Ibu Ini Kongsi Tips Meluang Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah

Ibu Ini Kongsi Tips Meluang Masa Bersama Keluarga Dengan Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah

Menarik sangat perkongsian dari Puan Zatil Arip iaitu tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sepanjang cuti sekolah.

“Tips beroleh 14 hari terbaik bersama keluarga anda”

Tips 1 Susun jadual harian

Sediakan jadual sedari celik mata sehingga pejam semula. Dan kemudian tampal jadual di laluan utama. Lebih baik plan seperti yang kita impikan lalu kuatkan tekad dan azam untuk laksanakan.

Tips 2 Solat berjemaah setiap 5 waktu

Memandangkan cuti sekolah kali ni ada isu Virus Covid-19, maka Perdana Menteri sudah keluarkan arahan untuk Kawalan Pergerakan, masjid dah pun di tutup, jadi hidupkanlah ‘masjid’ dalam rumah kita. Sentiasa bersedia untuk solat di awal waktu. Selain itu, boleh periksa dan ajari anak-anak bacaan dalam solat.

Tips 3 Rutin tilawah dan tazkirah ringkas

Sudah tiba masanya untuk saling menasihati dengan hikmah. Ibu Bapa boleh pilih sama ada nak menekankan tentang akhlak, akidah atau ibadah. Contoh kali ini kami memilih tentang adab (taat ibubapa, lemah-lembut, sifat malu, meminta izin, pemaaf, sabar dan sebagainya).

Tips 4 Sasarkan hafalan surah atau hadis tertentu dan tasmik

Ibu bapa disarankan memilih surah atau hadis pendek dan hafal bersama anak-anak. Kemudian tasmik setiap kali selepas Solat Zuhur, contohnya. Boleh juga rujuk koleksi 10 hadis mudah untuk anak-anak di sini.

Tips 5 Aktiviti kreatif bersama anak-anak setiap hari

Sekarang semuanya boleh didapati dengan hujung jari. Jadi, Google saja pelbagai aktiviti menarik, pilih dan buat bersama anak-anak. Di samping itu, kalian sekeluarga nikmatilah keseronokan anak-anak bermain tu. Boleh carigali koleksi aktiviti di sini:

Tips 6 Bersukan dan bermain bersama

Ada pelbagai permainan indoor seperti congkak, dam ular, kad, sahiba, batu seremban, main tutup botol dan sebagainya. Manakala permainan outdoor seperti basikal, badminton, lumba lari, bola beracun, tali getah dan sebagainya. Boleh juga buat mini sukaneka, nak lagi gempak buat explorace. Haha! Banyaknya permainan boleh bermain bersama. Anak-anak mesti sangat seronok.

Tips 7 Lakukan tugas urusan rumah bersama

Ibu bapa boleh melantik setiap anak ada tugas masing-masing. Dah bermain bersama, kemas pun kena bersama. Dengan cara ini dapat melatih anak sikap bertanggungjawab dengan tugas sendiri. Selain itu, setiap anak ada ruang amanah dan saling membantu.

Tips 8 Rancang menu 14 hari

Anak-anak memang akan lapar dan sentiasa minta makanan. Maka, ibu bapa wajib rancang menu harian yang melibatkan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Beli atau sedia bahan mengikut menu yang dirancang. Jadual begini bantu ibu bapa yang dah tak perlu pening fikir nak masak menu apa.

Tips 9 Memasak bersama anak-anak

Alang-alang ada menu berjadual, apa kata minta anak-anak sebut apa yang mereka teringin nak masak bersama. Kemudian cari resepi dan cuba bersama sampai berjaya. Menarik, kan. Anak akan sangat menghargai usaha ibu bapa dan belajar sehingga mendapat hasil yang indah di pandang, sedap dirasa.

 Tips 10 Harus makan bersama-sama

Pastikan cukup semua ahli keluarga baru mula makan. Sesuai juga jika ada wakil untuk mengucapkan doa dan syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.

Tips 11 Semak dan bantu anak-anak dalam pelajaran mereka

Semak setakat mana kefahaman mereka dalam setiap subjek. Bantu mereka mengulangkaji pelajaran. Kemudian, latih mereka dalam subjek yang kurang cemerlang.

Tips 12 Abadikan kenangan indah

Ambillah gambar sebagai kenangan. Buatlah album atau atleast simpan di alam maya. Kita tidak tahu berapa lama Allah pinjamkan nikmat berkeluarga ini.

Tips 13 Sesi bercerita setiap malam

Anak-anak suka dengan aktiviti bercerita. Jadi perlu cari masa setiap hari untuk ada sesi bercerita. Paling bagus kisah tentang sirah Rasulullah dan para sahabat. Ibu bapa boleh susun tajuk dan study dulu supaya penceritaan lancar dan best. Selesai bercerita, tanya semula anak-anak apa yang mereka pelajari.

Tips 14 Rutinkan salam, peluk, bermaafan & doa sebelum tidur

Ini momen yang sangat best. Anak-anak akan terbiasa apabila nak tidur, datang dekat ibu bapa untuk saling berterima kasih dan bermaafan. Jadi, sebagai ibu bapa peluklah mereka dengan erat kerana mereka adalah amanah dan mereka jugalah saham akhirat. Nanti, anak-anak akan mudah lembut hati dan lebih akrab dengan kita.

Semoga momentum tarbiyah 14 hari ini dapat kita teruskan sehingga Ramadhan tiba dan selamanya, insyaAllah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge