Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Semasa kali pertama temujanji anak saya dengan pegawai Occupational Therapy, saya diajar bagaimana untuk membuat joint compression. Atau dalam bahasa melayu adalah pemampatan sendi.

Cara ini adalah solusi yang cepat, bebas dan berkesan untuk membantu anak kalian berasa lebih teratur, tenang dan fokus dalam aktiviti harian.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Apabila diregang dan dimampat pada sendi, otot dan tulang, ia akan mewujudkan tindakbalas kimia dalam badan. Rangsangan ini juga akan menghasilkan hormon tertentu untuk membuatkan diri tenang dan rileks.

Cara Untuk Melakukan Joint Compression

Tonton video pendek ini dan pelajari cara melakukan joint compression dengan anak kalian.

Waktu yang sesuai untuk melakukan Joint Compression :

Joint compression ini digunakan untuk membantu menenangkan anak. Ia boleh dilakukan beberapa kali sehari jika diperlukan. Berikut adalah beberapa masa yang dicadangkan untuk mencuba teknik ini bersama dengan anak kalian.

  • Sebelum memasuki persekitaran yang tertekan seperti sekolah, sukan, atau kerja
  • Sebelum anak tidur
  • Sebelum anak perlu menyelesaikan kerja rumah
  • Sebelum anak mempunyai ujian besar atau persembahan untuk diberikan di sekolah
  • Semasa diet atau pelan induksi harian di rumah atau sekolah
  • Apabila anak terlalu aktif dan tidak dapat duduk diam
  • Apabila anak mengalami kesukaran berfokus
  • Boleh dilakukan secara proaktif untuk mengekalkan tingkah laku yang sihat, motivasi, dan perhatian
Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Siapa yang boleh mendapat manfaat Joint Compression?

Kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada teknik ini, tetapi terutama yang berikut:

  • Kanak-kanak dengan ADD, ADHD
  • Kanak-kanak dengan Gangguan Pemprosesan Sensori
  • Kanak-kanak dengan autisme
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kebimbangan, tingkah laku, atau emosi

Selain itu, Mak dan Ayah boleh ikhtiar juga dengan balm calm time yang boleh menenangkan emosi anak. Di dalamnya ada essential oil yang berfungsi untuk memberi mood yang ceria dan rileks.

Ini antara respon Mak yang menggunakan balm Calm Time.

Teknik Joint Compression Untuk Tenangkan Anak Kecil Mengamuk

Untuk dapatkan balm ini, boleh terus hubungi saya +6017 984 5321

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum

Mak harus bijak dan menyedari bila anak kecil akan mengamuk. Jadi, kalian perlu mengenali tanda dan bersedia jika anak mula membuat perangai. Ia juga di kenali dengan tantrum.

1) BERTENANG.

Ha, mula-mula sekali Mak kena kekal bersikap bertenang seawal anak buat perangai. Kekadang tu, memang akan berasa serabut, tertekan dengan suara anak yang menjerit, menangis dan sebagainya. Tapi sebagai seorang yang dewasa, kita kena kawal emosi. Langkah yang bagus untuk bertenang adalah menarik nafas sedalam-dalamnya, tahan seketika dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali.

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum
bertenang semasa anak tantrum

2) CUBA PUJUK.

Apabila dah bersedia dan emosi sendiri terkawal, boleh mula menghampiri anak. Lakukan touch bonding seperti pegang dan dukung anak kecil. Dalam waktu ini, cuba slow talk dengan mereka. Bersembang dan menjadi pendengar setiap apa yang anak bicarakan adalah jalan yang terbaik.

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum
memujuk mengatasi anak tantrum

3) ALIHKAN FOKUS ANAK.

Ada banyak kes di mana aksi mengamuk dan tantrum ini berlaku di pasaraya. Jika anak masih kecil, kalian boleh cuba mengubah perhatiannya.

Contohnya, anak menangis sebab minta permainan. Angkat anak dan dukung bawa ke tempat lain sambil berlari-lari anak. Pasti anak tersenyum dan melupakan kehendaknya tadi.

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum
perlu cekap dalam mengalih fokus anak yang tantrum

4) SISTEM GANJARAN.

Mak dan Ayah perlu kreatif. Dengan mewujudkan sistem ganjaran, mungkin anak akan lebih terkawal. Jika anak mula buat perangai atau keinginannya tidak memberi faedah, beri anak pilihan.

Katalah, pergi jalan-jalan melawat kawan lama. Mak dan Ayah sudah memesan pada anak supaya berkelakuan sopan dan menghormati tuan rumah. Dan anak kecil tadi baik dan behave, bagi mereka ganjaran sebab dia berusaha bertindak menjadi bagus.

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum
sistem reward juga berkesan untuk mengatasi tantrum

5) BIARKAN SAJA.

Ini adalah langkah paling akhir. Jika semua gaya di atas gagal, biarkan saja anak tu. Jika dipujuk pun, semakin menjadi-jadi, abaikan sahaja. Dah bosan nanti, diam lah anak. Tapi kena sentiasa pantau gerak geri anak.

Guna Calm Time dari Tasneem Naturel Untuk Mengawal Tantrum Anak Kecil

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum

Balm Calm Time dari Tasneem Naturel ini merupakan produk bayi yang memberi manfaat kepada Mak dan Ayah yang mempunyai anak kecil. Balm ini berasaskan essential oil dan campuran bahan semulajadi serta bebas bahan kimia terlarang.

