Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Kalau Mak tengok anak tidak tenang dan merengek tanpa sebab, mungkin kerana perutnya kembung. Sebenarnya anak berumur 3-4 bulan adalah normal jika mengalami kembung perut. Hal ini kerana ususnya belum berfungsi dengan sempurna.

Selain itu, apabila sudah berusia 6 bulan ke atas, bayi ini juga akan kerap berasa tidak selesa pada perut. Ia disebabkan oleh makanan pejal sudah diperkenalkan kepadanya.

Simptom Perut Kembung

Dalam perut mengandungi gas atau udara, ia menjadi masalah apabila gas itu berlebihan. Pada orang dewasa atau anak yang sudah besar, gas tersebut mudah dikeluarkan. Iaitu melalui kentut atau sendawa. Tetapi pada anak kecil, mereka memerlukan bantuan utk mengeluarkan gas dari perutnya.

Cara Mengatasi Kembung Perut Bayi

Salah satu, simptom yang boleh diperhatikan oleh Mak untuk mengetahui samada bayi kembung adalah melihat pegerakan badannya. Jika anak kecil kalian menggeliat dan kakinya menendang-nendang berulang kali, itu lah tanda perutnya tidak selesa.

Ataupun, Mak boleh lihat pada jari-jemari anak. Jika bayi sedang menggeliat sambil menggenggam jarinya, ia bermakna sedang mengalami kembung perut.

Tips Untuk Atasi Kembung Perut Pada Bayi

  1. Baringkan bayi secara terlentang. Kemudian angkat kakinya dan gerakkan seperti aksi mengayuh basikal. Teknik ini boleh membantu mengeluarkan gas dari perut bayi.

2. Urut perut bayi dengan menggunakan balm Tasneem Naturel secara perlahan-lahan dengan mempraktikkan urutan ‘I Love U’. Ia juga boleh menggantikan minyak telon.

3. Bayi perlu diberi susu sebelum mereka berasa lapar. Ini kerana untuk mengelakkan angin masuk semasa bayi sedang menangis kelaparan. Posisi badan bayi ketika menyusu harus sedikit tegak supaya susu masuk ke dalam perut secara perlahan-perlahan dan selamat.

Kembung perut pada bayi yang berlarutan juga mungkin simptom terjadinya masalah pada bahagian pencernaan. Kalian usah panik jika perut bayi mengeras kerana kembung Cuba dahulu beberapa tips seperti di atas.

Namun, jika bayi kalian masih mengalami kembung perut dalam tempoh yang lama, sila bawa berjumpa dengan doktor.

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema

Sudah pasti Mak lah orang yang paling tak senang duduk apabila anak demam. Ye lah, risau tak perasan tiba-tiba suhu naik mendadak. Kalau tengah malam memang tak lena tidur. Lagi haru kalau demam berpakej dengan batuk dan selsema.

Sebenarnya demam masa batuk dan selsema, masa tu badan tengah bertarung dengan kuman. Itulah punca batuk dan selsema. Normal bila suhu tinggi dalam 1-2 hari.

Langkah Yang Perlu Diambil Jika Anak Demam dan Selsema

Dan biasanya suhu naik tengah malam antara jam 12-4 pagi kerana masa ni kuman aktif. Jadi jangan pelik kalau siang badan anak sejuk, malam suhu mencanak naik.

Jom kita tengok langkah yang boleh diambil oleh Mak dan Ayah untuk memantau keadaan anak yang demam semasa di rumah.

Termometer

Demam Biasa

“38-38.3 darjah selsius”

Demam Berjaga

“38.5-38.9 darjah selsius”

Demam Panas

“38.9 darjah selsius”

Seharusnya setiap keluarga wajib menyediakan termometer di rumah, yang digital lebih baik. Ia sebagai langkah berjaga-jaga dan mudah untuk dipantau semasa di rumah.

Sebaiknya Mak perlu menyukat suhu badan anak setiap 2 jam untuk memastikan kepanasan badan anak terkawal. Jika keadaan anak tidak bermaya dan lemah, lekas bawa anak berjumpa dengan doktor.

Bubur nasi

Anak kecil yang demam memang tidak lalu untuk makan. Namun, Mak boleh sediakan bubur nasi yang berkhasiat untuk anak. Elakkan perut anak kosong kerana ia akan mengakibatkan gas banyak di dalam perut.

Vitamin C

Sesetengah anak yang demam, mulut mereka tawar dan payau. Kemungkinan besar tiada selera untuk makan. Jadi, Mak boleh beri vitamin C kepada anak sebagai makanan tambahan untuk memberi tenaga.

Air

Kadar pengambilan air kosong sangat membantu dan diperlukan oleh tubuh badan anak kecil. Tambahan pula ketika demam, air wajib diambil oleh anak kecil untuk mengelakkan badan kekurangan air, dehidrat.

Bagi anak bawah usia 4 tahun, pengambilan air dengan kadar 4-5 gelas sehari. Ia bersamaan 1 liter air kosong.

Balm Bayi

CF Rub boleh dijadikan ubat alternatif untuk Mak sekalian. Ia boleh bantu dalam merawat dan mengawal suhu anak yang demam, batuk dan selsema. Boleh disapu pada dahi anak.

Dalam CF Rub ada minyak kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Juga ada essential oil tea tree yang bantu melawan kuman dalam badan.

Jadi, kahak dalam dada anak akan cair, ia akan keluar melalui najis atau muntah. Oleh itu, selsema dan batuk anak akan cepat sembuh. Anak lebih selesa bernafas. Mak pun senang hati.

Sapu Tangan / Kain Bersih

Teknik sponging sangat berkesan dalam mempercepatkan turunnya suhu badan. Dengan menggunakan kain bersih dan rendam dalam air kemudian lap ke bahagian pelipat seperti siku, peha, lutut dan ketiak.

Semua Mak dan Ayah ingin melihat anak sihat dan ceria, sama-sama kita doakan sejahteraan untuk mereka.

Pengedar Tasneem Naturel Johor Bahru

Hari ini kita berkenalan dengan ejen Tasneem Naturel yang jauh nun di selatan tanah air, Johor Bahru. Namanya Farha. Farha merupakan seorang Eksekutif Kanan Hartanah di sebuah syarikat pemaju. Farha mempunyai 3 orang anak iaitu Faatih, Khaleeda dan Ferhaad.

Pengedar Tasneem Naturel Johor Bahru

Farha gemar memuatnaik di laman sosialnya tentang perbualan bersama anak perempuan tunggalnya, Khaleeda dengan hashtag dialogmisskhaleeda.

Walaupun Farha mempunyai pekerjaan tetap, tetapi Farha mempunyai minat mendalam dalam perniagaan online. Perniagaan pertama Farha adalah perniagaan tudung custom made jenamanya sendiri iaitu Lil’AisyaRisya.

Farha gigih menerima tempahan, mereka design dan menjahit tudung mengikut citarasa pembeli. Suatu pekerjaan yang leceh dan memakan masa yang lama. Namun, sejak melahirkan anaknya yang kedua, aktiviti menjahit tudung ini terpaksa dikurangkan akibat kengkangan masa.

Malam pertama cubaan menggunakan Sleep Time, Farha mampu tidur lena hingga ke pagi! Subhanallah!

Farha lantas mencuba Calm pada anak sulungnya yang mild autism, T Rub pada Khaleeda yang memang ada masalah berak sembelit, CF Rub ketika anak-anaknya demam selsema dan Skeenz apabila digigit nyamuk. Alhamdulillah kesemua balm Tasneem Naturel ini serasi dengan Farha sekeluarga.

Lantas apabila terdapat promo menjadi ejen pada akhir Julai 2018, Farha tanpa teragak-agak mendaftar menjadi pengedar tasneem naturel dan kini giat menyebarkan kebaikan produk Tasneem Naturel kepada orang lain.

Jika ingin dapatkan balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Johor Bahru, boleh hubungi Farha di Whatsapp. Ataupun boleh juga jenguk kedai Farha di Shopee. Jika ada masa terluang, meh singgah di FB Page Tasneem Naturel Johor Bahru.

Pengedar Tasneem Naturel Seberang Perai

Assalamualaikum dan selamat berkenalan.

Nama saya Salina binti Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Ina sahaja. Saya berumur 29 tahun. Saya merupakan anak ke lima daripada lapan orang adik beradik. Saya menetap di Pulau Pinang bersama keluarga. Saya mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berumur 3 tahun. Sementara nak membesar ni bermacam-macam telatahnya.

