Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak

Sejak menetap di Ipoh, mee kari dan mee kicap antara menu yang selalu saya buat pesanan. Setiap kedai berbeza rasa. Pasti lah ada resepi tersendiri, kan.

Kali ni saya mengubah angin ke Gopeng. Lebih spesifik Sungai Itek. Kena masuk ke dalam kawasan pedalaman. Lalu sungai, kebun durian, memang desa yang tercinta lah. Hehe.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Halaman depan kedai
Keow teow kicap yang mengiurkan
Mee kari yang seksi

Ada sedikit perubahan di kedai ini berbanding 2-3 kali pernah saya datang dulu. Lebih cantik dan ada papan untuk meninggalkan tanda ‘I was here’. Berdekatan papan itu ada pula papan kalendar lejen, mengubah tarikh dan hari secara manual.

Secara keseluruhan, makanannya tiada perubahan malah mengigau-igau untuk menambah. Boleh tengok video saya makan pada gambar akhir post ini. Haha.

Papan kalendar lejen
Papan harga menu yang disediakan

Harga makanan di kedai ni berpatutan dan berbaloi untuk dicuba. Serendah RM4 untuk semangkuk menu mee dan laksa. Oh ya, boleh juga request untuk saiz hidangan kanak-kanak.

Kalian boleh datang sendiri ke kedai Mee Kari Ami, Sungai Itek, Gopeng. Kalau tak jumpa, boleh waze atau google. Dibuka setiap hari kecuali Rabu, 830pagi hingga 7petang. Tak rugi untuk cuba.

Jom layan gambar tengok suasana kedai.

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Kari Ami Gopeng Perak
Tu diaa, penuhhh!
‘i was here’
Bahagian dapur
Kosong. Tak berebut tempat duduk
Ada fosil belangkas pulak. Haha