Jatuh Cinta Dengan Produk Membuktikan Ejen Sungai Buloh Ini Berjaya Jana Income Dengan Bonus 3 Angka Selepas 2 Bulan Menyertai Tasneem Naturel

Assalamualaikum dan selamat berkenalan. Nama diberi Razanah binti Abd Rahman, lebih dikenali Sebagai Zana, berumur 34 tahun. Ibu kepada bakal 2 orang puteri, insyaallah (bakal lahir April 2020). Bekerja sebagai assistant manager di Great Eastern Life Assurance Kuala Lumpur dan menetap di Sungai Buloh.

Bekerja Dalam Bidang Insurans Selama 13 Tahun

Pengalaman bekerja dalam insurance industries selama 13 tahun bermula sebagai officer di Prudential Insurance selama 4 tahun. Kemudian, menerima tawaran sebagai executive di Cimb Aviva Insurance. Hanya mampu bertahan di sana selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk bersama Great Eastern family sebagai senior executive pada tahun 2012. Diberi kepercayaan dan tanggungjawap yang lebih besar dengan kenaikkan pangkat kepada assistant manager hingga ke saat ini.

Pendapatan yang kukuh dalam kerja hakiki tidak menghalang saya untuk menceburi bisnes online ini. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya menjinakkan diri dalam bisnes online. Sebelum ini saya hanyalah pembeli tegar product online. Haha.

Tasneem Naturel Menjadi Pilihan Hati

Jika ditanya kenapa Tasneem Naturel menjadi pilihan? Jawapannya adalah saya bermula sebagai pengguna tegar produk Tasneem ini. Saya menggunakan produk ini selama 3 tahun pada anak sulung saya dan mendapat kebaikan dari produk ini. Apabila saya berpuas hati, saya mengambil keputusan untuk menjadi ejen.

Kalau kita nak orang suka dan jatuh cinta dengan produk yang kita jual, kita sendiri dulu kena suka dan jatuh cinta dengan produk kita sendiri kan?

Jadi setelah merasai manfaat dari produk Tasneem inilah yang membuatkan saya yakin untuk kongsi kebaikannya bersama ibu diluar sana.

Bermula Dengan Anak Tidak Sihat

Contoh macam saya sendiri mula jatuh cinta pandang pertama dengan Tasneem Naturel adalah disebabkan CF Rub dan Sleep Time Balm. Masa tu, anak berusia dalam 9 bulan. Kesian sangat tengok dia setiap kali selsema dan batuk. Tambah pula hidung tersumbat. Saya pun asyik bangun tengah malam sebab risau kan keadaan anak.

Sejak cuba CF Rub, anak dah jarang kena selsema dan batuk. Kalau kena pun cepat-cepat sapu CF Rub, mesti jadi baik. Sleep Time Balm pula banyak membantu anak saya untuk tidur lena. Untuk ibu bekerjaya macam saya ni memang sesuai sangat la. Sejak dari itu, saya mencuba semua balm keluaran Tasneem dan merasai manfaat daripadanya.

Dari produknya yang berkualiti, maka terbuka hati saya untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan mereka dekat luar sana tentang produk Tasneem. Sememangnya selamat untuk new born sehingga warga emas, dan dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan 100% semulajadi.

Kawan Lama Yang Memperkenalkan Tasneem Naturel

Untuk pengetahuan semua, saya mengenali tasneem dari kawan sekolah saya sendiri dan dia jugalah yang mengajak dan meyakinkan saya untuk menjadi agent tasneem naturel pada January 2020. Dalam hati why not, nak cari duit pocket lebih kan, kena lah ada side income.

Perkara utama yang membuatkan saya tertarik untuk menjadi agent adalah disebabkan system agent tasneem itu sendiri. Boleh terus order dekat website je, esok stock tu dah sampai rumah! hihi Jimatt masa dan tenaga! Bukan tu je tau, kalau nak direct order melalui website, dan nak minta Tasneem postkan pun boleh terus pada customer. Sangat-sangat senang !

That’s why kalau nak berniaga, Tasneem ni lah paling senang sebab tak perlu simpan stok pun. Once customer bayar pada kita, kita terus minta Tasneem je yang postkan. Ala-ala dropship gituuu.

Bijak Buat Pilihan

Untuk ada bisnes sendiri Sebagai side income, saya perlu bijak dalam memilih product dan brand. Persaingan dipejabat contohnya, ramai kawan2 sepejabat yang ada bisnes Sebagai side income yee. contohnya, tupperware, Avon, coway, Shaklee. Jadi, saya perlukan product dan jenama yang lain dari yang lain untuk menetap kan jurang persaingan yang besar untuk menjual di office nanti (offline marketing)

Setelah menjadi agent dan sebahagian dari keluarga tasneem, group support memang terlalu banyak. Especially dari leader saya sendiri nurul aimi dan leader team shining Swan Mama Mia Sowi. Banyak ilmu berbisnes yang saya dapat sejak joint tasneem naturel family. Pendek kata memang xsalah pilih la.

Hubungi Saya Sebagai Rakan Tasneem Anda

Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan balm keluaran tasneem naturel boleh la menghubungi saya dinombor 0126532923. Perkhidmatan pembelian balm secara COD sangat dialu alukan di sekitar kawasan Sungai Buloh dah tapah perak (Kampung den hehehe).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge