3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Kebiasaan ramai Mak dan Ayah meletakkan harapan yang tinggi untuk anak kecil cepat bercakap. Namun, kerap kali kita melihat cara berkomunikasi yang tidak tepat antara Mak Ayah dengan anak kecil.

Untuk perbaiki komunikasi dengan anak lambat bercakap adalah anak melihat tepat pada muka Mak dan Ayah semasa bercakap. Ia merupakan satu langkah permulaan yang betul untuk anak kalian mengeluarkan bunyi.

Ada beberapa cara untuk menggalakkan anak melihat Mak :

Duduk separas dengan anak

Kalau anak berada di lantai, Mak pun kena duduk di lantai. Anak meniarap, Mak turut meniarap. Yang penting, mudah untuk melakukan eye contact.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Guna permainan

Step ni paling mudah untuk mendapat perhatian anak. Letakkan mainan depan muka. Apabila anak dah pandang mainan, cuba gerakkan permainan itu perlahan-perlahan. Anak akan mengikut gerakan dan sambil itu Mak buat bunyi permainan tersebut.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Tengok cermin

Selalu tengok anak enjoy sangat melihat diri mereka dalam cermin. Ini kerana anak suka melihat reflection pada diri sendiri berbanding melihat diri Mak! Hehe. Duduk bersebelahan dengan anak dan pandang cermin. Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah bunyi haiwan, meneka anggota muka, buat mimik muka dan sebagainya.

3 Tips Perbaiki Komunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap

Perkataan ‘look at me, kid’ tidak memberi manfaat pada anak. Malah ia dianggap sebagai arahan kepada mereka. Sebaiknya, kalian usaha supaya dapat ‘menangkap’ mata anak kecil dengan aktiviti yang menarik.

Please follow and like ME :

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Semasa kali pertama temujanji anak saya dengan pegawai Occupational Therapy, saya diajar bagaimana untuk membuat joint compression. Atau dalam bahasa melayu adalah pemampatan sendi.

Cara ini adalah solusi yang cepat, bebas dan berkesan untuk membantu anak kalian berasa lebih teratur, tenang dan fokus dalam aktiviti harian.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Apabila diregang dan dimampat pada sendi, otot dan tulang, ia akan mewujudkan tindakbalas kimia dalam badan. Rangsangan ini juga akan menghasilkan hormon tertentu untuk membuatkan diri tenang dan rileks.

Cara Untuk Melakukan Joint Compression

Tonton video pendek ini dan pelajari cara melakukan joint compression dengan anak kalian.

Waktu yang sesuai untuk melakukan Joint Compression :

Joint compression ini digunakan untuk membantu menenangkan anak. Ia boleh dilakukan beberapa kali sehari jika diperlukan. Berikut adalah beberapa masa yang dicadangkan untuk mencuba teknik ini bersama dengan anak kalian.

  • Sebelum memasuki persekitaran yang tertekan seperti sekolah, sukan, atau kerja
  • Sebelum anak tidur
  • Sebelum anak perlu menyelesaikan kerja rumah
  • Sebelum anak mempunyai ujian besar atau persembahan untuk diberikan di sekolah
  • Semasa diet atau pelan induksi harian di rumah atau sekolah
  • Apabila anak terlalu aktif dan tidak dapat duduk diam
  • Apabila anak mengalami kesukaran berfokus
  • Boleh dilakukan secara proaktif untuk mengekalkan tingkah laku yang sihat, motivasi, dan perhatian
Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Siapa yang boleh mendapat manfaat Joint Compression?

Kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada teknik ini, tetapi terutama yang berikut:

  • Kanak-kanak dengan ADD, ADHD
  • Kanak-kanak dengan Gangguan Pemprosesan Sensori
  • Kanak-kanak dengan autisme
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kebimbangan, tingkah laku, atau emosi
Please follow and like ME :

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Anak kecil dengan air memang tak dapat dipisahkan. Suka sangat mereka bermain air. Tapi, selalu menjadi tanda tanya – kenapa bayi suka sangat mandi kolam? Tak kira lah, mandi dalam besen ke, kolam mandi bayi ke, atau sebagainya. Happy je tengok mereka bermain.

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak dalam air. Ia juga bagus untuk perkembangan motor halus dan pengawalan otot.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Apabila Mak dan Ayah memperkenalkan bayi dengan permainan kolam mandi, ia membantu pergerakan bayi itu :

1. Menilai perbezaan bentuk dan berat

Permainan dalam kolam mandi ada pelbagai saiz dan geometri. Perhatikan anak, dia akan memusing dan membelek mainan di tangan. Selain itu, ia melatih bayi kalian untuk berusaha gigih mengimbangi objek yang dipegang olehnya.

2. Melatih pergerakan motor halus

Bermain dalam kolam mandi juga menggalakkan anak kecil mengawal otot kecilnya untuk bekerja. Contohnya, otot pergelangan tangan, jari jemarinya yang halus dan tangan itu sendiri.

3. Menguatkan cengkaman

Memerah adalah satu aktiviti menarik untuk bayi semasa bermain dalam kolam mandi. Ia adalah latihan yang menggunakan otot untuk menggenggam.

Bagaimana Caranya?

