Sejak menetap di Ipoh, mee kari dan mee kicap antara menu yang selalu saya buat pesanan. Setiap kedai berbeza rasa. Pasti lah ada resepi tersendiri, kan. Kali ni, setelah selesai COD balm Tasneem, saya mengubah angin ke Gopeng. Lebih spesifik Sungai Itek. Kena masuk ke dalam kawasan pedalaman. Lalu sungai, kebun durian, memang desa yang

Kalau kalian tiada idea nak masak sarapan, boleh datang ke kedai ni. Kali kedua saya datang kedai ni dalam bulan yang sama. Hanya menu breakfast sahaja disediakan. Hajat di hati nak makan nasi lemak tapi dah habis pula. Jadi saya menukar hidangan mee kari. Manakala en suami dan anak mee kicap berkuah kari dan sup.