Bagi sesetengah Mak Ayah, momen menidurkan bayi sangat membahagiakan dan mendambakan. Rasa tenang dan terharu melihat bayi ambil mood untuk tidur. Kebiasaannya pada waktu anak tidur, Mak akan segera melakukan pelbagai tugasan yang tertangguh.
Namun, ada juga segelintir Mak Ayah berasa sangat struggle untuk menidurkan bayi, apatah lagi nak bagi bayi tidur lena. Seolah-olah ia igauan ngeri kerana amat susah bayi untuk tidur. Ada sesetengah bayi yang tidurnya sekejap saja dan baru Mak nak berganjak, dia dah terjaga. Malah, lebih memenatkan apabila bayi itu menangis tanpa sebab.

Tempoh Tidur
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi akan lebih banyak tidur pada waktu siang. Manakala pada waktu malam, dia akan berjaga seketika untuk minum susu. Untuk pengetahuan Mak Ayah, bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Tidur adalah perkara yang penting dalam perkembangan diri seseorang anak samada dari segi fizikal, mental dan emosi. Semasa anak tidur lena, proses self healing berlaku. Ketika ini juga memori yang dilalui pada setiap hari senang terbentuk dan tersimpan rapi.

Selain itu, Mak Ayah juga harus mengetahui tempoh waktu tidur yang diperlukan oleh bayi dalam sehari. Bangun dalam keadaan senyum dan ceria bermakna bayi sudah mendapat tidur lena dan kadar masa yang cukup.
Hormon Tidak Stabil
Kebanyakkan bayi baru lahir akan selalu menangis dan merengek. Menangis adalah salah satu cara bayi untuk release tension. Orang dewasa stress atau tak boleh tidur akan menyibukkan diri buat kerja rumah seperti membaca, mengemas dapur dan bersenam. Ini kerana hormon cortisol (stress) berada di paras tinggi.

Namun, tidak bagi bayi, semasa mereka menangis dan meragam sebenarnya untuk menurunkan kadar hormon cortisol dalam badan. Bagaimana hormon ini terhasil dalam badan bayi?
Ia terjada apabila ‘alarm’ tidur bayi dah tiba, namun Mak cuba menahan bayi supaya untuk tidak tidur pada waktu itu. Mungkin Mak belum bersedia untuk tidur bersama bayi. Jadi, sistem badan akan memberi signal ‘kecemasan’ dengan mengeluarkan hormon cortisol untuk badan kekal sedar. Itu yang akan membuatkan bayi over tired sehingga tidak dapat tidur.
Disebabkan hormon cortisol tinggi, maka hormon melatonin yang membantu manusia untuk tidur akan rendah. Jadi, ia logik jika manusia yang stress akan susah tidur.

Itulah sebabnya bayi baru lahir kerap menangis untuk menyingkirkan hormon cortisol dalam badan. Ia akan keluar melalui peluh, air kencing, air liur dan air mata. Dan, tiba-tiba Mak akan tengok dan berkata ‘eh, baby dah tidur? tadi kemain menangis”. Itu bermakna hormon melatonin sudah mengambil tempat dalam badan bayi tersebut.
Tips Bayi Tidur Lena
Ini adalah cara untuk membantu bayi tidur lena:
- Bedung. Bayi baru lahir sehingga 3 bulan wajib berbedung. Bukan untuk elak sejuk. Tapi untuk bayi itu rasa ‘kemas’ dan dipeluk seperti dalam rahim.
- Pacifier. Mak boleh perkenalkan puting tiruan jika bayi susah tidur. Mak Ayah perlu tahu untuk menenangkan bayi dan memudahkannya tidur adalah dengan menghisap jari. Untuk bayi baru lahir, mereka tidak berupaya untuk menggerakkan tangan ke mulut. Jadi, Mak boleh sediakan puting tiruan sementara bayi pandai masukkan jari ke mulut.
- White noise. Mak disarankan menggunakan bunyi yang hampir sama dalam alam rahim. Contohnya bunyi aliran sungai, ombak dan wajib dipasang sepanjang malam. Ataupun paling mudah, buat ‘shusshhh’ dengan suara yang kuat.
- Ayunan. Bukan bermaksud masukkan dalam buaian. Namun, ia adalah bagaimana Mak mendodoikan anak. Boleh rujuk video di bawah ini
- Essential oil. Mungkin sesetengah Mak Ayah lebih gemarkan menggunakan produk untuk membuatkan bayi mudah tidur. Boleh cuba Sleepy Pillow Mist dari Tasneem Naturel.
Bayi baru lahir sangat memerlukan perhatian daripada Mak dan Ayah. Mereka belum faham tentang dunia ini. Jadi, Mak Ayah perlu memahami cara untuk menguruskan bayi tidur lena.