Jalan-Jalan Cari Makan : Dim Sum Cafe Greentown, Ipoh Perak

Di Ipoh ni ada satu restoran dimsum yang halal. Ada pelbagai menu masakan cina yang boleh didapati di kedai ni. Sebenarnya dah banyak kali saya datang sini, setiap kali ada keluarga yang singgah Ipoh, saya akan bawa ke sini. Baru ni saya datang sekali lagi, selepas COD balm Tasneem. Menu wajib makan kalau datang sini

Kalau datang Pantai Cahaya Bulan akan melalui deretan kedai batik. Perusahaan batik Kelantan banyak dilakukan di sekitar kawasan ini. Menariknya, pakaian batik ni seakan-akan melambai minta kalian masuk ke dalam kedainya. Haha. Mana taknya, tepi laut kan angin kuat. Apabila digantung hasil batik, memang cantik dan beralun-alun. Kalian yang lalu-lalang tak sah tak singgah kedai