Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Tiada yang menggembirakan Mak dan Ayah selain mendapat cahaya mata hasil daripada perkahwinan. Namun, terdapat banyak ilmu pengetahuan yang perlu digali oleh ibubapa untuk menguruskan bayi. Contohnya, penjagaan bayi seperti memandikan, menguruskan waktu tidur, dan keperluan sendawakan bayi baru lahir.

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Sebelum saya berkongsi cara sendawakan bayi, ingin saya menyebarkan kebaikan sendawa pada bayi.

  1. Elak kembung perut bayi
  2. Memudahkan bayi mendapat tidur yang nyenyak
  3. Meningkatkan mood ceria dan aktif pada bayi

Dalam proses untuk menyendawakan bayi, Mak dan Ayah perlu banyak bersabar. Adakalanya, anak kecil memerlukan masa untuk ‘burp’ angin yang terperangkap di dalam badannya. Jom ikuti langkah-langkah ini.

Guna Bahu Untuk Sandarkan Bayi

Dengan menggunakan sebelah tangan, dukung bayi dan sandarkan kepalanya rapat ke bahu Mak. Sementara tangan sebelah lagi, gosok secara membulat dan tepuk dengan 3 jari secara lembut dan perlahan.

Teknik ini boleh dilakukan samada posisi duduk atau berdiri. Kemungkinan besar bayi akan jeluak(muak) atau muntah susu sedikit, jadi sediakan tuala kecil di bahu Mak untuk mengelakkan dari baju basah/kotor.

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Pangku Bayi Di Atas Riba

Cara kedua adalah meletakkan bayi di atas riba Mak dengan menggunakan lengan untuk menyokong dada bayi. Manakala jari tangan sebelah satu lagi untuk menepuk belakang badan bayi secara perlahan-lahan.

Lentokkan badan sedikit ke hadapan untuk memudahkan sendawa. Bagi memastikan keselamatan bayi baru lahir, pastikan leher dan kepalanya disokong.

Tiarapkan Bayi Di Atas Paha

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Tiarapkan bayi di atas paha Mak secara melintang dan sokong dadanya dengan sebelah tangan. Pastikan bahagian kepala lebih tinggi berbanding badannya. Manakala tangan satu lagi, usap belakang badan bayi secara naik dan turun.

Namun, berhenti menyendawakan bayi sekiranya bayi kelihatan resah atau menangis. Selain itu, untuk memudahkan proses sendawa, boleh menggunakan balm bayi tasneem. Ia mengandungi essential oil untuk membuatkan perut bayi lebih selesa.

Mak dan Ayah juga boleh mengikuti video ini untuk lebih memahami cara sendawakan bayi baru lahir. Semoga bermanfaat.