Susahnya Nak Ajar Anak Makan Sayur. Resepi Nombor 3 Paling Mudah Sorok Sayur Dalam Menu Makanan Anak

Susahnya Nak Ajar Anak Makan Sayur. Resepi Nombor 3 Paling Mudah Sorok Sayur Dalam Menu Makanan Anak

Rasanya bila anak membesar mereka lebih suka untuk tidak memilih sayur. Ramai anak tak suka sayur sebab rasa pahit, payau, dan tak sedap dimakan.

Kebanyakan Mak Ayah pulak sangat memaksa anak untuk makan sayur sehingga anak berasa sayur itu seperti ‘ubat’ yang kena makan jugak. Psikologi anak adalah semakin dipaksa atau disuruh buat sesuatu, semakin mereka menolak.

Ini tips untuk Mak Ayah handle jika anak tak suka makan sayur

1. Sediakan sayur dalam bentuk bento yang cantik dan comel. Ia membantu anak untuk rasa tertarik untuk makan. Selain itu, Mak Ayah boleh lah buat aksi teruja sekali.

2. Anak sangat suka air smoothie. Jadi, inilah masanya Mak bereksperimen dengan pelbagai sayuran untuk kisar air. Nak lagi best, taruklah boba sikit. Tentu anak enjoy!

3. Dalam masakan, sebaiknya sayur tidak diletakkan dalm kuantiti banyak. Boleh spoil mood anak tau. Hihi.

4. Buat satu senarai sayur kegemaran anak. Dan ajak anak ke pasar untuk pilih sendiri sayur pilihan hatinya. Confirm anak sangat excited!

5. Boleh juga Mak Ayah duduk bersama anak untuk memperkenalkan dan melukis jenis-jenis sayuran. Ia adalah pendedahan awal kepada anak tentang dunia ‘hijau’.

Resepi mudah untuk Mak Ayah menyediakan makanan bersayur untuk anak tersayang

RESEPI NASI GORENG BERSAYUR

Bahan :

175g nasi putih
2 ulas bawang putih – diketuk
1 keping dada ayam – dihiris
50g sayur campur
1 biji telur
Garam
Minyak untuk menumis

Cara :

1. Panaskan kuali dengan minyak dan tumis bawang putih

2. Masukkan telur, ayam, garam, dan sayur. Goreng sehingga masak.

3. Masukkan nasi dan gaul rata. Siap untuk dihidang

RESEPI SANDWICH AYAM DAN SAYUR

Bahan :
Salad
Tomato
Cheddar Cheese
Isi ayam
Mayonis

Cara 
1. Isi ayam direbus dan dicarik. Kemudian gaul rata dengan mayonis

2. Roti dibakar terlebih dahulu. Lapisi setiap bahan dengan menampakkan susun warna.

3. Siap untuk dihidang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge