Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak

Ada pelbagai permainan yang boleh membina imaginasi anak-anak. Namun, ia perlu merangsang deria untuk membantu dan membimbing anak-anak supaya belajar dan latih fokus.

Bermain dengan pelbagai tekstur menggalakkan rasa tenang dan memberi sentuhan tersendiri. Terdapat banyak permainan di pasaran seperti permainan plastisin, permainan pasir dan sebagainya.

Permainan Terbaik Di Rumah Untuk Meningkatkan Sensori Anak
Aysar enjoy main tepung

Semasa pertemuan terbaru dengan ahli terapi, cikgu Aysar pesan suruh banyakkan aktiviti sensori. Sebenarnya dah setahun Aysar menjalani terapi cara kerja, ada progress. Alhamdulillah. Cuma sensorinya masih kurang.

Jadi, saya dan Kakaknya, Adelia, kerap ajak dia main tepung gandum. Rumah sepah, memutih? Abaikan je. Haha. Bermain dengan tepung memberi pengalaman yang tersendiri dan ia menawarkan perasaan yang berbeza.

Muka puas dapat putihkan meja Mama yang hitam tu

Kalau perhatikan anak-anak yang suka sentuh sana sentuh sini, lepas tu sentuh lagi. Itu tanda anak yang tak cukup sensori. Anak tak puas merasa. Deria dia belum cukup ‘kenyang’. Atau erti kata lain, dia tak dapat meneka atau tak dapat pastikan objek tu lembut ke, keras ke, tajam ke, lembik ke, panas ke, sejuk ke.

Ini aktiviti yang boleh merangsang sensori anak ;

1. Bagi main pasir/play doy
2. Bagi main water color dan cop jari jemari
3. Bagi main pengepit baju
4. Bagi main knob puzzle
5. Bagi main menampal kertas warna

Play n’ Learn

Setiap anak sangat unik. Jadi, Mak dan Ayah perlu kreatif untuk menarik minat anak bermain dalam keadaan belajar. Ia sangat membantu mereka membesar. Oleh itu, sebagai Mak dan Ayah wajib meneroka pilihan mainan untuk merangsang anak gembira, fokus dan belajar.

Semoga bermanfaat 

Mia Sowi,
Suka masa main, tapi selalu ngelat masa nak kemas. Haha.