Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Cak! Snap sikit. Bukti dah sampai restoran FizoMawar Kitchen

Itu hari adik saya mengajak cuba menu di FizoMawar Kitchen. Dah lama nampak kedainya di Tambatan Diraja Kota Bharu, cuma kali ni baru betul-betul nak singgah.

Restoran ni ada 2 tingkat, tempat makan terletak bahagian atas dan juga kaunter air. Manakala di bawah ada dapur dan tempat pembayaran. Anak-anak kecil suka lah kalau bab tangga ni. Boleh melompat sambil mengira. Hehe.

Lampu panjang-panjang menyinari tangga kami
Ruang makan yang dipenuhi dengan meja.
 Baby chair pun banyak, so tak risau kalau bawa anak kecil
Kaunter air terletak bahagian atas. Depan meja kami duduk

FizoMawar Kitchen ni memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Kawasan yang luas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan. Lepas tu, banyak juga disediakan kerusi anak kecil. Overall, selesa.

Kebanyakan menu berasaskan nasi ala thai, western food dan pelbagai jenis air. Malam tu, kami order Chicken Maryland, oblong dan pad thai. Sedap-sedap belaka. Yumms.

Kami juga buat pesanan air, teh o yen, borachinno dan thai cocoa ice blended. Paling saya minat dengan packaging air. Lain dari yang lain. Ada gaya tersendiri.

Variasi air dari FizoMawar Kitchen
Susah-susah je nak buka pengikat getah tu. 
Ambil straw, cucuk je plastik tu. Setel! Haha
Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Thai Cocoa Ice Blended

Kalau kawan-kawan nak cuba, boleh datang ke restoran ini yang terletak di Tambatan Diraja bersebelahan dengan Jabatan Kastam Kelantan.

Mia Sowi,
Beraso ‘telor’ ambo sebut teh o yen.

**disclaimer: bukan mencarut. Haha.

Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Please follow and like ME :

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Lamb Chop dari La Parra

Dua minggu sekali famili kecil saya akan membuat pesanan western food. Kali ini kedai La Parra menjadi pilihan kami.

Saat mula masuk kedai La Parra ini, full seated. Wow! Patutlah menjadi rekomen dari orang sekitar Ipoh. Kami disambut mesra oleh pelayan kedai dan ada 1 meja saja di depan kaunter dapur.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Meja penuh di La Parra

Kami membuat pesanan nachos dan french fries untuk pembuka selera. Ternyata, nachos adalah pilihan terbaik kepada peminat cheese. Hehe. Kepingan nachos itu sendiri rangup tak terhingga macam bunyi rantingan kayu kering yang dipatahkan. Hehe.

Manakala untuk hidangan utama, kami memesan grilled lamb chop dan grilled chicken chop. Air calamansi sejuk dan teh o panas pilihan untuk membilas tekak.

French Fries bersama sos cili dan mayonis
Nachos yang penuh dengan cheese
Chicken Grilled dari La Parra

Harga yang ditetapkan di Restoran La Parra ini berbaloi. Hidangan yang saya pilih pada malam tu berjumlah RM44.20 sahaja.

La Parra ini terletak di lot bangunan kedai berhadapan dengan Mydin Meru, Jelapang Perak. Jika kalian ingin mencuba kelainan, boleh singgah di kedai La Parra Ipoh.

Jalan-Jalan Cari Makan : La Parra Ipoh, Perak
Bahagian kitchen

Please follow and like ME :

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng

Kalau kalian tiada idea nak masak sarapan, boleh datang ke kedai ni. Kali kedua saya datang kedai ni dalam bulan yang sama. Hanya menu breakfast sahaja disediakan.

Hajat di hati nak makan nasi lemak tapi dah habis pula. Jadi saya menukar hidangan mee kari. Manakala en suami dan anak mee kicap berkuah kari dan sup.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kicap
Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Wan Corner Gopeng
Mee Kari

Sedia maklum, Perak memang terkenal dengan mee kari. Saya rekomen kalian perlu cuba mee kari ini. Tidak menyesal malah nak menambah berkali-kali. Hihi.

Wan Corner Gopeng adalah nama restoran ni. Masuk saja pekan Gopeng, terus jumpa deretan kedai lama. Dan kedai ini terletak di hujung deretan sebelum jumpa bulatan. Sebab tu namanya corner.

Selamat mencari.

Mia Sowi,
Suka review makanan.

Please follow and like ME :

JALAN-JALAN CARI MAKAN : KERANG REBUS DI TAIPING

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus

Setahun mengidam nak makan kerang rebus. Akhirnya en suami menunaikan impian cik puan isteri tercinta yang mengalahkan Mak mengandung. Hehe.

Dari Ipoh sampai ke Taiping dia bawa keluarga kecil kami.

Sedia maklum, Taiping berhampiran dengan Kuala Sepetang yang terkenal dengan aktiviti menyauk kerang.

Apa lagi, memang kerang ni saya hadap seorang je. En suami memang tak menggemari makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan sebagainya. Memang syok lah.

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus

Sepinggan ni RM6 dapat kerang yang memang fresh. Kata orang yang suka makan seafood, cara nak cek kerang fresh, dalamnya masih ada lendir dan isi kenyal. Ternyata, yang saya makan masih fresh.

Cara makan kerang rebus ni agak berbeza dari tempat lain. Ia dicicah dengan kuah rojak. Mula-mula macam pelik, tapi saya layan je. Hehe.

Cuti sekolah ni, kalau tak ada hala tuju, boleh datang ke food court sebelah Balai Bomba Taiping, Perak.

Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Jalan-jalan cari makan : Gerai Kerang Rebus
Please follow and like ME :

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN ASAM PEDAS & BBQ

Itu hari saya mengikut keluarga mertua ke Johor untuk memeriahkan acara konvokesyen adik ipar. Lama sangat dah tinggal aktiviti belajar di universiti ni. Sempat juga lah terimbau kenangan dulu-dulu masa waktu belajar. Hehe.

MIASOWI.COM
jalan-jalan cari makan : ini tujuan asal, celebrate konvokesyen bapa saudara mereka ni

Selesai aktiviti konvokesyen, pada sebelah malamnya, kami sekeluarga sempat singgah di Restoran Asam Pedas & BBQ. Mula-mula ingat tipikal kedai makan yang menawarkan servis bbq. Ala, macam sedia pemanggang elektrik di atas meja. Haha.

Sekali tengok, 2 pintu rumah kedai dan corner yang panjang untuk restoran ni.

MIASOWI.COM
jalan-jalan cari makan : keadaan luar kedai

Lagi best, bahagian luar tu ada persekitaran yang sangat cantik, bersih dan menenangkan mata memandang. Siap tersilap, ingatkan di taman hijau. Hehe.

Restoran ni menerapkan landskap garden view untuk ruang bbq. Malam tu pergi agak tenang dan tak sibuk. Jadi, anak-anak memang seronok berlari sana sini. Tambah pula ada kolam hiasan kecil di tengah laman.

Ruang luar tu juga ada gazebo dan setiapnya ada set pemanggang mudah alih yang baranya telah dihidupkan terlebih dahulu.

Bahagian dalam restoran yang luas dan terdapat beberapa meja panjang dan bulat. Khas untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan dan ramai.

Hiasan dalam kedai juga menarik, ada jala yang dibentangkan di ruang dinding. Selain itu, dipamerkan sekali sijil kebersihan kedai, tahap A. Jadi, tak perlu risau dengan kebersihannya tau.

Boleh lah cuci mata tengok hiasan dalaman kedai ni. Best tak?

Jika ada kelapangan, boleh singgah di restoran ini yang terletak di Taman Universiti, Skudai. Waktu operasi adalah 1030 pagi sehingga 11.30 malam.

Please follow and like ME :

JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN TOK NAN

Kedai makan di Ipoh memang terkenal dengan gaya hipsternya. Tetapi ada satu restoran ini mengetengahkan ala-ala kampung.

Sebuah rumah kayu kampung berserta beberapa pangkin di halamannya benar-benar membuatkan kalian dapat melepaskan rindu dengan suasana kampung.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan

Tengok saja lah gambar-gambar ini, persekitaran malam tu tenang dan bercahaya. Tambahan pula dengan adanya lampu yang melintangi ruang makan berbumbungkan langit.

Terasa macam nak main bunga api seperti hari raya. Haha.

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang parking kereta yang sangat luas. Selain itu, restoran ini mempunyai surau yang terbuka yang terletak bersebelahan dengan kawasan meletak kereta. Para pekerja pun sangat ramah dan tidak lokek senyuman.

Kedai makan gaya kampung ini bernama Restoran Tok Nan, Bandar Meru Raya. Ia terletak bersebelahan dengan Bulatan Amanjaya.

jalan-jalan cari makan : restoran tok nan
jalan-jalan cari makan : restoran tok nan

Waktu operasi port makan ini dibuka setiap hari 12 tengah hari sehingga 12 malam kecuali Jumaat dibuka jam 3 petang.

Mia Sowi,
Rindu kampung!

Please follow and like ME :