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Squeeze, Squeak, Squirt – permainan ini melatih anak kalian untuk menggenggam dan memerah. Berikan kepada mereka perbezaan saiz untuk direndam. Kemudian ajar bayi untuk memerah. Tapi, apabila diberi toys ini, kalian kena tahan telinga lah sikit. Sebab bunyinya cpeeettt cpeeeetttttt.. Haha.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Grip – anak kecil akan berasa teruja dan gembira sambil menepuk air apabila berjaya mengisi air ke dalam cawan kecil. Mak haya perlu disediakan 2 bekas sahaja. 1 bekas berisi air yang corongnya berlubang dan 1 bekas kosong untuk menadah air.

Dan, kalian percayalah anak akan berulang kali menuang air sehingga mereka bosan. Permainan kolam mandi begini mengasah kemahiran anak untuk fokus dan menguatkan genggamannya.

Kelebihan Permainan Kolam Mandi Untuk Bayi

Float and Fill – Mak isi kolam atau besen dengan air dengan pelbagai jenis permainan. Kemudian beri peluang untuk anak pilih objek mengikut bentuk dan saiz kegemarannya. Selepas memilih, minta anak memasukkan objek tersebut ke dalam bekas yang disediakan.

Peringatan!

Demi keselamatan anak kecil kalian, Mak dan Ayah dinasihatkan supaya tidak pernah meninggalkan anak bersendirian tanpa pengawasan sewaktu bermain dengan air.

Selamat bermain dengan air di dalam kolam mandi!

Please follow and like ME :

Sunnah Hari Jumaat : Tip Memotong Kuku Bayi

Bagi sesetengah Mak, mereka berasa memotong kuku bayi adalah satu cabaran hebat. Mana tidaknya, jari halus dan lembut merisaukan Mak. Selain itu, anak kecil juga tidak boleh diam, bertambah susah proses memotong kuku.

Jangan risau, Mak. Saya ada beberapa tips untuk memudahkan acara memotong kuku anak untuk Mak yang baru kali pertama ingin lakukannya.

sunnah hari jumaat : tip memotong kuku bayi

Kebiasaannya kuku anak kecil boleh panjang dalam tempoh 1 minggu. Untuk yang beragama Islam, memotong kuku adalah sunnah hari Jumaat. Jadi, moleklah kalau Mak boleh mengetip kuku anak pada penghulu segala hari, Jumaat.

Namun, ada saja auta anak kecil untuk mengelak kuku dipotong, kan. Mungkin mereka gerun tengok pengepit kuku tu. Hehe. Antara tips yang boleh dikongsi adalah :

Guna pengepit kuku khas untuk bayi

Andai kalian berasa pengepit kuku kecil itu sesuai untuk bayi atau anak kecil, mungkin kalian perlu berfikir sekali lagi. Walaupun kecil, tapi mata bilahnya tajam dan berbahaya untuk si kecil.

Jadi, sebaiknya gunalah pengetip kuku khas untuk si comel. Di pasaran pun banyak pengepit ini dijual, biasanya dalam kit pedicure manicure baby.

sunnah hari jumaat : tip memotong kuku bayi

Potong ketika tidur

Anak kalian aktif dan susah berdiam walau seketika? Ha, manfaatkan sepenuhnya sewaktu mereka tidur. Umum tahu, anak kecil hanya bertenang dalam tempoh tidur saja.

Mungkin kalian boleh meminta bantuan dari pasangan untuk memangku bayi atau memegang tangannya untuk memudahkan proses memotong kuku.

Seusai mandi

Kuku anak kecil nipis, dan dilihat seperti lembut. Tetapi awas, ada juga yang tajam dan boleh menyebabkan luka. Jadi, seeloknya memotong kuku selepas mandi. Hal ini kerana kuku menjadi lembut selepas terkena air. Ia akan menjadikan proses mengetip kuku cepat selesai.

sunnah hari jumaat : tip memotong kuku bayi

Apabila kuku pendek dan bersih, risiko untuk ada masalah kesihatan lebih terjamin. Insyaallah. Jadi, jom jadikan memotong kuku sebagai rutin apabila menjelma Jumaat.

Please follow and like ME :

Anak Susah Dengar Kata

Pernah tak berada dalam situasi ini:

Kalian di dapur sedang memasak lauk tengah hari. Manakala anak pula bermain di ruang tamu.

Kemudian kalian memberi arahan pada anak untuk mengemas permainannya, sedangkan sebelum itu anak tengah makan.

Kalian selesai urusan di dapur, dan menjengah keluar. Permainan bersepah dan masih tidak dikemas.

Kalian harus bersabar dan fikir sejenak sebab anak susah menerima arahan kalian.

1. Arahan tidak jelas.
– simpan ke mana? Apa yang perlu disimpan

2. Arahan banyak dalam satu masa.
– tadi beri anak makan, sekarang suruh kemas

3. Bonding kurang antara Mak dan anak.
– anak terasa terbiar mungkin..

4. Anak anggap Mak sebagai ancaman.
– asyik kena kemas saja, mungkin terasa tidak selesa

Semoga bermanfaat.

Mia Sowi,
Suka bagi arahan dari dapur

Please follow and like ME :