Pengedar Tasneem Naturel Seberang Perai

Ina bekerja sebagai Pembantu Am di sebuah kilang swasta di kawasan perindustrian Juru. Dah berkhidmat selama 6 tahun, agak lama juga lah sebab tu boleh bertahan sehingga kini. Tiada kerja lain selain itu yang Ina lakukan. Zero lah katakan. Ingin mencuba tapi rasa takut sebab tidak pernah menceburi sebarang bisnes online.

Hobi Ina paling simple tapi agak rengah lah juga nak lakukan. Tidak semua Mak suka lakukan. Hehe. Suka sangat memasak, pantang saja jumpa resepi baru pasti nak cuba. Bab mengemas rumah ni kita aja yang lakukan. Kalau suami yang buat, mula rasa tidak puas hati. Haha.

Masa yang terluang akan dihabiskan bersama-sama keluarga. Apa yang penting ibu bapa diutamakan selagi mereka masih ada. Bila ada masa terluang ina serta keluarga selalu beriadah bersama-sama. Sama ada keluar membeli-belah mahupun berkelah.

Pertama kali menceburi bisnes online pada tahun 2018. Masa tu tak berapa serius sebab ingin mencuba aja. Itu pun kosong-kosong pengetahuan tentang bisnes online.

Mula mengenali Tasneem Naturel melalui Facebook. Sebab ada terbaca post yang mengatakan sesiapa yang ingin buat kerja part time dengan untung bersih RM 12. Waktu tu terus timbul rasa minat dan ingin mencuba yang semakin mendalam. Bak kata pepatah “tidak kenal maka tidak cinta”.

Pada Julai 2018, bulan pertama menjadi agen setelah berjaya mendaftar diri menjadi pengedar Tasneem Naturel yang sah di sekitar Penang. Ataupun lebih tepat di kawasan Bukit Minyak, Seberang Perai, dan Simpang Ampat.

Untuk mendapat balm Tasneem Naturel boleh hubungi Ina di Whatsapp. Jika ada masa yang terluang bolehlah singgah di IG Ina, Anak Ceria dan Sihat dan FB Salina Yahaya. Sebarang perkhidmatan pembelian balm secara COD, boleh sahaja dialu-alukan, di sekitar Bukit Minyak dan Simpang Ampat.

Balm Tasneem Naturel Sesuai Untuk Bayi Yang Susah Tidur Malam

Setiap pasangan Mak dan Ayah mendambakan tidur malam yang lena. Namun, ia hanyalah impian semata-mata apabila kalian sudah mempunyai anak kecil. Hihi.

Kerapkali dapat rungutan daripada Mak dan Ayah yang terpaksa bersengkang mata pada malam hari kerana ada anak yang susah tidur malam. Kadang-kadang tu, bayi yang selalu terjaga malam dan susah untuk tidur semula.

Balm Tasneem Naturel Sesuai Untuk Bayi Yang Susah Tidur Malam

Kalian juga begini?

Jangan risau ia adalah satu proses yang normal. Tetapi, harus diambil langkah agresif supaya anak kecil tidak terbiasa dengan jadual tidur sebegitu. Ia boleh menganggu perkembangan emosi anak itu sendiri.

Sleep Time Balm bukan ubat tidur

Balm Sleep dari Tasneem Naturel ini berfungsi untuk memudahkan anak kecil tidur dengan lena. Dan, ia bukanlah ubat tidur.

Balm ini mengandungi minyak pati dari tumbuhan yang terpilih untuk membantu meningkatkan dan menstabilkan hormon tidur-jaga dalam badan anak kecil.

Salah satu essential oil yang digunakan adalah lavendar. Fungsi lavendar sudah diketahui umum iaitu memberi ketenangan secara semulajadi.

Selain itu, Cedar, Vetiver, Ylang Ylang, Marjoram dan Oren, antara minyak pati yang digunakan untuk membantu anak kecil supaya tidur lebih lena, nyenyak dan lama.

Sleep Time ini didatangkan dengan 3 bentuk – balm, mandian, roll on – yang berbeza tekstur. Ia membantu untuk memudahkan para Mak menggunakan Sleep Time ini mengikut keselesaan semasa.

Sleep Time Roll On

Menimbulkan mood tenang dan selesa sebelum tidur

Ia menggalakkan rehat yang secukupnya dan memberi kepuasan semasa tidur

Sleep Time Body Wash

Sesuai digunakan sebelum anak masuk tidur.

Ia memberi pengalaman mandi dengan perasaan yang tenang dan tidak mengeringkan kulit.

Sleep Time Balm

Mudah dibawa travel hanya perlu tumpang sedikit ruang kecil di dalam handbag vogue Mak.

Perlu dicalit sedikit sahaja sudah mencukupi. Sapu pada bahagian yang disarankan.

Apa kata pengguna Sleep Time dari Tasneem Naturel?

Percubaan kedua malam tadi..ok sangat. mood nak tidur, anak ok je lepas sapu sleep balm tu nyenyak sampai pagi. Tak terjaga pon, tak meragam macam selalu.

– Pengguna Sleep Time Balm, Malaysia

Anak saya dah lepas makan, nak tidur.Urut kaki, belakang telinga, terus tidur. Lama tidur, dari 8.30 malam hingga 6.56 pagi.

– Puan Zue

Alhamdulillah, lepas beli balm, anak dah tak meragam malam. Lena je tidur. Berjaga malam pun sekali dua je untuk susu. Pastu lena balik.

Dah habis nanti, boleh repeat order lagi.

– Pengguna Balm Tidur, Malaysia

Jika kalian ingin dapatkan balm Sleep Time ini , RM49, boleh klik terus pada gambar Whatsapp di bawah ini

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Ramai di kalangan Mak yang risau dengan biji-biji merah halus yang muncul pada bayinya. Ye lah, Mak mana yang boleh tahan tengok dan dengar anak kecil mereka merengek dan tidak selesa.

Kebanyakan bayi yang baru lahir kulit mereka sangat lembut, halus dan gebu. Namun, kulit nipis ini terlalu sensitif dengan sebarang perubahan. Baru saja discaj wad, naik bintik-bintik. Ataupun dipanggil dengan ruam bayi.

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Selalunya anak kecil tak tahan dengan panas dan peluh mereka. Akibatnya naik merah-merah gatal, di bahagian pelipat contohnya leher, siku, pipi, peha dan sebagainya.

Jenis Ruam Bayi

  1. Cradle cap
  2. Ekzema
  3. HFMD
  4. Hives
  5. Jerawat neonatal
  6. Ruam susu
  7. Ruam lampin
  8. Ruam panas

Kadang-kadang ada Mak yang acuh tak acuh untuk mencuba krim-krim ruam di pasaran. Bukan apa, risau dengan bahan yang digunakan di dalam krim tersebut. Mungkin ada bahan kimia terlarang dan pewangi yang sintetik.


Ruam susu pada pipi membuatkan bayi tidak selesa dan Mak Ayah perlu cari cara menghilangkan ruam secepat mungkin

Antara bahan kimia yang perlu dijauhi dan dikhuatiri boleh menyebabkan iritasi pada kulit adalah paraben, triclosan, mineral oil dan sebagainya.

Rawat Ruam Dengan Skeenz

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Tasneem Naturel telah mengeluarkan 1 balm khas untuk merawat kulit sensitif, Skeenz. Ia berasaskan bahan semulajadi dan essential oil terpilih khusus untuk menyelesaikan masalah gatal-gatal pada kulit.

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Balm ini menjadi pilihan ramai Mak dan Ayah yang prihatin dengan nilai kesihatan anak masing-masing. Skeenz diperakui selamat dan ada kelulusan daripada KKM.

Vitamin E, Argan Oil, Sunflower Seed Oil, Rosemary, Beeswax, Shea Butter, Olus Oil dan Blackcurrant Oil ini adalah bahan yang banyak membantu dalam merawat kulit supaya kembali pulih sedia kala. Dan, yang penting bahan premium ini selamat digunakan oleh bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Balm Skeenz ini sesuai untuk masalah kulit seperti ekzema pada bayi, ruam susu, ruam di muka, ruam lampin, ruam di badan, kulit melecet, kulit sensitif, gatal akibat kena gigitan nyamuk dan sebagainya. Ini antara respon Mak dan Ayah yang pernah guna balm Skeenz.

Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Ni masa hari ke5 pakai skeenz. So, sekarang jangan cakap lah. Kulit my princes dah flawless.

– Pengguna Skeenz, Malaysia
Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Tengok ni (gambar pertama) sebelum pakai Skeenz. (Gambar kedua) ni gambar selepas 6 hari pakai Skeenz.

-Pengguna Skeenz, Malaysia
Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Memang elok pakai, kalau kena gigit nyamuk ke, kesan merah tu mudah hilang. Anak biras tak boleh kena habuk, mesti naik merah-merah. Guna Skeenz je sapu mesti hilang.

– Mama Baby, Malaysia
Hilangkan Ruam Bayi Secara Semulajadi dengan Balm Skeenz

Balm Skeenz ni tidak panas dan tidak pedih walaupun digunakan oleh bayi seawal lahir. Sesuai digunakan 2 kali sehari pada setiap kali selepas mandi.

Balm ini boleh didapati melalui agen sah Tasneem Naturel di seluruh Malaysia. Untuk tempahan secara online boleh klik button di bawah, +6017 984 5321.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Aimi Azam nama glamor yang selalu digunakan dalam media sosial. Anak kelahiran negeri Pahang ini kini menetap di Kluang, Johor. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA di Kluang. Aimi juga merupakan seorang ibu anak dua dan menjalankan perniagaan online sejak 4 tahun lalu.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Inilah saya, Puan Aimi, seorang pensyarah di Kluang

Jika dilihat di dalam Facebook dan Instagramnya, Aimi gemar berkongsi mengenai hal-hal aktiviti bersama keluarga terutama keletah-keletah anak-anaknya atau Aimi gemar menceritakan halnya bersama para pelajar nya di kolej. Aimi juga seorang yang suka membaca, dan menonton CD movie.

Minat di dalam perniagaan telah mula bertapak sedari Aimi menuntut di universiti di utara tanah air. Kemampuan keluarga yang terbatas untuk membantu menampung yuran pengajian menggalakkan Aimi mencari alternatif tersendiri untuk membiayai yuran.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Antara koleksi buku yang Aimi miliki buat masa sekarang

Bermula dengan mengambil upah kecil-kecilan membuat frame 1000 pieces jig saw puzzle kerana minat Aimi yang sangat tegar dengan permainan tersebut.

Kemudian Aimi mula mengambil upah sebagai ‘editor’ assignment kepada teman-teman sekampus. Katanya mungkin kerana sikap Aimi yang terlalu ‘cerewet’ dan ‘details’ dalam memeriksa dan membuat tugasan. Perniagaan ini paling mendapat sambutan ketika Aimi menyambung peringkat Sarjana sebagai ‘editor’ pelajar-pelajar Ijazah.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Gambar kenangan semasa Aimi menyambung pelajaran di peringkat sarjana

Perniagaan online Aimi bermula dengan cubaan menjual handbag tetapi bertahan dalam setahun sahaja kerana komitmen terhadap pekerjaan tetap. Kemudian, menyambung semula 2 tahun lalu dengan perniagaan barangan bayi secara dropship.

Aimi menyertai banyak jenis dropship barangan bayi dari pelbagai agen, ia telah memberi cabaran kepada Aimi. Salah satunya adalah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana kesilapan supplier.

Dalam tempoh tekanan itulah, Aimi mula ternampak iklan pencarian dropship yang dibuka dengan yuran serendah RM20 sahaja, pada ketika itu. Tertarik dengan iklan yang dinyatakan, Aimi menyertai group tersebut melalui Whatsapp Group.

Bermulalah perkenalan mengenai balm Tasneem Naturel. Bertindak dengan mencuba 1 set balm Tasneem Naturel, Aimi mula jatuh hati menjadi agen Tasneem Naturel apabila salah satu balm telah berkesan kepada anaknya yang mengalami sembelit. Dengan niat ingin berkongsi manfaat bersama, Aimi sebarluaskan kebaikannya melalui bisnes ini.

Oleh itu, bermula Disember 2017, Aimi mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Kluang dan Batu Pahat.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Kluang, boleh hubungi Aimi di Whatsapp. Ataupun boleh juga jenguk kedai Aimi di Shopee. Jika ada masa terluang, meh singgah di FB Page Tasneem Kluang.

Urutan Untuk Atasi Bayi Selsema

Saat paling sukar yang yang ditempuhi oleh kebanyakan Mak dan Ayah muda ialah bayi mereka selsema untuk pertama kali. Apabila hidung tersumbat, bayi akan berasa tidak selesa dan mengalami masalah untuk menyusu.

Memang tidak duduk senang kalian melihat bayi serba tidak kena. Nak diberi ubat, tidak digalakkan kerana masih kecil. Jadi, untuk mengawal emosi anak kecil, Mak dan Ayah perlu duduk bertenang dan sentiasa berada dengan bayi.

Ada beberapa langkah mudah untuk beri anak kecil selesa walaupun dalam keadaan hidung tersumbat.

Boleh rujuk gambar sebagai panduan urutan. Cara urutan untuk atasi bayi selsema ni sangat mudah dan tidak mengambil masa yang banyak.

Selain itu, Mak digalakkan untuk menggunakan minyak telon ataupun balm bayi agar anak kecil berasa selesa dan tenang semasa proses mengurut.

Langkah 1

Tuang sedikit minyak ke tapak tangan, atau calit balm bayi Tasneem Naturel, kemudian gosok pada dada anak kecil. Lakukan urutan dalam bentuk jantung, simbol love. Urutan juga perlu dibuat dalam keadaan lembut dan penuh kasih sayang.

Semasa mengurut dan melakukan pergerakan bentuk love pada dada bayi, Mak boleh menenangkan bayi dengan dodoian lagu kegemarannya.

Langkah 2

Kali ini, pada dada anak kecil, buatkan pergerakan tangan yang menyilang. Urutan ini berganti-ganti, tangan kanan disilang ke dada kanan bayi, manakala tangan kiri disilang ke dada kiri bayi, dan terus ke bawah dada.

Langkah 3

Dengan menggunakan 2 jari telunjuk, letakkan pada bahagian atas hidung. Lakukan urutan dengan lembut dan perlahan-perlahan dari atas ke bahagian bawah mata.

Kemudian, sambung terus pergerakan ke belakang telinga dan akan berhenti di leher.

Langkah ini perlu diulang sebanyak 3 kali.

Langkah Tambahan

Tiarapkan posisi badan anak kecil supaya mudah untuk mengurut di bahagian belakang dada. Sebaiknya anak kecil tidak berbantal dan hanya ditiarapkan di atas kain alas yang lembut. Ia sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak tertutup bahagian pernafasannya.

Mak boleh mula melakukan jenis urutan bentuk love yang sama pada bahagian belakang dada bayi.

Mak dan Ayah boleh tonton video berdurasi 1 minit ini untuk lebih memahami teknik urutan untuk atasi bayi selsema.

Selesai urutan untuk atasi bayi selsema. Mudah saja, kan? Apabila bayi hidung tersumbat, atau selsema, Mak dan Ayah boleh melegakannya dengan mempraktikkan cara urutan ini.

Semoga perkongsian urutan untuk atasi bayi selsema ini dapat memberi manfaat kepada ramainya Mak dan Ayah. Sebagai seorang Mak, saya memahami bagaimana situasi sebenar menjaga anak kecil semasa mereka tidak sihat.

Kalian pernah mencuba cara urutan ini, jom kongsikan pengalaman di sini.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Sejak awal 2016, ramai yang mula mengetahui kebaikan essential oil. Ia seolah-olah memberi jalan alternatif dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kesihatan. Essential oil juga banyak membantu untuk menstabilkan emosi, menimbulkan rasa ketenangan dan menghilangkan mood stress.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Mengapa Essential Oil?

Essential oil ini mempunyai aroma tersendiri. Namun, ia bukan minyak wangi. Ia merupakan bahan ekstrak daripada tumbuhan dalam bentuk cecair yang sangat pekat dan mudah meruap. Walaubagaimanapun, ia selamat digunakan tanpa ada kesan sampingan.

Essential Oil dapat menyokong sistem dalam badan agar dapat berfungsi secara optimum. Ia mengandungi bahan kimia aktif yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Contohnya, essential oil ini menyokong sistem pernafasan, aliran darah dan otot. Ia juga membantu menyelaraskan emosi dan mood agar lebih teratur. Ia juga akan mendorong seseorang untuk lebih cergas dan produktif.

Di dalamnya essential oil ini, ada molekul yang sangat halus dan mudah diserap masuk ke dalam salur darah, membolehkannya dibawa ke seluruh badan dan juga otak bagi memberikan kesan yang diingini.

Bagaimana Untuk Menggunakan Essential Oil?

Essential oil ini perlu meresap ke dalam kulit untuk mendapat fungsi tersendiri. Ini 2 cara yang boleh diikuti :

  1. Topical (sapuan)

Ini bermaksud sapuan serta urutan pada kulit.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Untuk penggunaan pada anak kecil, essential oil ini perlu di ‘dilute’ (cairkan) terlebih dahulu. Proses dilution ini juga tidak menghilangkan zat atau khasiat essential oil tadi. Malah, ia lebih banyak untuk di sapu pada kawasan yang lebih besar.

Yang menariknya, balm Tasneem Naturel tidak perlu dicairkan dan boleh terus disapu pada anak kecil. Ia tidak panas, tidak melekit dan memberi keselesaan pada anak kecil.

2. Aromatically (bauan)

Cara bauan adalah cara yang paling senang untuk mendapat manfaat essential oil. Cuma plug in diffuser dengan essential oil kegemaran dan boleh menikmati aroma essential oil yang menenangkan.

Khasiat Essential Oil Dalam Rutin Harian

Lebih menarik lagi, essential oil mampu merangsang ‘amigdala’ iaitu bahagian otak yang dipanggil ‘pusat emosi’ di mana semua emosi (sedih, marah, kecewa, gembira) disimpan.

Keadaan seperti mudah cemas, kemurungan, autisme, fobia, dan lain-lain sering dikaitkan dengan fungsi amigdala yang terganggu akibat pelbagai sebab.

Jadi, dengan menghidu atau sapu essential oil ini, ia akan membantu unutk melegakan ketakutan, tekanan, trauma, serta menaikkan mood dan minda yang lebih positif.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel, boleh dapatkan dengan klik button Whatsapp atau terus beli di Shopee

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan

Lin Jamal berasal dari Johor dan kini menetap di Seremban. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pernah memegang jawatan arkitek landskap di dua buah syarikat swasta sebelum meletakkan jawatan pada 2013.

Tidak betah untuk duduk diam di rumah, Lin mula berniaga di atas talian. Pernah menjual set cadar dan comforter, tudung, telekung, popia bersalut cheese, kad pintar anak-anak dan macam-macam lagi. Tapi semua dilakukan tanpa ilmu bisnes yang benar. Bak kata orang, main redah saja.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Lin Jamal bersama famili kecilnya

Sebenarnya Lin seorang yang gemar makan. Lihat saja post di facebook dan blognya, kebanyakannya mengenai makanan. Haha. Selain itu, Lin juga gemar melakukan aktiviti riadah. Ada masanya gemar untuk duduk di rumah saja. Duduk rumah pun tak menang tangan dibuatnya.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Buah Melaka dan karipap buat hidangan makan petang
Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Ini dah macam menu raya. Hihi

Mula mengenali Tasneem Naturel melalui adik iparnya yang kini menjadi ‘mak bisnes’. Bauan pertama yang membuatkan Lin jatuh cinta, Calm Time balm. Bau chamomile yang sangat menyenangkan. Di dalam hati berkata, mesti kena beli balm ni. Terasa serasi sangat dengan jiwa.

Sebelum ini, Lin memang sudah mencuba produk berasaskan minyak pati untuk kegunaan harian dan sangat sesuai dengan kulitnya yang agak sensitif dan kering. Tetapi disebabkan permintaan yang kurang ketika itu, Lin sukar mendapat stok.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Tasneem Naturel kini berwajah baru

Disebabkan minat dengan produk berasaskan minyak pati, tawaran untuk menyertai keluarga besar Tasneem Naturel disambut dengan tangan terbuka. Lagi pula ketika itu Lin tergapai-gapai dalam dunia bisnes. Alang-alang mencuba, baik kita sebarkan juga kebaikan produk ini kepada orang lain.

Maka, bermula Disember 2017, Lin mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Seremban dan Sendayan.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel oleh hubungi Lin di Whatsapp. Jika ada masa terluang, boleh lah singgah di blognya linjamal.blogspot.com dan FB Page Tasneem Sendayan.