Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Anak kecil dengan air memang tak dapat dipisahkan. Suka sangat mereka bermain air. Tambah-tambah lagi kalau ada set mandian bayi ala-ala spa, kan. Tapi, selalu menjadi tanda tanya – kenapa bayi suka sangat mandi kolam? Tak kira lah, mandi dalam besen ke, kolam mandi bayi ke, atau sebagainya. Happy je tengok mereka bermain.

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak dalam air. Ia juga bagus untuk perkembangan motor halus dan pengawalan otot.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Apabila Mak dan Ayah memperkenalkan bayi dengan permainan kolam mandi, ia membantu pergerakan bayi itu :

1. Menilai perbezaan bentuk dan berat

Permainan dalam kolam mandi ada pelbagai saiz dan geometri. Perhatikan anak, dia akan memusing dan membelek mainan di tangan. Selain itu, ia melatih bayi kalian untuk berusaha gigih mengimbangi objek yang dipegang olehnya.

2. Melatih pergerakan motor halus

Bermain dalam kolam mandi juga menggalakkan anak kecil mengawal otot kecilnya untuk bekerja. Contohnya, otot pergelangan tangan, jari jemarinya yang halus dan tangan itu sendiri.

3. Menguatkan cengkaman

Memerah adalah satu aktiviti menarik untuk bayi semasa bermain dalam kolam mandi. Ia adalah latihan yang menggunakan otot untuk menggenggam.

Bagaimana Caranya?

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Squeeze, Squeak, Squirt – permainan ini melatih anak kalian untuk menggenggam dan memerah. Berikan kepada mereka perbezaan saiz untuk direndam. Kemudian ajar bayi untuk memerah. Tapi, apabila diberi toys ini, kalian kena tahan telinga lah sikit. Sebab bunyinya cpeeettt cpeeeetttttt.. Haha.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Grip – anak kecil akan berasa teruja dan gembira sambil menepuk air apabila berjaya mengisi air ke dalam cawan kecil. Mak haya perlu disediakan 2 bekas sahaja. 1 bekas berisi air yang corongnya berlubang dan 1 bekas kosong untuk menadah air.

Dan, kalian percayalah anak akan berulang kali menuang air sehingga mereka bosan. Permainan kolam mandi begini mengasah kemahiran anak untuk fokus dan menguatkan genggamannya.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Float and Fill – Mak isi kolam atau besen dengan air dengan pelbagai jenis permainan. Kemudian beri peluang untuk anak pilih objek mengikut bentuk dan saiz kegemarannya. Selepas memilih, minta anak memasukkan objek tersebut ke dalam bekas yang disediakan.

Peringatan!

Demi keselamatan anak kecil kalian, Mak dan Ayah dinasihatkan supaya tidak pernah meninggalkan anak bersendirian tanpa pengawasan sewaktu bermain dengan air.

Selamat bermain dengan air di dalam kolam mandi!

Pertama Kali Mewarna Pada Tanah Liat

“Kakak! Mana water color tadi? Adik ambil ke?”

Jerit saya dalam keadaan cuak sambil tengok dan membelek persekitaran Aysar. Masa tu, Adelia dalam bilik air sedang mencuci kaki dan tangan selepas selesai mengecat.

Kalau Aysar ambil water color tu memang huru-hara, comot satu rumah nanti. Adelia keluar dari bilik air dengan muka selamba dan berkata,

“Kakak dah simpan tadi lah. Tu.. Atas almari buku. Mama tak nampak ke Kakak letak? Mama, Mama..”

“Huh, lega Mama. Bila masa Kakak letak?”

“Itulah Mama, tengok lagi handset”

Dusshhh..saya terkena! Adelia ni, depan orang pemalu sangat. Tapi kalau dengan saya, mulutnya becok macam keretapi laju

miasowi.com

Aktiviti Anak : Jom belajar Tentang Lidah

Sambil tengok tv, Adelia bermain dengan lidahnya. Tiba-tiba dia menjerit.

“Mama, kenapa lidah Kakak ada biji-biji?”

“Kakak baru tahu ke?”

“Tak tahu”

“Haa, tu lah bentuk lidah. Memang macam tu dan kasar kalau kita pegang. Tu tanda lidah kita sihat.”

Saya pun terus terlintas untuk melukis gambar lidah dan berkongsi fungsi lidah. Gambarnya seperti di bawah.

Jangan gelak, tau! Kalau cantik, dah lama jadi pelukis jalanan. Haha.

Jadi, saya menerangkan setiap bahagian lidah dan makanan tertentu bagi memudahkan kefahamannya.

Itu lah, dalam mendidik anak ni tidak perlu pun formal sangat. Kena duduk atas kerusi, menulis di meja, tulisan kena cantik dan sebagainya.

Yang penting anak faham dan boleh praktikkan teori tu. Dan paling best, anak enjoy dan teruja sampai ke dapur cari gula dan garam untuk test deria rasa lidahnya.

Gitu.

Mia Sowi,
Dulu belajar kat sekolah pasal lidah ni. Anak sekarang belajar di rumah je. Perubahan masa.

MIA SOWI
aktiviti anak : Jom Belajar Tentang Lidah