantik dan beralun-alun. Kalian yang lalu-lalang tak sah tak singgah kedai mereka. Yang tak rasa nak beli pun jadi terbeli juga. Haha.

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
terpengaruh sebab tengok baju ni beralun-alun
Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
bila pegang kain dia… fuh bestnya
antara hasil cantingan batik
muka gembira dapat shopping. hehe

Saya singgah di kedai Su Batik PCB. Berakhir dengan seplastik baju batik, khas untuk anak- anak. Hihi. 2 pasang baju RM42. OK lah kan. Dapat lah mereka merasa baju tidur batik.

Jika kalian peminat hasil tangan batik, boleh lah berkunjung di sekitar Pantai Cahaya Bulan. Ada banyak pilihan kedai batik dengan corak yang lawa sangat.

Jalan-Jalan Makan Angin : Pantai Cahaya Bulan
selesai dibasuh perlu dikeringkan sebegini

Mia Sowi,
Bukan pekerja gomen yang kena berbaju batik setiap Khamis.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng

Kalau kalian tiada idea nak masak sarapan, boleh datang ke kedai ni. Kali kedua saya datang kedai ni dalam bulan yang sama. Hanya menu breakfast sahaja disediakan.

Hajat di hati nak makan nasi lemak tapi dah habis pula. Jadi saya menukar hidangan mee kari. Manakala en suami dan anak mee kicap berkuah kari dan sup.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kicap
Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kari

Sedia maklum, Perak memang terkenal dengan mee kari. Saya rekomen kalian perlu cuba mee kari ini. Tidak menyesal malah nak menambah berkali-kali. Hihi.

Wan Corner Gopeng adalah nama restoran ni. Masuk saja pekan Gopeng, terus jumpa deretan kedai lama. Dan kedai ini terletak di hujung deretan sebelum jumpa bulatan. Sebab tu namanya corner.

Selamat mencari.

Mia Sowi,
Suka review makanan.

4 Tips Penulisan Viral Gaya Khairul Hakimin Muhammad

Trend untuk menjadikan sesuatu posting itu berpengaruh di media sosial semakin mendapat perhatian netizen. Namun, terdapat beberapa tips yang menyebabkan post atau artikel berkenan membuatkan ia tersebar ke merata tempat.

Suka untuk saya berkongsi pengalaman berguru dengan Bapa Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimin Muhammad. Rupanya dapat setiap penulisan di media sosial hanya memerlukan 4 pegangan asas sahaja.

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

1. Fakta

Ia merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu posting kalian. Contoh :

Suatu pagi, kalian keluar pergi sarapan di kedai. Dan, sudah tentu kalian akan snap gambar makanan. Kebiasaannya, kalian akan bubuh caption ‘Alhamdulillah. Kenyang dah bersarapan’. Betul tak? Jangan menafikan tau. Sebab saya dulu pun buat macam tu juga. Hehe.

Alangkah baiknya jika kalian berkongsi lokasi kedai, tempoh masa kedai dibuka, menu, harga dan sebagainya. Secara tak langsung, pembaca tahu tempat kalian tuju itu. Ia juga menyebabkan pembaca rasa terpanggil untuk mencuba menu yang kalian makan tu. Kan elok kalau kita berkongsi benda yang bagus.

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

2. Emosi

Ini bahagian untuk memaksa pembaca bersama-sama menghayati penulisan kalian. Ia boleh menarik perasaan pembaca untuk lebih dekat dengan cerita kalian.

Ala, cerita mana tak best kalau tak ada emosi. Oh ya, emosi ni bukan perasaan yang sedih saja tau. Ia meliputi marah, geram, menyampah, memuji, terinspirasi, suka, teruja, menangis, gelak ketawa dan sebagainya.

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

Pengaruh emosi inilah yang menyebabkan pembaca akan mengikuti penulisan kalian. Samada ingin audience yang negatif atau positif, ia bergantung pada emosi dalam penulisan kalian.

3. Bahasa

Bahagian ini yang sangat penting dalam penulisan kalian di dalam media sosial. Elemen ini perlu dijaga rapi walauapapun bahasa yang kalian guna. Menurut Tuan Khairul Hakimin Muhammad, beliau mewajibkan setiap penulisan menggunakan ejaan yang betul.

Hal ini kerana sekiranya posting kalian berpengaruh dan viral, ia memudahkan untuk diterjemah kepada bahasa asing. Kalau perasan di Facebook ada tertera ‘see translation’, ia berfungsi untuk menterjemah penulisan kalian kepada beberapa jenis bahasa di dunia.

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

4. Impak positif

Sebelum menekan POST NOW di mana-mana media sosial, kalian perlu memikirkan samada penulisan tersebut memberi kesan yang baik atau sebaliknya. Status yang positif mendorong audiens untuk menekan butang share.

Ingat, audiens yang positif datangnya dari penulisan yang berbentuk positif. Begitu juga sebaliknya. Jadi, kalian perlu berhati-hati dalam penulisan, ya!

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

Media sosial bukan sahaja tempat untuk berkongsi kisah harian. Tetapi ia juga boleh menjadi tempat jual-beli tanpa kos, platform kerja-kerja komuniti dan juga pertubuhan.

Walaubagaimanapun, sudah pasti kalian juga ingin mempunyai follower yang ramai. Bukan hanya untuk mendapat perhatian netizen, sebaliknya ingin meluaskan sebaran maklumat berkaitan dengan produk dan aktiviti sampingan.

Terfikir sejenak. Bagaimana nak peroleh follower yang ramai? Apa caranya? Strategi apa yang diperlukan? Apa tindakannya? Bagaimana untuk mengekalkannya?

4 tips penulisan viral gaya khairul hakimin muhammad

Baca saja buku ini. Setiap strategi yang dikongsikan oleh penulisnya, Tuan Khairul Hakimin sudah terbukti berkesan apabila jumlah follower beliau semakin meningkat secara mendadak.

Kalian boleh klik link di sini untuk dapatkan pelbagai hasil tulisan Tuan Khairul Hakimin.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : KERANG REBUS DI TAIPING

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus

Setahun mengidam nak makan kerang rebus. Akhirnya en suami menunaikan impian cik puan isteri tercinta yang mengalahkan Mak mengandung. Hehe.

Selesai COD balm Tasneem, dari Ipoh sampai ke Taiping dia bawa keluarga kecil kami.

Sedia maklum, Taiping berhampiran dengan Kuala Sepetang yang terkenal dengan aktiviti menyauk kerang.

Apa lagi, memang kerang ni saya hadap seorang je. En suami memang tak menggemari makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan sebagainya. Memang syok lah.

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus

Sepinggan ni RM6 dapat kerang yang memang fresh. Kata orang yang suka makan seafood, cara nak cek kerang fresh, dalamnya masih ada lendir dan isi kenyal. Ternyata, yang saya makan masih fresh.

Cara makan kerang rebus ni agak berbeza dari tempat lain. Ia dicicah dengan kuah rojak. Mula-mula macam pelik, tapi saya layan je. Hehe.

Cuti sekolah ni, kalau tak ada hala tuju, boleh datang ke food court sebelah Balai Bomba Taiping, Perak.

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN ASAM PEDAS & BBQ

Itu hari saya mengikut keluarga mertua ke Johor untuk memeriahkan acara konvokesyen adik ipar. Lama sangat dah tinggal aktiviti belajar di universiti ni. Sempat juga lah terimbau kenangan dulu-dulu masa waktu belajar. Hehe.

MIASOWI.COM
jalan-jalan cari makan : ini tujuan asal, celebrate konvokesyen bapa saudara mereka ni

Selesai aktiviti konvokesyen, pada sebelah malamnya, kami sekeluarga sempat singgah di Restoran Asam Pedas & BBQ. Mula-mula ingat tipikal kedai makan yang menawarkan servis bbq. Ala, macam sedia pemanggang elektrik di atas meja. Haha.

Sekali tengok, 2 pintu rumah kedai dan corner yang panjang untuk restoran ni.

MIASOWI.COM
jalan-jalan cari makan : keadaan luar kedai

Lagi best, bahagian luar tu ada persekitaran yang sangat cantik, bersih dan menenangkan mata memandang. Siap tersilap, ingatkan di taman hijau. Hehe.

Restoran ni menerapkan landskap garden view untuk ruang bbq. Malam tu pergi agak tenang dan tak sibuk. Jadi, anak-anak memang seronok berlari sana sini. Tambah pula ada kolam hiasan kecil di tengah laman.

Ruang luar tu juga ada gazebo dan setiapnya ada set pemanggang mudah alih yang baranya telah dihidupkan terlebih dahulu.

Bahagian dalam restoran yang luas dan terdapat beberapa meja panjang dan bulat. Khas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan dan ramai.

Hiasan dalam kedai juga menarik, ada jala yang dibentangkan di ruang dinding. Selain itu, dipamerkan sekali sijil kebersihan kedai, tahap A. Jadi, tak perlu risau dengan kebersihannya tau.

Boleh lah cuci mata tengok hiasan dalaman kedai ni. Best tak?

Jika ada kelapangan, boleh singgah di restoran ini yang terletak di Taman Universiti, Skudai. Waktu operasi adalah 1030 pagi sehingga 11.30 malam.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN TOK NAN

Kedai makan di Ipoh memang terkenal dengan gaya hipsternya. Tetapi ada satu restoran ini mengetengahkan ala-ala kampung.

Sebuah rumah kayu kampung berserta beberapa pangkin di halamannya benar-benar membuatkan kalian dapat melepaskan rindu dengan suasana kampung.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
memang terasa mood duk kat kampung
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
hah, siap ada pangkin lagi

Saya baru saja selesai COD balm Tasneem di sekitar Jelapang ni, disebabkan perut berkeroncong, itu yang boleh singgah restoran suasana ala kampung ni.

Tengok saja lah gambar-gambar ini, persekitaran malam tu tenang dan bercahaya. Tambahan pula dengan adanya lampu yang melintangi ruang makan berbumbungkan langit.

Terasa macam nak main bunga api seperti hari raya. Haha.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
surau turut disediakan di restoran toknan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
signboard tersergam indah
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
parking yang luas

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang parking kereta yang sangat luas. Selain itu, restoran ini mempunyai surau yang terbuka yang terletak bersebelahan dengan kawasan meletak kereta. Para pekerja pun sangat ramah dan tidak lokek senyuman.

Kedai makan gaya kampung ini bernama Restoran Tok Nan, Bandar Meru Raya. Ia terletak bersebelahan dengan Bulatan Amanjaya.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
kaunter bayaran

Waktu operasi port makan ini dibuka setiap hari 12 tengah hari sehingga 12 malam kecuali Jumaat dibuka jam 3 petang.

Mia Sowi,
Rindu kampung!