Ramai yang sudah mengetahui kebaikan dan kelebihan essential oil di mana ia mudah meresap ke dalam kulit. Balm comel Tasneem Naturel ini sesuai untuk bayi lahir untuk mengelak dari meragam dan menangis. Ia juga membantu anak kecil menjadi tenang dan ceria.

5 Cara Untuk Mengawal Anak Tantrum

Kelebihan balm Tasneem Naturel ini :

  • 100% natural product
  • berasaskan essential oil
  • disahkan selamat oleh KKM
  • tak panas dan tak melekit tetapi wangi
  • travel friendly

Penggunaan balm Tasneem Naturel yang berwarna hijau ini boleh di buat secara rutin harian iaitu selepas mandi. Boleh disapu pada tulang belakang, tapak kaki, nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.

Untuk dapatkan Calm Time Balm ini boleh klik button whatsapp atau shopee.

hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema
hilangkan batuk, anak meragam, sembelit, susah tidur, ekzema

Apa Itu Tantrum (Mengamuk)?

Agak kerap kita melihat anak kecil selalu meraung, menangis, mengamuk, menghentak kaki di pasaraya. Tidak kurang juga ada anak kecil yang berguling-guling di lantai. Dah macam kena rasuk pun ada.

Ini terjadi kerana kemahuan mereka untuk mendapatkan barang yang diingini tidak dipenuhi. Akibat malu dengan orang sekeliling yang memandang, Mak dan Ayah terpaksa turuti permintaan si anak tadi tanpa kerelaan.

Keadaan ini tidak hanya berlaku di pasaraya atau pada waktu tertentu. Kerap kali juga anak kecil melakukan aksi yang sama apabila berada di rumah. Rengekan, laungan, amukan, ketidakselesaan dan sebagainya semakin menjadi-jadi apabila dipujuk dan diberi perhatian.

Apa yang berlaku sebenarnya pada anak kecil itu?

Tantrum sebenarnya menzahirkan emosi anak kecil. Ia terjadi apabila perasaan anak dalam keadaan tidak stabil. Akibat perangai anak yang kerap tantrum, Mak dan Ayah resah, marah, malu dan tidak senang duduk apabila diperhati oleh orang sekeliling.

Terdapat juga Mak dan Ayah berkurung dalam rumah semata-mata tidak mahu dicop mempunyai anak yang degil dan nakal. Selain itu, mereka juga tidak mahu digelar sebagai tidak pandai mendidik anak.Ada pelangi akan menyinari!

Ada pelangi bakal menyinari!

Tidak perlu runsing! Tantrum ini juga adalah salah satu perkembangan anak kecil. Ia satu peringkat di mana anak-anak sedang memahami emosi dalam diri mereka.

Adegan ‘buat perangai’ ni selalunya akan bermula apabila usia anak menjangkau umur 2 tahun. Ia juga dikenali dengan Terrible Two. Fasa ini akan menjadi satu babak baru yang penting dalam kehidupan mereka. 

Ketika usia sebegini, Mak dan Ayah perlu membimbing anak kecil dengan mengawal emosi mereka. Di samping itu, menabur kasih sayang pada anak sepenuhnya tetapi tidak terlalu mengikut kehendak mereka.

Selain itu, tantrum terjadi kerana saraf anak kecil yang aktif dan menegang. Ia mengakibatkan mereka berasa tidak selesa dan tanpa sebab mereka akan mengekspresikan emosi. Essential oil atau minyak pati adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi tantrum anak kecil.

tantrum mengamuk

Tasneem Naturel mengeluarkan satu balm berasaskan essential oil yang boleh digunakan untuk mengawal anak kecil yang sering tantrum, hiperaktif, autisme, letih yang melampau dan kuat merajuk. Balm bayi ini namanya Calm Time yang boleh menenangkan emosi anak dan mengurangkan ketegangan saraf yang aktif.

Begitulah, kesihatan emosi sangat penting. Hakikatnya, jika perasaan anak stabil, Mak dan Ayah juga lebih rileks dan mudah untuk menguruskan mereka.

Mak dan Ayah boleh lihat di sini untuk feedback mereka yang sudah menggunakan balm ini untuk anak yang selalu tantrum. Atau pun boleh terus hubungi +6017 984 5321.

Jenis Tantrum Si Comel

Selalu sangat anak kecil mengamuk atau merengek secara tiba-tiba. Jom cek anak kalian dalam kategori mengamuk atau tantrum yang mana satu.

1. Mengamuk cari perhatian. Ini yang kerap terjadi. Orang-orang tua cakap mengada-ada.

Contohnya, anak kecil kalian tengah bermain dengan mood yang tenang. Tapi anak tadi mengganggu kalian ketika menjawab telefon.

2. Mengamuk yang ada alasan jelas. Ini memang taktik berstrategi yang telah dirancang dan menjadi rutin.

Contohnya, anak kecil akan merengek dan menangis setiap kali pergi pasaraya kerana nak permainan yang dilarang oleh kalian.

3. Mengamuk tidak mahu mengikut arahan. Aksi ini anak kecil kalian membantah atau tak nak mengubah aktiviti yang sedang dilakukan.

Contohnya, anak tidak mahu mengemas permainan, anak tidak mahu keluar dari bilik air sebab nak mandi dalam kolam, dan sebagainya.

Agaknya anak kalian dalam jenis tantrum yang mana satu? Hihi.