Mak dan Ayah mana yang boleh tahan mengantuk bila anak susah tidur. Hampir setiap malam terpaksa berkorban masa dan tenaga semata-mata melayan anak yang susah nak tidur. Kemudian keesokkan hari kepala pun jadi ting tong sebab tak cukup tidur.

Lagi kasihan kalau Mak yang masih dalam pantang, alahai. Memang memenatkan. Sebaiknya Mak dan Ayah nak anak tidur dengan teratur, ada jadual dan rutin. Baru lah semuanya terurus dengan baik.

Kini, kegusaran bayi susah tidur dapat diselesaikan dengan produk keluaran Tasneem Naturel iaitu Sleepy Pillow Mist. Mak dah tak perlu lagi berjaga malam dan dapat rehat sepenuhnya dengan bayi anda.

Ia adalah semburan untuk membantu anak tidur lena. Sleepy Pillow Mist ini berasaskan bahan semulajadi yang selamat digunakan untuk bayi seawal lahir dan tiada bahan kimia terlarang.

Rumusan Essential Oil

Dalam botol berisi 80ml ini mengandungi 3 bahan sahaja. Iaitu lavender oil, tea tree oil dan air.

Fungsi essential oil Lavender adalah memperlahankan aktiviti sistem saraf dan memberi rasa rilek. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan mood bagi mereka yang sering mengalami gangguan tidur. Bagi anak yang sudah bersekolah, lavender oil ini membantu meningkatkan kualiti tidur sehingga menghasilkan mood yang lebih stabil dan penumpuan yang lebih baik.

Manakala essential oil dari Tea Tree pula, ia dianggap atibiotik yang sangat hebat. Ia juga dikenali sebagai  “minyak pertolongan cemas”. Tea tree oil berkesan dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Jika anak kecil selsema, batuk dan asma, juga boleh dibantu.

Produk Tasneem Naturel tiada bahan kimia terlarang dan tidak berbahaya. Jadi, selamat untuk kegunaan anak kecil. Tambah lagi ia child friendly. Kesemua bahan dalam Sleepy Pillow Mist ni bukan tiruan.

Cara Penggunaan Sleepy Pillow Mist

Mudah sangat untuk guna produk ni. Hanya perlu sembur pada tempat anak tidur. Contohnya pada bantal, selimut, pakaian anak, stroller, baby cot, buaian, atau car seat.

Saya sendiri guna Sleepy Pillow Mist pada anak berusia 5 tahun. Anak saya ni memang aktif dan suka sangat tahan mata. Padahal dia dah mengantuk cuma ralit nak main. Bila spray je Sleepy Pillow Mist ni, kejap je dalam 5-10 minit, dah lentok. lepas tu akan tidur sangat lama, sejam hingga dua jam.

Sleepy Pillow Mist ni juga sesuai digunakan kalau nak travel. Perjalanan yang jauh pun rasa singkat dan tenang je tanpa aksi gaduh dan kebosanan anak-anak.

Apa Kata Mereka?

Malam tadi tidurkan budak ni terus spray Sleepy Pillow Mist. Dalam 15 minit lena dah semua. Lena sampai pagi pula itu. Takde malam berjalan cari Mama. Mama is happy last night. Hehe.

Puan Adlina, Selangor

Petang memang bagi anak puas-puas bermain, bila malam ibu sembur dengan Sleepy Pillow Mist, bukan untuk ibu je boleh berehat. Malah bagus untuk anak tidur lena

Puan Rozanurul, Malaysia

Anak dara saya ni jenis suka tahan mata. Mengantok pun tahan mata lagi. Last sekali, saya spray Sleep Pillow Mist ni , tak sempat 10 minit dah ‘lebuh’ dah.

Puan Husna Naim, Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh terus klik icon di bawah.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge