Manfaat Me Time Untuk Kebahagiaan Keluarga

Kebiasaannya, apabila lahirnya anak, aktiviti untuk seseorang Mak atau Ayah sudah berkurangan. Contohnya, pergi bercuti, meluangkan masa bersama kawan-kawan, rehat yang cukup, menonton slot televisyen kegemaran dan sebagainya.

Dan, tidak kurang juga ramai yang berasa leceh, mengeluh dan juga merungut dalam membesarkan anak. Rata-rata Mak dan Ayah inginkan keadaan ‘tanpa anak’ buat seketika. Mereka mendambakan dapat berehat dan melepaskan nafas yang tercungap selepas ‘berperang’ dengan anak.

Manfaat Me Time Untuk Kebahagiaan Keluarga
Ilustrasi ini menggambarkan saya yang inginkan ‘me time’, namun mati kutu sebab tak tahu nak buat apa, tak biasa tanpa anak

Ramai di antara Mak dan Ayah juga tahu penjagaan diri penting untuk kebahagiaan. Namun, adakah kita sedar penjagaan diri yang bagaimana untuk dititikberatkan? Exercise, ya! Makan, sudah pasti! Dan, selalunya kalian akan tidur secukupnya atau melakukan aktiviti yang santai untuk diri sendiri.

Sesetengah Mak menganggap bersosial dengan kawan atau ahli keluarga adalah terapi buat mereka. Ia juga termasuk dalam kepentingan menjalani kehidupan yang bahagia dan gembira.

Manfaat Me Time Untuk Kebahagiaan Keluarga
Luang masa dengan kawan-kawan juga salah satu aktiviti Me-Time

Semasa meluangkan masa bersama yang tersayang, kalian akan lebih menjadi diri sendiri, dan menghargai persekitaran tanpa perlu menyendiri di gimnasium, spa, atau tidur di katil.

Inilah yang dimaksudkan dengan ‘me-time’. Pulih kembali (recharge) dan menetapkan kembali (reset).

Manfaat ‘me-time’

  • merehatkan minda/otak
  • meningkatkan daya fokus
  • menggalakkan produktiviti
  • memberi ruang untuk muhasabah diri
  • menyediakan ruang untuk rasional
  • meningkatkan hubungan

Bagi saya, seorang Mak kepada 2 orang anak, saya tidak mementingkan kuantiti untuk ‘me-time’. Tapi kualiti kepada aktiviti tersebut. Kualiti ini tidak bermaksud saya akan duduk menyepi seorang diri, namun ia lebih kepada apa yang saya nak buat. Contohnya, menonton drama Korea, menulis di blog, balik kampung dan buat aktiviti di luar rumah.


Salah satu cara untuk Me-Time dengan anak kecil

Terdapat beberapa ‘trick’ untuk mewujudkan ‘alone me-time’

  1. Bangun awal 30 minit berbanding ahli keluarga yang lain
  2. Jika ada bilik sendiri di office, tutup pintu dan pamerkan ‘Do Not Disturb’
  3. Off setiap gajet dalam tempoh beberapa ketika
  4. Menikmati lunch atau breakfast di taman rekreasi
  5. Catatkan atau pilih 1 tarikh untuk keluar bersendirian

Namun, dalam mencari atau memilih aktiviti ‘me time’, sebagai Mak dan Ayah, kalian sebaiknya melibatkan anak dalam setiap program.

Manfaat Me Time Untuk Kebahagiaan Keluarga
Saya dan anak-anak serta En suami ketika melawat Zoo Johor

Anak-anak memberi pelbagai makna seperti sayang, cinta, kegembiraan, cuma perlu diselitkan dengan kesabaran dalam mendidik mereka. Selalunya jika saya pening dengan keadaan huru-hara di rumah, saya akan guna balm calm untuk menghilangkan stress.

Dan, yang pasti, setiap kegigihan dan keperitan dalam membesarkan anak, ia ada kelucuan yang akan membuatkan Mak tersenyum semasa ‘me time’.