Ramai Generasi Alpha Mengalami Virtual Autism

Saya pernah ajukan soalan ‘Apa itu Virtual Autisme?’ pada cikgu terapi Aysar di sekolah. Cikgu berkenaan menjelaskan,

“It is doesnt matter either our kids autisme, virtual autisme, ADHD, speech delay, sensory problem or what so ever.

Why must us labelling them? Treat them like the other kids. And our responsiblilities are polish their skills and strengthen their weaknesses. Until, he/her can manage him/herself.

So, they can suit themselves into communities”
.
.

Tetiba saya yang terharu.

Tapi itu dulu lah, sekarang saya enjoy melayan anak-anak comel ni. Walaupun kekadang keluar juga naga ke, harimau ke. Haha.

Ok ok!
.
.

Virtual Autisme ni perkataan yang agak baru. Selama ni biasa dengar autism je kan.

Ia adalah satu terma yang muncul apabila anak meluangkan banyak masa bersama gajet sehingga muncul simptom autism.

Generasi alpha(lahir tahun 2010 dan ke atas), anak-anak kita lah kan, memang sentiasa terdedah dengan gajet seperti handphone, tablet dan sebagainya.

Kebanyakan anak ini akan terbantut perkembangan. Contohnya; speech delay, tak cukup berat badan, kurang sensori, motor halus dan kasar bermasalah.

Mak dan Ayah boleh perhatikan tingkahlaku anak yang

  1. menjadi rigid,
  2. kuat tantrum,
  3. memilih makan,
  4. susah tidur,
  5. tiada eye contact

dan sebagainya. Ia menyerupai autism itu sendiri.

Namun apabila menjalani terapi dalam beberapa tempoh, ia akan kembali normal bergantung pada keadaan.

Mak dan Ayah pada Generasi Alpha ini adalah insan-insan yang bijak dan kebanyakannya bekerja. Family lifestyle juga mempengaruhi kepada virtual autisme ini berlaku.

Semua tahu tentang impak pendedahan gajet berlebihan pada anak kecil. Jadi, ia perlu dikawal seawal yang mampu.

Jom sayang anak-anak.

Mia Sowi,
Ada anak yang sedang jalani terapi tingkahlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge