Perasan tak, banyak adegan ‘bocor’ merata-rata dalam rumah bila anak meningkat umur 2-4 tahun ðŸĪ” Sebab Mak tengah praktis potty train ada anak. Hihi

Apa maksud potty train tu? Maknanya adalah bebas daripada diaper (lampin). Latih anak pakai spender senang citer ðŸĪŠ

Saya nak kongsi tips pasal potty train ni. Tapi tips ni lebih pada persediaan mental Mak Ayah. ðŸ˜˜

1) Sabar dan bersedia untuk beri komitmen sepenuhnya

– Haaa, part ni memang kena set minda Mak sebaik mungkin. Memang akan ada kes terbabas ðŸ˜–

Contohnya, tak sempat masuk bilik air, dah melepas baru bagi tau ðŸ˜…

– So, Mak chill ok? bukan kita sorang je alami ni, semua Mak ðŸ§•ðŸ‘ĐðŸ‘Đ‍ðŸĶ°ðŸ‘Đ‍ðŸĶą

2) Latih anak kenal perasaan nak terkucil/nak membuang air besar

– Bawak anak masuk bilik air, dan suruh kencing ðŸšŧ

Contohnya, ajar anak cangkung sambil tu bunyi kan ‘syyyhhhh…’ apabila air kencing dh keluar, bagitahu itu air kencing.

– kalau nak membuang, Mak bantu anak buat ekspresi muka meneran ðŸ˜– haha. Baru anak tahu teknik dan tahu apa yg keluar selepas meneran.. ðŸ™‚

3) Harus konsisten

– Ramai Mak termasuk saya yang give up cepat sangat. 1-2 hari pastu stop sebab malas nak mengelap ðŸ˜œ

– Istiqamah tu penting, baru anak faham apa yang sedang dilaluinya.

4) Reward

– Dalam proses potty train ni, setiap kali anak berjaya membuang air kecil/besar, bagi ganjaran pada dia.

– Bentuk ganjaran terpulang pada Mak

5)Gunakan pelapik tandas kanak-kanak

– Ada sesetengah Mak beli tandas kecil mudah alih, kisahnya nak bagi anak selesa ada kipas dan depan tv.

BIG NO! Cuba bayangkan, esok dah besar pun nak membuang depan tv? ðŸĪĢðŸĪĢ

– biasakan anak membuang di tandas dan mudah kerja kita hanya ‘flush’ saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge