Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Aimi Azam nama glamor yang selalu digunakan dalam media sosial. Anak kelahiran negeri Pahang ini kini menetap di Kluang, Johor. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTA di Kluang. Aimi juga merupakan seorang ibu anak dua dan menjalankan perniagaan online sejak 4 tahun lalu.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Inilah saya, Puan Aimi, seorang pensyarah di Kluang

Jika dilihat di dalam Facebook dan Instagramnya, Aimi gemar berkongsi mengenai hal-hal aktiviti bersama keluarga terutama keletah-keletah anak-anaknya atau Aimi gemar menceritakan halnya bersama para pelajar nya di kolej. Aimi juga seorang yang suka membaca, dan menonton CD movie.

Minat di dalam perniagaan telah mula bertapak sedari Aimi menuntut di universiti di utara tanah air. Kemampuan keluarga yang terbatas untuk membantu menampung yuran pengajian menggalakkan Aimi mencari alternatif tersendiri untuk membiayai yuran.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang
Antara koleksi buku yang Aimi miliki buat masa sekarang

Bermula dengan mengambil upah kecil-kecilan membuat frame 1000 pieces jig saw puzzle kerana minat Aimi yang sangat tegar dengan permainan tersebut.

Kemudian Aimi mula mengambil upah sebagai ‘editor’ assignment kepada teman-teman sekampus. Katanya mungkin kerana sikap Aimi yang terlalu ‘cerewet’ dan ‘details’ dalam memeriksa dan membuat tugasan. Perniagaan ini paling mendapat sambutan ketika Aimi menyambung peringkat Sarjana sebagai ‘editor’ pelajar-pelajar Ijazah.

Pengedar Balm Tasneem Naturel Kluang

Gambar kenangan semasa Aimi menyambung pelajaran di peringkat sarjana

Perniagaan online Aimi bermula dengan cubaan menjual handbag tetapi bertahan dalam setahun sahaja kerana komitmen terhadap pekerjaan tetap. Kemudian, menyambung semula 2 tahun lalu dengan perniagaan barangan bayi secara dropship.

Aimi menyertai banyak jenis dropship barangan bayi dari pelbagai agen, ia telah memberi cabaran kepada Aimi. Salah satunya adalah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana kesilapan supplier.

Dalam tempoh tekanan itulah, Aimi mula ternampak iklan pencarian dropship yang dibuka dengan yuran serendah RM20 sahaja, pada ketika itu. Tertarik dengan iklan yang dinyatakan, Aimi menyertai group tersebut melalui Whatsapp Group.

Bermulalah perkenalan mengenai balm Tasneem Naturel. Bertindak dengan mencuba 1 set balm Tasneem Naturel, Aimi mula jatuh hati menjadi agen Tasneem Naturel apabila salah satu balm telah berkesan kepada anaknya yang mengalami sembelit. Dengan niat ingin berkongsi manfaat bersama, Aimi sebarluaskan kebaikannya melalui bisnes ini.

Oleh itu, bermula Disember 2017, Aimi mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Kluang dan Batu Pahat.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel di kawasan sekitar Kluang, boleh hubungi Aimi di Whatsapp. Ataupun boleh juga jenguk kedai Aimi di Shopee. Jika ada masa terluang, meh singgah di FB Page Tasneem Kluang.

Please follow and like ME :

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan

Lin Jamal berasal dari Johor dan kini menetap di Seremban. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pernah memegang jawatan arkitek landskap di dua buah syarikat swasta sebelum meletakkan jawatan pada 2013.

Tidak betah untuk duduk diam di rumah, Lin mula berniaga di atas talian. Pernah menjual set cadar dan comforter, tudung, telekung, popia bersalut cheese, kad pintar anak-anak dan macam-macam lagi. Tapi semua dilakukan tanpa ilmu bisnes yang benar. Bak kata orang, main redah saja.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Lin Jamal bersama famili kecilnya

Sebenarnya Lin seorang yang gemar makan. Lihat saja post di facebook dan blognya, kebanyakannya mengenai makanan. Haha. Selain itu, Lin juga gemar melakukan aktiviti riadah. Ada masanya gemar untuk duduk di rumah saja. Duduk rumah pun tak menang tangan dibuatnya.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Buah Melaka dan karipap buat hidangan makan petang
Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Ini dah macam menu raya. Hihi

Mula mengenali Tasneem Naturel melalui adik iparnya yang kini menjadi ‘mak bisnes’. Bauan pertama yang membuatkan Lin jatuh cinta, Calm Time balm. Bau chamomile yang sangat menyenangkan. Di dalam hati berkata, mesti kena beli balm ni. Terasa serasi sangat dengan jiwa.

Sebelum ini, Lin memang sudah mencuba produk berasaskan minyak pati untuk kegunaan harian dan sangat sesuai dengan kulitnya yang agak sensitif dan kering. Tetapi disebabkan permintaan yang kurang ketika itu, Lin sukar mendapat stok.

Pengedar Tasneem Naturel Sendayan
Tasneem Naturel kini berwajah baru

Disebabkan minat dengan produk berasaskan minyak pati, tawaran untuk menyertai keluarga besar Tasneem Naturel disambut dengan tangan terbuka. Lagi pula ketika itu Lin tergapai-gapai dalam dunia bisnes. Alang-alang mencuba, baik kita sebarkan juga kebaikan produk ini kepada orang lain.

Maka, bermula Disember 2017, Lin mendaftar menjadi Pengedar Tasneem Naturel yang sah sekitar kawasan Seremban dan Sendayan.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel oleh hubungi Lin di Whatsapp. Jika ada masa terluang, boleh lah singgah di blognya linjamal.blogspot.com dan FB Page Tasneem Sendayan.

Please follow and like ME :

Pengedar Tasneem Naturel Diperlukan

Belum terlambat untuk kalian menjadi sebahagian daripada pengedar Tasneem Naturel atau dikenali dengan TN Rangers!

Bermula 1 Disember 2018, modal yang diperlukan untuk menjadi pengedar Tasneem Naturel adalah RM400.

Tapi ada banyak kelebihan yang kalian boleh dapat :

1. 20% keuntungan runcit
2. Bonus 5-25% dari jualan
3. 10 unit balm
4. Flyers
5. Coaching marketing

Pengedar Tasneem Naturel Diperlukan

Selain itu, dengan menjadi pengedar Tasneem Naturel, kalian akan mendapat  kos pos, ID, dan kad keahlian.

Best kan?

Dan paling best, pakej untuk menjadi pengedar Tasneem Naturel ini, kalian akan dapat bimbingan untuk memulakan bisnes hinggalah berjaya jana pendapatan impian.

Tapi kalian harus tahu, ia hanya bimbingan, bukan ‘pim pim pom’ magik, terus berjaya. Tidak! Hanya kalian sendiri yang akan merealisasikan impian itu.

Jadi, kalian boleh pilih nak sertai pengedar Tasneem Naturel dengan pilihan pakej ini dan hubungi saya segera di +60179845321.

Atau boleh juga klik link ini 

Mia Sowi,
Leader Tasneem Naturel

Please follow and like ME :